Ketahui cara semak kelayakan anda untuk menerima Bantuan Tunai RM150. Klik di sini untuk panduan langkah demi langkah.
Baca Juga : Tarikh Rasmi Bantuan STR Fasa 3
Bantuan Tunai RM150 – Bantuan Sara Hidup
Bantuan Sara Hidup adalah inisiatif oleh Kerajaan hasil daripada penjimatan penyasaran semula subsidi. Bantuan ini disalurkan kepada golongan isi rumah dan individu bujang yang berpendapatan rendah untuk menampung kos sara hidup sepanjang tahun.
Tarikh Bantuan Tunai RM150
Penyaluran Bantuan Sara Hidup dilakukan secara berperingkat sepanjang tahun. Bagi fasa ketiga (3), bantuan disalurkan kepada penerima yang layak bermula pada 1 Ogos 2024 (Khamis) mengikut kelayakan sehingga penghujung bulan Ogos.
Had Bantuan Tunai RM150
Setiap penerima akan menerima Bantuan Sara Hidup berjumlah RM50 dan RM100 setiap fasa. Sekiranya tidak digunakan, bantuan akan dibawa ke bulan seterusnya, menjadikan had bantuan bagi fasa ketiga (3) sehingga RM400 dan RM800.
Cara Terima Bantuan Tunai RM150
Bantuan untuk penerima di negeri-negeri Semenanjung Malaysia akan disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan. Ia boleh digunakan terus untuk membeli barang keperluan asas di kaunter kedai yang berdaftar.
Cara Semak Bantuan Tunai RM150
Ikuti langkah-langkah berikut untuk menyemak status Bantuan Sara Hidup fasa ketiga (3):
- Layari laman rasmi Check Status Bantuan Sara Hidup.
- Anda akan dibawa ke halaman ‘Check Status’.
- Klik pada ruangan [Nombor MyKad*].
- Isikan ruangan tersebut dengan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda ‘-‘.
- Klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status penerima fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah:
Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri bertujuan untuk memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat pelawat atau mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/
Baca Juga : Bantuan Barang Dapur RM300