Semak Senarai Penerima Bantuan Am dan tuntut bantuan kewangan RM100-RM350 sebulan.
Bantuan Am Persekutuan (BAP) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2024 kepada individu/keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan dengan tujuan untuk mengekalkan kelangsungan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.
KADAR BANTUAN KEWANGAN BAP
Minimum RM100 seorang sebulan, maksimum RM350 setiap keluarga
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara dan penduduk Wilayah Persekutuan
- Pendapatan keluarga tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) Purata pengiraan kemiskinan isi rumah semasa atau purata bilangan miskin PGK Perkapita semasa
- Keluarga yang memerlukan dan miskin tidak termasuk dalam mana-mana pelan bantuan bulanan JKM lain
Sila semak syarat-syarat kelayakan untuk menerima bantuan kebajikan disini.
NOTA PENTING : Setiap negeri mempunyai program bantuan am negeri sendiri. Syarat kelayakan dan kadar bantuan tidak seragam di seluruh negeri, dan had bantuan juga berbeza-beza. Permohonan boleh dibuat ke jabatan kebajikan masyarakat jabatan yang berhampiran.
CARA MOHON BANTUAN
Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan, permohonan bantuan kewangan boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran.
Semak direktori Pejabat Kebajikan Masyarakat disini
Permohonan atas talian boleh dibuat di eBantuan JKM.
Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon dikehendaki membawa dokumen sokongan semasa ke pejabat JKM seperti:
- salinan kad pengenalan pemohon
- salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
- salinan anak/ sijil kelahiran ahli keluarga
- salinan stub gaji (jika ada)
- dokumen lain yang berkaitan.
MAKLUMAT LANJUT
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045
Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
RUJUKAN PENTING
- Portal Manfaat BAP JKM
- Bantuan Am Persekutuan JKM
- eBantuan JKM
- Belanjawan 2024
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH DIMOHON