Ufuture UITM merupakan portal pembelajaran atas talian yang ditubuhkan oleh Universiti Teknologi Mara. Tujuan platform ini adalah untuk memudahkan pelajar UITM dan juga orang awam untuk mengakses pelbagai modul-modul pembelajaran atas talian yang didirikan oleh UITM melalui inisiatif Pembangunan Open Online Courses, Pembangunan Micro-Credential dan Penjanaan Pendapatan Melalui Program Pembelajaran Jarak Jauh.
Portal ini menyediakan pelbagai kursus atas talian secara percuma dan ia boleh diakses dimana-mana sahaja, tanpa memerlukan kehadiran fizikal pelajar dan tanpa melibatkan had kedatangan. Di dalam portal atas talian ini terdapat 6,000 kursus dengan lebih daripada 900,000 kandungan pembelajaran. Platform ini ditubuhkan dengan tujuan untuk memudahkan akses pelajaran kepada orang ramai di Malaysia, justeru meningkatkan tahap pendidikan negara ini.
Maklumat berikut berkaitan dengan cara login Ufuture UITM dan ia berfungsi sebagai rujukan buat semua.
Pengguna
Portal Ufuture UITM ini ditubuhkan untuk pelajar UITM dan juga untuk orang ramai yang mempunyai minat dan inisiatif untuk menuntut pelajaran dengan lebih lanjut, secara percuma dan tanpa dikenakan sebarang bayaran atau yuran.
Antara salah satu golongan pengguna yang lazim menuntut pelajaran melalui portal ini adalah individu-individu yang sedang berkerja dan ingin mengembangkan ilmu dan skil masing-masing.
Kategori pembelajaran yang sesuai untuk golongan ini adalah iCEPS Short Course dan juga Micro-Credential Course (MCC). Di bawah kategori ini, terdapat pelbagai jenis modul yang diklasifikan mengikut bidang dan industri seperti sains, teknologi, perniagaan, dan lain-lain. Terdapat juga modul pembelajaran bahasa, seperti bahasa Inggeris untuk penggunaan profesional.
Sebelum melanjutkan proses login, pastikan anda telah mendaftarkan diri sebagai pelajar di pautan https://ufuture.uitm.edu.my/signup.
Cara Login Ufuture UITM
Cara Login di Portal Ufuture UITM
Yang tertera merupakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk login di portal Ufuture UITM:
- Layari pautan https://ufuture.uitm.edu.my/login
- Jika anda pelajar atau staf UITM, login sebagai “Staff” atau “Student”
- Masukkan Staff ID atau Student ID
- Masukkan iStaff Password atau iStudent Password
- Jika anda bukan staf ataupun pelajar UITM, login sebagai “Non-UITM”
- Masukkan username
- Masukkan password
- Jika anda telah daftar menggunakan akaun Google anda, pilih “Sign in with Google”
- Jika terlupa kata laluan, tekan pautan “Forgot your password?”
- Masukkan alamat emel dan tekan “Reset password”
- Nota: Ciri ini hanya aktif untuk pengguna bukan UITM
- Tekan butang “Log In” dan login berjaya
- Layari pautan https://play.google.com/store/apps/details?id=my.edu.uitm.ufuture&hl=en&gl=US&pli=1 atau buka aplikasi Google Play Store di alat peranti seperti telefon pintar atau tablet anda
- Cari dan muat turun aplikasi Ufuture UITM
- Jika anda pelajar atau staf UITM, login sebagai “Staff” atau “Student”
- Masukkan Staff ID atau Student ID
- Masukkan iStaff Password atau iStudent Password
- Jika anda bukan staf ataupun pelajar UITM, login sebagai “Non-UITM”
- Masukkan username
- Masukkan password
- Tekan butang “Login” dan login berjaya
Pemilihan Modul Pembelajaran
Ianya wajar bahawa anda memilih modul yang sesuai dengan tahap pengetahuan dan minat anda, supaya anda dapat menamatkan modul pembelajaran yang dipilih. Pastikan anda tidak memilih terlalu banyak modul sehingga tidak mampu untuk menamatkannya.
Maklumat Lanjut
Portal rasmi Ufuture UITM menyediakan pelbagai sumber maklumat berkenaan pendaftaran, cara login, kursus-kursus yang ditawarkan, dan pelbagai lagi. Untuk maklumat lanjut berkenaan cara login Ufuture UITM, sila rujuk yang berkenaan:
- Laman Web Rasmi
- Panduan Peraturan Akademik Diploma dan Sarjana Muda UITM
- Panduan Peraturan Akademik PhD dan Sarjana UITM
- E-mel pentadbiran: iceps@uitm.edu.my
- Nombor telefon: 03-5544 8369
Semoga maklumat tentang cara login Ufuture UITM yang dikongsikan diatas dapat membantu anda untuk melanjutkan pelajaran anda dan menimba ilmu dengan lebih cermat dan efisien.
Rujukan: UFUTURE