Tarikh Rasmi Bantuan STR Fasa 3 – Bila bayaran disalurkan?

Ketahui tarikh rasmi Bantuan  STR Fasa 3 2024. Panduan lengkap ini akan membantu anda melalui proses semakan dengan mudah dan cepat

Baca Juga : Semak & Mohon Bantuan JKM September Sekarang

Tarikh Rasmi Bantuan STR Fasa 3

Tarikh Rasmi Bantuan STR Fasa 3

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Menurut siaran media Kementerian Kewangan (MOF), bantuan tunai STR akan mula disalurkan kepada penerima sedia ada bermula pada 29 Ogos 2024 (Khamis) ini dan orang ramai boleh mula membuat semakan status pada portal rasmi.

Namun, bagi penerima baharu atau penerima yang lulus rayuan pula, boleh membuat semakan pada tarikh 18 September 2024 (Rabu), oleh kerana bantuan akan dimasukkan pada tarikh tersebut sehingga pada 20 September 2024 (Jumaat).

WAKTU PENYALURAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024

Waktu penyaluran bantuan tunai STR fasa ketiga (3) adalah berlainan untuk setiap bank seperti berikut:

  • Bank Simpanan Nasional: Selepas 6 petang
  • Bank Islam: Selepas 8 malam
  • Affin Bank: Selepas 8 malam
  • Ambank: Selepas 8 malam
  • Maybank: Selepas 9 malam
  • CIMB Bank: Selepas 9 malam
  • RHB Bank: Selepas 9 malam
  • Bank Muamalat: Selepas 10 malam

Nota: Kemasukan bantuan tunai STR fasa 3 adalah bermula 29 Ogos 2024 sehingga 20 September 2024.

JUMLAH PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024

Jumlah penerima bantuan tunai STR fasa ketiga (3) telah bertambah, kini mencecah seramai 8.5 juta yang merangkumi:

  • Isi rumah berpendapatan rendah: 3.0 juta
  • Isi rumah berpendapatan sederhana: 1.0 juta
  • Warga emas tanpa pasangan: 1.2 juta
  • Kategori bujang / balu / janda / duda: 3.3 juta

Ia melibatkan penerima sedia ada dan penerima baru.

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024

Bermula pada 29 Ogos 2024, setiap penerima boleh mula membuat semakan status di portal rasmi STR mengikuti panduan berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan ini: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda pada ruangan [No MyKad].
  3. Klik pada butang [Log Masuk].
  4. Klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima fasa 3 akan dipaparkan.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan ini, sila rujuk pihak berwajib di bawah:

  • Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel: str@mof.gov.my

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri dengan tujuan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak meminta sebarang maklumat pelawat atau mengenakan bayaran untuk maklumat yang dikongsikan. Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.

Baca Juga : Bantuan Barang Dapur RM300 – Khas untuk B40 dan M40

Leave a Comment