Resepi Shepherds Pie paling mudah dan sedap!

Pernahkah anda membayangkan menyajikan Shepherds Pie yang lezat dan sempurna, seolah-olah keluar langsung dari dapur seorang chef terkenal?

Mari kita belajar bersama rahsia di sebalik hidangan klasik ini yang mungkin membuatkan setiap suapan membawa anda ke suatu penggembaraan rasa yang baru.

Resepi Shepherd Pie

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

 

Resepi Shepherd Pie yang mewah rasa & pasti memikat hati

 

Bayangkan aroma memikat daging cincang yang dipadukan dengan lapisan kentang lembut yang dibakar hingga keemasan merebak dalam rumah, membawa kita ke suatu petang yang hangat di mana keluarga berkumpul, berbagi kisah dan gelak tawa. Resepi Shepherd Pie, sajian klasik yang bukan sekadar tentang menyatukan bahan-bahannya, melainkan juga tentang menyatukan hati. Di setiap suapan, terkandung sebuah cerita tentang tradisi, kasih sayang, dan kebersamaan. Mari kita mulakan perjalanan memasak yang tidak hanya akan memanjakan lidah, tapi juga menyentuh jiwa.

Resepi Pertama Shepherd Pie

  • Jumlah Hidangan: 6 orang

 

Bahan-bahan:
  • 500g daging kisar (boleh juga digantikan dengan ayam atau kambing)
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 biji bawang besar kuning, cincang halus
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 10g tepung gandum
  • 1 sudu besar Worcestershire sauce
  • 1 sudu besar tomato puree
  • 1 ketul kiub daging Knorr
  • 1 helai daun bay
  • 1 batang celeri, potong kiub kecil
  • 500 ml air
  • 1 batang kentang, potong dadu besar dan rebus
  • garam secukup rasa

 

  • Bahan untuk kentang putar:
    • 1 kg kentang USA atau russet
    • 1/2 cawan susu full cream Dutch Lady
    • 40g butter

 

Cara Penyediaan:
  • Cara untuk kentang putar:
    1. Kupas kulit kentang dan potong kepada 2-3 bahagian. Rebus bersama satu sudu kecil garam di dalam air yang penuh menutupi kentang sehingga empuk dan kemudian toskan air.
    2. Masukkan kentang yang panas ke dalam mangkuk dan hancurkan sekata menggunakan potato masher. Masukkan pula susu dan butter dan kacau sekata.

 

  • Cara untuk Shepherd’s pie:
    1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar kuning sehingga lembut keperangan, kemudian diikuti bawang putih dan celeri.
    2. Selepas itu masukkan pula daging kisar dan kacau sehingga air yang keluar dari daging kisar tadi kering kerana dengan cara itu rasa daging lebih sedap.
    3. Apabila daging kisar telah kering airnya masukkantepung dan kacau seketika. Masukkan pula sos Worcestershire dan tomato puree. Kacau seketika.
    4. Tuang air ke dalam daging da masukkan kiub daging dan daun bay. Teruskan memasak di atas api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat selama lebih kurang 1 jam (Masak 1/2 jam sahaja kerana tak cukup masa). Angkat keluar daun bay.
    5. Tuang daging ke dalam mangkuk pie seramik atau kaca (Gunakan seramik pie dish berdiameter 26 cm. Ratakan daging dan taburkan sekata karot yang telah direbus di atas permukaan inti daging.
    6. Sendukkan kentang putar dan letakkan di beberapa bahagian atas pie dengan sekata dan ratakan menggunakan spatula. Tekan supaya kemas dan corak bahagian atas kentang menggunakan garfu dengan cara melorek atau doleh gunakan spatula untuk tekan menjadi seperti sisik ikan.
    7. Bakar pada suhu 220°C selama lebih kurang 20 minit atau sehingga bahagian atas keperangan.
    8. Sejukkan Shephard’s pie dan potong untuk menghidang.

 

Resepi Kedua Shepherd Pie

Bahan untuk mashed potato (lapisan kentang )
  • 5 biji ubi kentang russet (kalau guna kentang biasa pun boleh tapi tambah jadi 7 biji)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 3 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih/lada sulah
  • Garam secukup rasa
Untuk inti
  • 1 labu bawang Holland
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato (jika suka)
  • 1 botol kecil tomato puree
  • 1 paket isi ayam/daging kisar
  • 1 biji lobak merah (potong dadu)
  • Sedikit serbuk lada hitam, lada sulah dan oregano
  • 2 sudu besar sos cili
  • Sedikit garam
  • Egg wash(telur kuning+air sedikit)
  • Cheese mozarella/ parmesan ( saya guna cheese slice)
  • Butter untuk menumis

 

Cara Penyediaan:

1.Rebus kentang sampai empuk dan lenyekkan hingga halus.
2.Masukkan susu, butter, lada sulah dan garam
3.Gaul rata ketepikan.
4.Panaskan sedikit butter tumis bawang hingga layu
5.Masukkn isi ayam dan lobak merah
6.Masukkan tomato puree, sos cili, oregano, serbuk lada hitam dan lada sulah
7.Perasakan dengan garam.
8.Dah siap tutup api .
9.Ambil bekas/loyang sapukan butter sedikit bawahnya
10.Masukkan lapisan kentang dahulu
11.Masukkan pula isi ayam tadi
12.Letakkan cheese.
13.Ulang proses yang sama sampai habis dan akhir sekali bahagian atas mestilah lapisan kentang.
14.Sapukan egg wash.
15.Letakkan cheese dan taburkan parsley flakes.
16.Panaskan oven suhu 180 dan bakar selama 25- 30 minit
* kalau tengok bahagian atas dah keperangan maknanya dah masak.

 

Sumber:

 

RUJUKAN LAIN:

Leave a Comment