Kentang cepat naik tunas? Ini cara simpan kentang yang betul agar tahan hingga 2 bulan

Kentang cepat naik tunas? Ketahui cara simpan kentang yang betul dengan 7 tip mudah ini agar tahan hingga 2 bulan. Jangan biarkan kentang anda cepat rosak, cuba sekarang!

cara simpan kentang yang betul

Kentang cepat naik tunas? Ini cara simpan kentang yang betul agar tahan hingga 2 bulan

 

Sering kali kita membeli kentang dalam kuantiti yang banyak, namun apabila lambat dimasak, kentang tersebut cepat bertunas dan buruk. Ini menyebabkan kita terpaksa membuangnya dan membeli yang baru. Kentang bukanlah bahan yang digunakan dalam masakan harian, namun penting untuk mengetahui cara menyimpannya dengan betul agar ia boleh bertahan lebih lama.

Portal Hello Doktor telah berkongsi 7 tip tentang cara menyimpan kentang dengan betul, dan jika diaplikasikan, kentang anda boleh bertahan sehingga dua bulan. Berikut adalah cara-cara yang boleh diikuti:

Cara Menyimpan Kentang dengan Betul:
  • Pastikan Kentang Betul-betul Kering Sebelum Disimpan

Lap semua air pada kentang dan pastikan tempat simpanan tidak basah.

  • Simpan di Tempat Gelap, Sejuk, dan Kering

Tempat yang gelap dan sejuk dapat menghalang pertunasan. Pastikan juga pengudaraan baik dengan menyimpannya dalam kotak atau bekas pilihan anda.

  • Elakkan Dari Menyimpan di Bawah Dapur Gas

Suhu yang panas dan lembap boleh menggalakkan pertunasan kentang.

  • Jangan Simpan Dalam Peti Ais

Persekitaran terlalu sejuk akan menyebabkan kanji dalam kentang bertukar menjadi gula. Ini akan menyebabkan kentang bertukar warna menjadi coklat selepas dimasak dan kandungan gulanya juga menjadi lebih tinggi daripada kentang biasa.

  • Potong Bahagian Berwarna Hijau

Jika terdapat kawasan yang berwarna hijau pada kentang, potong dan buang bahagian tersebut. Bahagian lain yang masih kuning masih selamat untuk dimakan.

  • Jangan Campur Dengan Epal, Pisang, dan Bawang

Gas yang dihasilkan oleh epal, pisang atau bawang boleh mempercepatkan proses pertunasan kentang.

  • Cepat-cepat Buang Kentang Yang Buruk

Jika terdapat kentang yang sudah buruk, asingkan dan buang segera supaya tidak menjejaskan kentang lain.
Sekiranya anda tidak mempunyai tempat yang gelap untuk menyimpan kentang, ada cara mudah yang boleh dipraktikkan. Letakkan kentang dalam bakul dan tutup dengan kain berwarna gelap. Ini dapat membantu mengekalkan kesegaran kentang untuk jangka masa yang lebih lama.

 

Sumber: malaysiadateline

 

Baca Info Lain:

Leave a Comment