MySalam 2024: RM50 Sehari dan RM 8,000 Setahun – Permohonan, Semakan Status & Tuntutan

Program Perlindungan B40 adalah Program Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia. Program ini ditadbir oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) melalui Dana Amanah mySalam dan diuruskan sepenuhnya oleh Great Eastern Takaful Berhad.

Group Whatsapp Bantuan Kerajaan
Sila join Whatsapp Group ini jika anda B40 sahaja! https://chat.whatsapp.com/JYgxjzldBe1JteE7242rA0

Menurut Belanjawan 2024, Kerajaan telah mengumumkan bahawa skim MySalam akan diteruskan selama dua tahun lagi.

Skim ini menyediakan perlindungan asas Takaful yang merangkumi 2 jenis manfaat iaitu;

Manfaat kemasukan ke hospital

Jika penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital pengajar atau hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak menuntut pendapatan gantian sebanyak RM50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM700 setahun.

Nota: Penerima mySalam mesti bermalam di wad untuk layak mendapat manfaat ini.

Manfaat penyakit serius

Jika penerima mySalam disahkan menghidap salah satu daripada 45 penyakit kritikal yang disenaraikan di mySalam, ahli mySalam boleh menuntut faedah bernilai RM8,000 daripada mySalam, yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun ahli mySalam sekali seumur hidup.

Kelayakan keahlian mySalam adalah berdasarkan sepenuhnya kepada kelayakan Skim Bantuan Tunai Rakyat (BR1M, BSH, BPR, BKM dan STR), yang dipohon setiap tahun dan diproses oleh Hasil. Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang memenuhi kriteria umur yang ditetapkan akan secara automatik layak menjadi ahli mySalam.

Kelayakan MySalam akan dimaklumkan secara berperingkat kepada penerima melalui SMS, dengan butiran yang dikemaskini bagi program-program yang disebutkan di atas.

Penerima Bantuan Sara Hidup

  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Mereka yang layak untuk MySalam akan menerima pemberitahuan melalui SMS. Bagi yang layak tetapi tidak menerima SMS, mereka boleh menghubungi e-mel di [email protected] atau talian MySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu untuk bantuan lanjut.

Rujukan: mySalam

Leave a Comment