Login APDM 2024: Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM

Panduan lengkap menggunakan sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) 2024: cara login, mengemaskini maklumat pelajar, manfaat, dan dapatkan bantuan. 

Baca Juga : Senarai Bantuan Pendidikan Tinggi 2024

APDM : SISTEM APLIKASI PANGKALAN DATA MURID

APDM

Panduan Login dan Kemaskini Maklumat Pelajar APDM

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) untuk tahun 2024 adalah Modul Pengurusan Murid yang boleh diakses oleh guru atau pegawai yang dilantik oleh Pengetua atau Guru Besar. Tujuan utama aplikasi ini adalah untuk merekod e-kehadiran dan mengurus informasi berkaitan dengan murid-murid. Ibu bapa atau penjaga juga diperkenankan mengemaskini maklumat asas melalui sistem APDM.

Link untuk mengakses sistem ini adalah https://apdm.moe.gov.my.

Maklumat Yang Perlu Dikemaskini APDM 2024

  • Profil pelajar
  • Alamat pelajar
  • Maklumat penjaga
  • Informasi kesihatan
  • Pengesahan maklumat
  • Cetak Borang Maklumat Murid (BMM)
  • Cetak surat persetujuan kesihatan

Kelebihan Sistem APDM KPM

Sistem APDM merupakan platform atas talian yang dicipta oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengumpul dan menyimpan data penting mengenai murid. Platform ini memudahkan pengurusan data murid pada peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Pengguna Utama APDM Online 2024

  • Pegawai pentadbir di PPD dan JPN.
  • Guru kelas.
  • Pegawai yang bertanggungjawab dalam pengurusan sekolah.

Panduan Login APDM Malaysia

  1. Layari laman web APDM https://apdm.moe.gov.my.
  2. Login menggunakan ID Pengguna (kod sekolah) dan Kata Laluan yang diberikan.
  3. Tukar Kata Laluan untuk tujuan keselamatan selepas log masuk kali pertama.
  4. Login semula dengan ID pengguna dan kata laluan yang telah ditetapkan.

Cara Kemaskini APDM Maklumat Murid

  1. Murid baru boleh didaftarkan melalui guru kelas dengan mengakses menu “Data Murid”.
  2. Semak jika murid sudah ada dalam senarai; update profil atau daftarkan jika belum ada.
  3. Klik “Kemaskini Maklumat” selepas mengemaskini data.

Panduan Kemaskini APDM

Eksport Data

Data murid yang lengkap boleh diekspor ke dalam bentuk Excel untuk kemudahan pengurusan.

Bantuan Login

Jika terlupa kata laluan atau menghadapi isu akses, hubungi admin sekolah untuk reset kata laluan. Untuk bantuan lanjut, hubungi:

Dokumen-dokumen Sokongan

Surat Arahan Pengemaskinian APDM, Manual Pengguna, dan lain-lain dokumen sokongan untuk bantuan dalam penggunaan sistem ini.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai APDM dan panduan lengkap, sila rujuk manual yang disediakan atau hubungi pihak sekolah dan PPD yang berkaitan.

Baca Juga : Bantuan Kewangan ASASI RM 2500 untuk B40

Leave a Comment