Bantuan Kewangan Bulanan RM100-RM350 : Semak Senarai Penerima

Semak Senarai Penerima Bantuan Am dan tuntut bantuan kewangan RM100-RM350 sebulan.

Bantuan Am Persekutuan (BAP) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2024 kepada individu/keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan dengan tujuan untuk mengekalkan kelangsungan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.

KADAR BANTUAN KEWANGAN BAP

Minimum RM100 seorang sebulan, maksimum RM350 setiap keluarga

Group Whatsapp Bantuan Kerajaan
Sila join Whatsapp Group ini jika anda B40 sahaja! https://chat.whatsapp.com/JYgxjzldBe1JteE7242rA0

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara dan penduduk Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) Purata pengiraan kemiskinan isi rumah semasa atau purata bilangan miskin PGK Perkapita semasa
  • Keluarga yang memerlukan dan miskin tidak termasuk dalam mana-mana pelan bantuan bulanan JKM lain

 

Sila semak syarat-syarat kelayakan untuk menerima bantuan kebajikan disini.

NOTA PENTING : Setiap negeri mempunyai program bantuan am negeri sendiri. Syarat kelayakan dan kadar bantuan tidak seragam di seluruh negeri, dan had bantuan juga berbeza-beza. Permohonan boleh dibuat ke jabatan kebajikan masyarakat jabatan yang berhampiran.

 

CARA MOHON BANTUAN

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan, permohonan bantuan kewangan boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran.

Semak direktori Pejabat Kebajikan Masyarakat disini

Permohonan atas talian boleh dibuat di eBantuan JKM.

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon dikehendaki membawa dokumen sokongan semasa ke pejabat JKM seperti: 

  • salinan kad pengenalan pemohon
  • salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
  • salinan anak/ sijil kelahiran ahli keluarga
  • salinan stub gaji (jika ada) 
  • dokumen lain yang berkaitan.

 

MAKLUMAT LANJUT

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT 

Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4,

62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000

Faks : 03 – 8323 2045

Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

 

RUJUKAN PENTING

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH DIMOHON

 

Leave a Comment