Resepi Nasi Ayam ala Chicken Rice Shop, Mak Mertua pun teruja nak makan!

Isi Kandungan Resepi Nasi Ayam ala Chicken Rice Shop, Mak Mertua pun teruja nak makan! Resepi Nasi Ayam Bahan-bahan: Cara Penyediaan: Rujukan video penyediaan: BACAAN LAIN: Adakah anda pernah terfikir untuk menghasilkan nasi ayam yang …

Resepi Nasi Ayam

Adakah anda pernah terfikir untuk menghasilkan nasi ayam yang mampu menandingi keenakan di Chicken Rice Shop?

Kini, dengan resepi rahsia ini, anda akan buat mak mertua anda teruja dan terpesona dengan sentuhan tangan anda!

Resepi Nasi Ayam

Resepi Nasi Ayam ala Chicken Rice Shop, Mak Mertua pun teruja nak makan!

Hari tu saya ada cuba masak Nasi Ayam, tapi rasa nasi tu macam nasi putih je, rasa hambar. Memang kecewa habis! Tapi lepas saya cuba resepi baru ni, rasa nasinya sama macam The Chicken Rice Shop. Tak sia-sia cuba resepi ni, memang berbaloi!

Bayangkan, dalam masa yang singkat dengan bahan yang mudah didapati, anda boleh hasilkan Nasi Ayam yang sedap, sama macam di restoran terkenal. Dengan cara penyediaan yang ringkas tapi penuh dengan teknik rahsia, anda pasti teruja dengan hasilnya!

Dulu, setiap kali teringin nak makan Nasi Ayam The Chicken Rice Shop, mesti kena keluar dan belanja lebih. Tapi sekarang, tak perlu lagi! Anda boleh buat sendiri di rumah dengan rasa yang sama hebat. Jangan tunggu lama-lama, cuba resepi ini dan rasai kelainan dalam setiap suapan!

 

Resepi Nasi Ayam

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 30-40 minit
  • Jumlah Hidangan: 7-8 orang

 

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 6 inci halia
    • 12 ulas bawang putih

 

  • Bahan-bahan untuk ayam:
    • 1 kiub pati ayam
    • Daun bawang
    • Pes halia & bawang putih
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu besar kicap manis
    • 1 sudu besar kicap cair
    • Minyak untuk menggoreng
    • 1 ekor ayam
    • Minyak bijan
    • Madu

 

  • Bahan-bahan untuk nasi:
    • 1-2 potong lemak
    • 1/2 senduk mentega
    • Pes halia & bawang putih
    • 1 kayu manis
    • 5 biji buah pelaga
    • 3 kuntum bunga cengkih
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 1 helai daun pandan
    • 1 batang serai
    • 3 cawan beras
    • 4 1/2 cwn air rebusan ayam
    • Sedikit garam
    • 1 sudu kecil serbuk kunyit

 

  • Bahan-bahan untuk sos:
    • 6-8 biji cili merah
    • 6 biji cili api
    • Sedikit air rebusan ayam
    • Pes halia & bawang putih
    • 2 sudu besar jus lemon
    • Gula
    • Garam
    • 1 sudu besar sos cili

 

  • Bahan-bahan untuk kicap:
    • Air lebihan perapan ayam
    • 1 mangkuk kecil kicap manis
    • Sedikit air rebusan ayam
    • Garam

 

  • Bahan-bahan untuk sup:
    • Lebihan air rebusan ayam
    • Kaki ayam (jika suka)
    • 1 sup bunjut
    • Lobak merah
    • Kentang
    • 1 sudu kecil lada sulah
    • Garam
    • Daun sup

 

  • Bahan-bahan untuk hiasan:
    • Tomato
    • Timun
    • Salad
    • Daun sup
    • Daun bawang

 

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk bahan kisar:

    1. Potong kasar bawang putih dan halia.
    2. Kisar halus bawang putih dan halia dengan sedikit air.
    3. Dah siap kisar, bahagikan kepada 4 bahagian.

 

Cara-cara untuk ayam rebus:

    1. Daun sup bahagian batang potong panjang 2 inci (untuk rebus ayam). Bahagian daun potong halus (untuk hiasan).
    2. Daun bawang bahagian batang belah dua, bahagian daun potong memanjang.
    3. Bersihkan ayam dan belah 2 (simpan sikit bahagian kulit / lemak untuk masak nasi)
    4. Gaul ayam dengan pes bawang putih dan halia.
    5. Masukkan ayam, air (sampai tengelam ayam) dan kiub pati ayam dalam periuk
    6. Rebus dengan api perlahan sampai ayam masak.
    7. Bila dah masak, angkat ayam dan sejukkan.
    8. Untuk perapan, kacau sebati pes halia, bawang putih, sos tiram, kicap manis dan kicap cair.
    9. Sapu ayam dengan perapan tadi.
    10. Perap ayam anggaran ½ -1 jam.

 

Cara-cara untuk nasi:

    1. Carik dan simpul daun pandan.
    2. Ketuk serai sampai pecah.
    3. Panaskan kulit / lemak ayam atas kuali sampai cair dan mengecut (nak mudah cair letak minyak masak sikit).
    4. Bila dah mengecut, keluarkan kulit.
    5. Masukkan butter atau majerin.
    6. Tumis pes halia, bawang putih, rempah 4 sekawan, daun pandan dan serai sampai kekuningan.
    7. Masukkan beras dan goreng sekejap biar bergaul sekata.
    8. Tuang masuk air rebusaan ayam, garam dan serbuk kunyit.
    9. Akhir sekali pindah masuk rice cooker dan biar nasi masak.

 

Cara-cara untuk sos cili:

    1. Potong kasar cili merah besar (tambah cili padi kalau nak pedas).
    2. Lemon perah ambil jus (atau cuka).
    3. Kisar kasar cili, air rebusan ayam, jus lemon, gula, garam, pes halia dan bawang putih.
    4. Tuang masuk dalam periuk dan masak sampai mendidih.
    5. Tambah sos cili dan kacau sebati.
    6. Tutup api dan sejukkan sebelum hidang.

 

Cara-cara untuk kuah kicap:

    1. Masukkan baki perapan ayam, kicap manis, air rebusan ayam dan sedikit garam (kalau perlu) dalam periuk.
    2. Masak sampai mendidih dan angkat.

 

Cara-cara untuk sup ayam:

    1. Potong kentang dan lobak merah.
    2. Masukkan sup bunjut, serbuk lada sulah, garam, kentang dan lobak merah dalam baki air rebusan ayam. Nak tambah kaki atau tulang ayam pun boleh.
    3. Masak sampai mendidih dan tabur daun sup.

 

Cara-cara untuk ayam goreng:

    1. Panaskan minyak dan goreng ayam sampai masak keperangan.
    2. Bila dah perang boleh angkat dan sapu dengan minyak bijan dan madu (sapu minyak bijan dulu dan kemudian sapu madu).

 

Cara-cara untuk condiment:

    1. Potong sederhana nipis timun dan tomato.
    2. Daun salad rendam dengan air sejuk dan keringkan.
    3. Susun dalam pinggan dan sedia untuk dihidang.

 

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

 

Rujukan video penyediaan:

Sumber: Che Nom

 

BACAAN LAIN:

Leave a Comment