PENGENALAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif yang dilancarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah konsep payung Rahmah di bawah Bajet MADANI kedua (Bajet 2024) untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup.
Mulai Isnin, 29 Januari 2024, fasa pertama pembayaran STR bagi penerima yang didaftarkan dalam pangkalan data STR akan didepositkan secara berperingkat ke akaun bank mereka atau secara tunai melalui Bank Simpanan Negara (BSN) mengikut pindahan kategori kelayakan STR masing-masing dalam
Fasa kedua akan bermula April ini.
KADAR BANTUAN TAHUN 2024
Kategori Bantuan | Nilai Bantuan |
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | RM1,000 (Tiada anak) RM1,500 (1-2 anak) RM2,000 (3-4 anak) RM2,500 (5 ke atas) |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | RM500 (Tiada anak) RM750 (1-2 anak) RM1,000 (3-4 anak) RM1,250 (5 ke atas) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 600 |
Bujang / Balu / Duda / Janda yang tiada anak serta Pendapatan RM2,500 ke bawah | RM350 |
CARA SEMAKAN
Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Semakan boleh dibuat seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
TARIKH PENERIMAAN STR 2024
Fasa 1 : 29 Januari 2024
Fasa 2 : April 2024
Fasa 3 : Ogos 2024
Fasa 4 : November 2024
MAKLUMAT LANJUT
Semua maklumat yang dikongsikan di atas diperoleh daripada portal rasmi MySTR LHDNM. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau isu mengenai bantuan di atas, sila rujuk pihak berkuasa melalui:
Talian Penting STR HASiL: 1-800-88-2747
Talian hotline STR Kementerian Kewangan: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel: str@mof.gov.my
RUJUKAN DAN PAUTAN PENTING
- Risalah Bantuan STR 2024
- MySTR 2024
- SOALAN LAZIM STR 2024
- SEMAKAN STATUS STR 2024
- CARA KEMASKINI PERMOHONAN STR
- PEMBAYARAN STR 2024