Bantuan RM500 Sebulan Untuk Veteran ATM Yang Tidak Berpencen

Dapatkan maklumat tentang bantuan RM500 sebulan untuk veteran ATM yang tidak berpencen. Ini adalah inisiatif kebajikan untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Bantuan RM500 Sebulan Untuk Veteran ATM Yang Tidak Berpencen

Bantuan RM500 Sebulan Untuk Veteran ATM Yang Tidak Berpencen

 

Dalam usaha untuk meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak menerima pencen, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan peningkatan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Menurut pengumuman terbaru, bantuan yang sebelum ini berjumlah RM300 sebulan, kini telah dinaikkan menjadi RM500 sebulan kepada mereka yang layak menerima.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira keperluan semasa dan cabaran kewangan yang dihadapi oleh veteran ATM, sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan dan pengorbanan mereka kepada negara.

Pengumuman berkenaan telah dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Langkah ini diharapkan dapat memberi sedikit lega kepada veteran ATM dalam menghadapi kos hidup yang semakin meningkat, sekaligus menunjukkan penghargaan dan penghormatan negara terhadap jasa dan pengorbanan mereka.

Peningkatan Bantuan Sara Hidup ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan kesejahteraan anggota masyarakat yang telah banyak berjasa, khususnya mereka yang pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia, diutamakan.

 

Layari laman wen rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM untuk ketahui cara memohon dan maklumat lebih lanjut.

Sumber: Kosmo

 

Baca Info Lain:

Leave a Comment