SENARAI BANTUAN OKU 2024 : Semak kelayakan dan mohon disini

Semak bantuan OKU yang boleh anda mohon sini. Teruskan membaca untuk SenaraI Bantuan OKU 2024.

 

MENDAPATKAN BANTUAN OKU 2024

Kerajaan Malaysia menyediakan bantuan kepada Orang Kurang Upaya (OKU). Untuk mendapatkannya, OKU perlu mendaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan memiliki kad OKU.

Anda boleh ke pautan ini untuk mendaftar :  MyDaftarOKU

Group Whatsapp Bantuan Kerajaan
Sila join Whatsapp Group ini jika anda B40 sahaja! https://chat.whatsapp.com/JYgxjzldBe1JteE7242rA0

SENARAI BANTUAN OKU 2024

 

  • ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)

 

Kadar bantuan ini adalah RM450 sebulan bagi setiap individu.

Tujuannya adalah untuk mendorong Orang Kurang Upaya (OKU) untuk terus bekerja, menjadi mandiri, dan berkontribusi secara produktif kepada masyarakat.

Berikut adalah kriteria kelayakan khusus untuk menerima bantuan ini:

 

  1. Warganegara Malaysia, menetap, dan bekerja di Malaysia.
  2. Berumur 16 tahun ke atas.
  3. Memegang kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  4. Pendapatan bulanan tidak melebihi RM1,500.00.

 

Baca artikel ini untuk panduan lanjut : BANTUAN KEWANGAN RM450 SEBULAN : Mohon dan Tuntut Sekarang!

 

  • BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)

 

Kadar bantuan ini adalah RM300 sebulan bagi setiap individu.

 

Tujuannya adalah:

 

  1. Membantu Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak mampu bekerja.
  2. Mendorong OKU untuk terus tinggal bersama keluarga mereka.

 

Berikut adalah kriteria kelayakan khusus untuk menerima bantuan ini:

 

  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
  2. Berumur 16 tahun ke atas.
  3. Memegang Kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  4. Tidak mampu bekerja.
  5. Tidak menjadi penghuni atau peserta program di bawah Institut yang diuruskan oleh JKM, pusat jagaan harian/berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/kemudahan secara percuma, atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
  6. Pendapatan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.

 

Baca disini untuk panduan cara mohon : BANTUAN KEWANGAN OKU RM300 : Semak kelayakan & cara mohon disini!

 

  • BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR / PESAKIT KRONIK TERLANTAR (BPT)

 

Kadar bantuan ini adalah RM500 sebulan bagi setiap individu.

 

Tujuannya adalah:

 

  1. Meringankan bebanan keluarga atau penjaga.
  2. Mendorong keluarga atau penjaga untuk memberikan penjagaan yang cermat kepada ahli keluarga yang Orang Kurang Upaya (OKU) terlantar, sakit terlantar, atau sakit kronik.

 

Berikut adalah kriteria kelayakan khusus untuk menerima bantuan ini:

 

  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
  2. Pemohon harus menjadi penjaga sepenuh masa atau memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar, pesakit terlantar, atau pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan.
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000.
  4. Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang terdapat dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

 

Baca disini untuk panduan cara mohon : Bantuan Kewangan RM500 Penjagaan OKU: Permohonan Dibuka!

 

RUJUKAN PENTING

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG ANDA LAYAK MOHON

 

Leave a Comment