Rupanya Mudah Sahaja! Tempurung Kelapa Salah Satu Rahsia Lembutkan Ayam Pencen!

Ketahui rahsia melembutkan ayam pencen dengan tempurung kelapa yang mudah dan berkesan! Dapatkan tips berguna untuk menikmati hidangan ayam pencen yang lebih lembut dan lazat.

Tempurung Kelapa Salah Satu Rahsia Lembutkan Ayam Pencen!

Rupanya Mudah Sahaja! Tempurung Kelapa Salah Satu Rahsia Lembutkan Ayam Pencen!

 

Ayam pencen atau dikenali juga sebagai ayam tua memiliki rasa yang sangat membangkitkan selera apabila dimasak rendang, masak lemak, kari mahupun sup. Walau bagaimanapun, tidak ramai suri rumah malah tukang masak profesional gemar menggunakan ayam pencen kerana isinya yang liat dan sukar untuk dilembutkan.

Masalah ini mungkin tidak terlalu rumit dari sudut pandangan tukang masak handal, namun ia semestinya memberikan sedikit tekanan kepada mereka yang baru belajar memasak. Jangan khuatir, berikut kami kongsikan sembilan petua mudah untuk melembutkan isi ayam pencen berdasarkan satu hantaran di laman web Resepi Bonda.

1. Lada Hitam dan Halia
Tumbukkan setengah sudu teh lada hitam bersama sedikit halia. Masukkan bahan tersebut ke dalam periuk bersama ayam tua dan air untuk direbus. Rebus sehingga ayam pencen itu lembut. Setelah itu, keluarkan ayam sebelum dicuci bersih. Ayam boleh dilumuri dengan tepung beras jika ingin menggorengnya.

2. Tempurung Kelapa
Ini adalah antara cara mudah untuk melembutkan isi ayam pencen. Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk saat merebus ayam.

3. Tebu
Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika merebus atau memasak ayam pencen. Tebu membantu dalam proses melembutkan ayam.

4. Biji Selasih
Sediakan satu sudu besar biji selasih dan bungkus dengan kain kasa. Masukkan kain tersebut ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Biji selasih berfungsi membantu melembutkan ayam.

5. Daun Pisang Abu
Carikkan daun pisang abu terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk ketika merebus atau memasak hidangan ayam pencen. Daun pisang abu berkesan dalam mempercepatkan proses pelembutan daging.

6. Air Kelapa
Potong ayam tua kepada beberapa bahagian terlebih dahulu. Rebus potongan ayam tersebut bersama air kelapa sehingga isinya empuk. Selepas itu, toskan air kelapa sebelum ayam tersebut dimasak seperti biasa. Air kelapa membantu memberikan rasa yang enak dan melembutkan daging ayam.

7. Pangkal Daun Nanas
Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (bahagian yang berwarna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan daun nanas apabila isi ayam telah empuk. Daun nanas membantu melembutkan daging dengan cepat.

8. Buah Nanas
Kisar sepotong buah nanas dan lumurkan kepada ayam tua. Perap selama setengah jam terlebih dahulu, kemudian bersihkan dan masak ayam seperti biasa. Buah nanas mengandungi enzim yang mampu melembutkan daging ayam.

9. Buah Betik Muda
Rebus ayam pencen bersama dengan buah betik muda untuk melembutkan isinya. Buah betik muda juga mengandungi enzim papain yang berfungsi sebagai pelembut daging.

Selamat mencuba! Semoga salah satu daripada petua ini dapat membantu anda dalam menyediakan hidangan ayam pencen untuk keluarga yang tersayang.

 

Sumber: malaysiadateline

 

Baca Info Lain:

Leave a Comment