3 Resepi Sambal Ikan Bilis Rangup yang pedas, manis & bikin ketagih!

Pernahkah anda terbayang nikmatnya makan ikan bilis rangup bersalut sambal yang pekat dan penuh aroma?

Mari ikuti perjalanan kita menjelajahi rahsia di sebalik Resepi Sambal Ikan Bilis Rangup yang akan mengubah cara anda menikmati hidangan ini selamanya.

Resepi Sambal Ikan Bilis Rangup

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

3 Resepi Sambal Ikan Bilis Rangup yang pedas, manis & bikin ketagih!

 

Bayangkan aroma pedas yang menggoda selera, meresap ke setiap sudut rumah, membangkitkan rasa lapar yang tak tertahankan. Inilah janji yang dibawa oleh Resepi Sambal Ikan Bilis Rangup—sebuah hidangan yang tidak hanya meresap ke dalam hati melalui lidah tetapi juga mencipta kenangan yang tak terlupakan. Bersiaplah untuk terjebak dalam kuasa magis ikan bilis yang digoreng hingga keemasan, disertai dengan sambal pedas yang sempurna, mencipta tekstur yang rangup di luar tapi lembut di dalam.

Jadi, kenapa berlengah lagi? Mari kita mulakan perjalanan untuk menguasai seni mencipta hidangan lagenda yang akan membuat setiap suapannya disambut dengan decitan kegembiraan dan kepuasan.

 

Sambal Ikan Bilis, Kacang Dan Kentang Pedas Rangup

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 15 minit
  • Jumlah Hidangan: 6-7 orang

 

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk kisar kasar:
    • 3-4 biji bawang merah kecil
    • 4 ulas bawang putih
    • 12 tangkai cili kering

 

  • Bahan-bahan untuk lain-lain:
    • 2 cawan minyak masak
    • 2 biji kentang
    • 100g ikan bilis
    • 200g kacang tanah
    • 3-4 keping hirisan lengkuas
    • 2 sudu besar gula putih
    • 3 sudu besar gula nisan/gula melaka
    • 1/3 cawan air asam jawa
    • 1 sudu besar cuka makan
    • 1/4 sudu kecil kiub ayam
    • 1/4 sudu kecil garam

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk untuk goreng:
    1. Kupas dan hiris nipis kentang. Gaul dengan sedikit garam. Biarkan seketika sampai kentang keluarkan air dan toskan.
    2. Bersihkan ikan bilis dan toskan.
    3. Panaskan minyak, goreng kentang sehingga garing. Perlu kerap kacau sehingga kentang perang dan rangup. Angkat dan ketepikan.
    4. Goreng ikan bilis sehingga rangup.
    5. Keluarkan sedikit minyak dan goreng kacang tanah sehingga sedikit keperangan. Angakat dan ketepikan.

 

  • Cara-cara untuk sambal:
    1. Buang biji cili kering dan rebus. Kisar semua bahan-bahan untuk kisar kasar
    2. Menggunakan baki minyak tadi, tumis bahan kisar kasar sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan juga hirisan lengkuas.
    3. Bila sambal sudah pekat, masukkan gula putih, gula nisan atau gula melaka, air asam jawa, cuka makan dan kiub ayam.
    4. Masak sehingga sambal bertukar warna menjadi sedikit gelap dan pekat. Tabur garam secukup rasa.
    5. Tutup api dan gaulkan kacang tanah dan ikan bilis. Kerap kacau sehingga sambal betul-betul sebati dan sejuk. Last sekali masukkan kentang goreng. Gaul lagi dengan kerap sehingga semua bahan bersalut sekata.

 

Tip Masakan:
  • Bahan-bahan yang digoreng haruslah dikacau dengan kerap supaya masak sekata dan garing.
  • Sambal haruslah pekat dan kering. Kalau basah, nanti bahan-bahan goreng akan jadi lembik bila disimpan.
  • Kalau nak tunggu sambal sedikit suam sebelum kacau dengan bahan-bahan goreng pun boleh.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Sambal Garing Bilis Tempe

  • Masa Penyediaan: 25-30 minit
  • Masa Memasak: 35-40 minit
  • Jumlah Hidangan: 3-4 orang makan

 

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan A:
    • 300g ikan bilis (**boleh kurangkan ikan bilis kepada 200g untuk salutan lebih pedas)
    • 1 keping tempe
    • 6 biji bawang merah kecil
    • 1 sudu kecil garam
    • 1-2 sudu besar tepung beras
    • 2 mangkuk minyak masak

 

  • Bahan-bahan B:
    • 1 senduk minyak masak
    • 25-30 tangkai cili kering
    • 2 sudu besar gula
    • 1 kiub pati ikan bilis
    • ATAU boleh ganti perasa
    • Sedikit garam (jika suka)

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk bawang goreng:
    1. Gaulkan sedikit garam dengan hirisan nipis bawang merah kecil.
    2. Perap dalam anggaran lebih kurang ½ jam.
    3. Selepas perap, perah dan toskan jus bawang.
    4. Gaul bawang merah kecil dengan tepung beras sehingga bersalut sekata.
    5. Goreng hirisan bawang dengan api yang sederhana dan kerapkan kacau sehingga keperangan.

 

  • Cara-cara untuk sambal garing bilis tempe:
    1. Panaskan minyak dan goreng hirisan tempe dengan api yang sederhana. Kerapkan kacau tempe sehingga garing.
    2. Goreng pula ikan bilis sehingga keperangan.
    3. Masukkan sedikit cuka atau jus limau nipis kedalam ikan bilis yang sedang digoreng sebelum diangkat dan ditos minyak.
    4. Goreng cili kering sehingga keras dan kelihatan rangup.
    5. Kisar halus cili kering goreng dengan gula dan kiub pati ikan bilis atau serbuk perasa.
    6. Panaskan minyak, goreng bahan kisar dan masukkan gula. Goreng sekejap lalu tutup api.
    7. Masukkan ikan bilis, tempe dan bawang goreng. Gaul kesemuanya sehingga sekata.
    8. Tambah sedikit garam jika perlu.
    9. Kemudian, sambal garing bilis tempe siap untuk dihidang bersama nasi putih panas, roti serta bubur ataupun siap untuk disimpan dalam balang kedap udara.

 

Tip Masakan:
  • Untuk dapatkan ikan bilis goreng yang garing, basuh ikan bilis dan toskan air sehingga ikan bilis betul-betul kering sebelum digoreng ataupun jemurkan ikan bilis dibawah terik matahari.
  • Selain itu, petua untuk ikan bilis tahan lama garingnya adalah dengan tambah sedikit cuka atau jus limau nipis ketika 3-4 minit sebelum angkat ikan bilis yang sedang digoreng.
  • Untuk memastikan ikan bilis sudah garing dan sedia untuk diangkat adalah apabila buih minyak dan bunyi gorengan makin berkurang.
  • Untuk dapatkan tempe goreng yang garing pula, hiris senipiskan tempe dan potong kecil sebelum digoreng.

 

Sambal Bilis Rangup

 

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk sambal bilis rangup/garing:
    • 4-5 biji bawang merah kecil
    • 20-25 tangkai cili kering
    • 500g ikan bilis
    • 1-2 sudu besar gula
    • ½-1 sudu kecil serbuk lada sulah
    • Sedikit garam

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk sambal bilis rangup:
    1. Gaul hirisan bawang merah dengan sedikit garam dan goreng sehingga perang dan garing.
    2. Goreng cili kering sehingga kelihatan keras dan gelap.
    3. Goreng ikan bilis sehingga keperangan dan garing.
    4. Kisar kasar cili kering, sedikit ikan bilis yang telah digoreng, gula, serbuk lada sulah, sedikit garam dan serbuk perasa (pilihan).
    5. Tambah sedikit gula
    6. Campur serta gaul sekata bahan kisar kasar dan bawang goreng dengan ikan bilis goreng.
    7. Kemudian, ikan bilis rangup siap untuk dihidang.

 

Tip Masakan:
  • Sebelum mula menggoreng cili kering, tutup api bagi menggelakkan minyak meletup dan lebih terkawal semasa memasukkan cili kering. Kemudian, buka api semula jika sudah memasukkan semua cili kering dan kurang bunyi letupan minyak.
  • Pastikan minyak gorengan bagi ikan bilis sebelum dimasukkan betul-betul panas dan perlahankan api selepas ikan bilis sudah dimasukkan supaya ikan bilis menjadi lebih garing.

 

Rujukan video penyediaan:

Sumber: Che Nom

 

RUJUKAN LAIN:

Leave a Comment