Apakah rahsia meningkatkan ketenangan dan kesejahteraan hidup yang telah diamalkan selama berabad-abad namun masih kurang diketahui oleh ramai?
Temukan bagaimana Panduan dan Manfaat Al-Mathurat dapat membuka pintu kepada keharmonian jiwa yang anda idamkan.
Seribu Satu Manfaat Al-Mathurat: Panduan Mudah Untuk Amalan Harian
Al-Mathurat merupakan satu himpunan zikir dan wirid yang dihimpunkan oleh As Syahid Hassan Al-Bannal yang diambil daripada Rasulullah S.A.W. Kumpulan zikir dan doa ini digalakkan untuk dibaca selepas Solat Subuh dan juga pada waktu petang, menjadikannya sebuah amalan yang membantu memperkuatkan hubungan antara seorang Muslim dengan Allah S.W.T. Dalam praktiknya, Al-Mathurat dibaca dua kali sehari; iaitu sebelah pagi dan petang. Terdapat dua versi utama Al-Mathurat; Al-Mathurat Al-Kubra yang memiliki bacaan yang lebih panjang dan Al-Mathurat Sughra yang memiliki bacaan yang lebih ringkas.
Al-Mathurat tidak hanya membantu dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T melalui zikir dan doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W, tapi ia juga memiliki banyak kelebihan, termasuklah dapat membantu menghindarkan diri dari gangguan syaitan. Amalan ini dianggap sebagai salah satu cara untuk menjaga aqidah dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.
Zikir dan wirid yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan yang diajarkan oleh Baginda kepada para sahabat semasa hayat Baginda dinamakan (al-Azkar Wa al-Aurad al-Ma’thurat), iaitu zikir-zikir dan wirid Rasulullah SAW yang merupakan syariat dan Sunnah Rasulullah SAW yang semestinya diikut.
Firman Allah SWT:
Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampuni dosa kamu”…
(Surah Ali ‘Imraan: 31)
Waktu Bacaan
Bacaan al-Mathurat dibaca 2 kali sehari, iaitu:
- Pada sebelah pagi (kebiasannnya dibaca selepas Solat Subuh)
- Sebelah petang (kebiasaannya dibaca selepas Solat Asar).
Al-Mathurat (Sughra & Kubra)
Al-Mathurat ini terdapat dua jenis iaitu yang ringkas (Sughra) sesuai di baca jika tidak mempunyai masa yang banyak dan yang lengkap (Kubra) bagi anda yang mempunyai masa yang panjang.
Berikut merupakan bacaan Al- Ma’thurat yang ringkas (Sughra): mathurat-v2-digital
Bagi anda yang inginkan Al-Mathurat yang panjang (Kubra), anda boleh membaca di sini: Al-Mathurat-1
Panduan Membaca Al-Mathurat
1.Bacaan al-Mathurat dimulakan dengan al-Fatihah
Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn
Maksudnya:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
2.Kemudian disambung dengan surah al-Baqarah ayat 1 – 5
Alif Lām Mīm. Żālikal-Kitābu Lā Raiba Fīh, Hudal Lil-Muttaqīn. Allażīna Yu’minūna Bil-Gaibi Wa Yuqīmūnaṣ-Ṣalāta Wa Mimmā Razaqnāhum Yunfiqūn. Wallażīna Yu’minūna Bimā Unzila Ilaika Wa Mā Unzila Min Qablik, Wa Bil-Ākhirati Hum Yūqinūn. Ulā’ika ‘Alā Hudam Mir Rabbihim Wa Ulā’ika Humul-Mufliḥūn
Maksudnya:
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
3.Kemudian disambung Ayatul Kursi (al-Baqarah ayat 255)
Allāhu Lā Ilāha Illā Huw, Al-Ḥayyul-Qayyūm, Lā Ta’khużuhū Sinatuw Wa Lā Naum, Lahū Mā Fis-Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Man Żallażī Yasyfa‘U ‘Indahū Illā Bi’iżnih, Ya‘Lamu Mā Baina Aidīhim Wa Mā Khalfahum, Wa Lā Yuḥīṭūna Bisyai’im Min ‘Ilmihī Illā Bimā Syā’, Wasi‘A Kursiyyuhus-Samāwāti Wal-Arḍ, Wa Lā Ya’ūduhū Ḥifẓuhumā, Wa Huwal-‘Aliyyul-‘Aẓīm
Maksudnya:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
4.Kemudian disambung surah al-Baqarah ayat 256
Lā Ikrāha Fid-Dīn, Qat Tabayyanar-Rusydu Minal-Gayy, Fa May Yakfur Biṭ-Ṭāgūti Wa Yu’mim Billāhi Fa Qadistamsaka Bil-‘Urwatil-Wuṡqā Lanfiṣāma Lahā, Wallāhu Samī‘Un ‘Alīm
Maksudnya:
Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
5.Kemudian disambung surah al-Baqarah ayat 257
Allāhu Waliyyullażīna Āmanū Yukhrijuhum Minaẓ-Ẓulumāti Ilan-Nūr, Wallażīna Kafarū Auliyā’uhumuṭ-Ṭāgūtu Yukhrijūnahum Minan-Nūri Ilaẓ-Ẓulumāt, Ulā’ika Aṣḥābun-Nār, Hum Fīhā Khālidūn
Maksudnya:
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
6.Kemudian disambung surah al-Baqarah ayat 284
Lillāhi Mā Fis-Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Wa In Tubdū Mā Fī Anfusikum Au Tukhfūhu Yuḥāsibkum Bihillāh, Fa Yagfiru Limay Yasyā’u Wa Yu‘Ażżibu May Yasyā’, Wallāhu ‘Alā Kulli Syai’in Qadīr
Maksudnya:
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
7.Kemudian disambung surah al-Baqarah ayat 285
Āmanar-Rasūlu Bimā Unzila Ilaihi Mir Rabbihī Wal-Mu’minūn, Kullun Āmana Billāhi Wa Malā’ikatihī Wa Kutubihī Wa Rusulih, Lā Nufarriqu Baina Aḥadim Mir Rusulih, Wa Qālū Sami‘Nā Wa Aṭa‘Nā Gufrānaka Rabbanā Wa Ilaikal-Maṣīr
Maksudnya:
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
8.Kemudian disambung surah al-Baqarah ayat 286
Lā Yukallifullāhu Nafsan Illā Wus‘Ahā, Lahā Mā Kasabat Wa ‘Alaihā Maktasabat, Rabbanā Lā Tu’ākhiżnā In Nasīnā Au Akhṭa’nā, Rabbanā Wa Lā Taḥmil ‘Alainā Iṣran Kamā Ḥamaltahū ‘Alallażīna Min Qablinā, Rabbanā Wa Lā Tuḥammilnā Mā Lā Ṭāqata Lanā Bih, Wa‘Fu ‘Annā, Wagfir Lanā, Warḥamnā, Anta Maulānā Fanṣurnā ‘Alal Qaumil-Kāfirīn
Maksudnya:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
9.Kemudian disambung surah ali-Imran ayat 1 – 2
Alif Lām Mīm. Allāhu Lā Ilāha Illā Huwal-Ḥayyul-Qayyūm
Maksudnya:
Alif, Laam, Miim. Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.
10.Kemudian disambung surah Taha ayat 111
Wa ‘Anatil-Wujūhu Lil-Ḥayyil-Qayyūm, Wa Qad Khāba Man Ḥamala Ẓulmā
Maksudnya:
Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya; dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman.
11.Kemudian disambung surah Taha ayat 112
Wa May Ya‘Mal Minaṣ-Ṣāliḥāti Wa Huwa Mu’minun Fa Lā Yakhāfu Ẓulmaw Wa Lā Haḍmā
Maksudnya:
Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang soleh, sedang ia beriman, maka tidaklah (seharusnya) ia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikitpun dari pahalanya.
12.Kemudian disambung surah al-Isra ayat 110 — 110
Qulid‘Ullāha Awid‘Ur-Raḥmān, Ayyam Mā Tad‘Ū Fa Lahul-Asmā’ul-Ḥusnā, Wa Lā Tajhar Biṣalātika Wa Lā Tukhāfit Bihā Wabtagi Baina Żālika Sabīlā. Wa Qulil-Ḥamdu Lillāhillażī Lam Yattakhiż Waladaw Wa Lam Yakul Lahū Syarīkun Fil-Mulki Wa Lam Yakul Lahū Waliyyum Minaż-Żulli Wa Kabbirhu Takbīrā
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama ” Allah” atau nama “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia”. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu. Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!”
13.Kemudian bacaan al-Mathurat disambung surah al-Mukminun ayat 115 – 118
Afa Ḥasibtum Annamā Khalaqnākum ‘Abaṡaw Wa Annakum Ilainā Lā Turja‘Ūn. Fa Ta‘Ālallāhul-Malikul-Ḥaqq, Lā Ilāha Illā Huw, Rabbul-‘Arsyil-Karīm. Wa May Yad‘U Ma‘Allāhi Ilāhan Ākhara Lā Burhāna Lahū Bihī Fa Innamā Ḥisābuhū ‘Inda Rabbih, Innahū Lā Yufliḥul-Kāfirūn. Wa Qur Rabbigfir Warḥam Wa Anta Khairur-Rāḥimīn
Maksudnya:
“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?” Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya. Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): “Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!”
14.Kemudian disambung surah ar-Rum 17 – 19
Fa Subḥānallāhi Ḥīna Tumsūna Wa Ḥīna Tuṣbiḥūn. Wa Lahul-Ḥamdu Fis-Samāwāti Wal-Arḍi Wa ‘Asyiyyaw Wa Ḥīna Tuẓhirūn. Yukhrijul-Ḥayya Minal-Mayyiti Wa Yukhrijul-Mayyita Minal-Ḥayyi Wa Yuḥyil-Arḍa Ba‘Da Mautihā, Wa Każālika Tukhrajūn
Maksudnya:
(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh. Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur. Ia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).
15.Kemudian bacaan al-Mathurat disambung surah ar-Rum 20 – 24
Wa Min Āyātihī An Khalaqakum Min Turābin Ṡumma Iżā Antum Basyarun Tantasyirūn.
Wa Min Āyātihī An Khalaqa Lakum Min Anfusikum Azwājal Litaskunū Ilaihā Wa Ja‘Ala Bainakum Mawaddataw Wa Raḥmah, Inna Fī Żālika La’āyātil Liqaumiy Yatafakkarūn.
Wa Min Āyātihī Manāmukum Bil-Laili Wan-Nahāri Wabtigā’ukum Min Faḍlih, Inna Fī Żālika La’āyātil Liqaumiy Yasma‘Ūn.
Wa Min Āyātihī Yurīkumul-Barqa Khaufaw Wa Ṭama‘Aw Wa Yunazzilu Minas-Samā’i Mā’an Fa Yuḥyī Bihil-Arḍa Ba‘Da Mautihā, Inna Fī Żālika La’āyātil Liqaumiy Ya‘Qilūn
Maksudnya:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.
16.Kemudian disambung surah ar-Rum 25 – 26
Wa Min Āyātihī An Taqūmas-Samā’u Wal-Arḍu Bi’amrih, Ṡumma Iżā Da‘Ākum Da‘Watam Minal-Arḍi Iżā Antum Takhrujūn. Wa Lahū Man Fis-Samāwāti Wal-Arḍ, Kullul Lahū Qānitūn
Maksudnya:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing). Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.
17.Kemudian bacaan al-Mathurat disambung surah al-Ghafir ayat 1 – 3
Ḥā Mīm. Tanzīlul-Kitābi Minallāhil-‘Azīzil-‘Alīm. Gāfiriż-Żambi Wa Qābilit-Taubi Syadīdil-‘Iqābi Żiṭ-Ṭaūl, Lā Ilāha Illā Huw, Ilaihil-Maṣīr
Maksudnya:
Haa, Miim. Turunnya Al-Quran ini dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Yang Mengampunkan dosa, dan Yang Menerima taubat; Yang Berat azabNya; Yang Melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat kembali.
18.Kemudian bacaan al-Mathurat disambung surah al-Hasyr ayat 22 – 24
Huwallāhullażī Lā Ilāha Illā Huw, ‘Ālimul-Gaibi Wasy-Syahādah, Huwar-Raḥmānur-Raḥīm. Huwallāhullażī Lā Ilāha Illā Huw, Al-Malikul-Quddūsus-Salāmul-Mu’minul-Muhaiminul-‘Azīzul-Jabbārul-Mutakabbir, Subḥānallāhi ‘Ammā Yusyrikūn. Huwallāhul-Khāliqul-Bāri’ul-Muṣawwiru Lahul-Asmā’ul-Ḥusnā, Yusabbiḥu Lahū Mā Fis-Samāwāti Wal-Arḍ, Wa Huwal-‘Azīzul-Ḥakīm
Maksudnya:
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
19.Kemudian disambung surah al-Zalzalah ayat 1 – 8
Iżā Zulzilatil-Arḍu Zilzālahā. Wa Akhrajatil-Arḍu Aṡqālahā. Wa Qālal-Insānu Mā Lahā. Yauma’iżin Tuḥaddiṡu Akhbārahā. Bi’anna Rabbaka Auḥā Lahā. Yauma’iżiy Yaṣdurun-Nāsu Asytātal Liyurau A‘Mālahum. Fa May Ya‘Mal Miṡqāla Żarratin Khairay Yarah. Wa May Ya‘Mal Miṡqāla Żarratin Syarray Yarah
Maksudnya:
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?” Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
20.Kemudian bacaan al-Mathurat disambung surah al-Kafirun
Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
21.Kemudian disambung surah al-Nasr
Iżā Jā’a Naṣrullāhi Wal-Fatḥ. Wa Ra’aitan-Nāsa Yadkhulūna Fī Dīnillāhi Afwājā. Fa Sabbiḥ Biḥamdi Rabbika Wastagfirh, Innahū Kāna Tawwābā
Maksudnya:
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), – Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, – Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
22.Kemudian bacaan al-Mathurat disambung surah al-Ikhlas ayat 1 – 4
Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
23.Kemudian bacaan al-Mathurat disambung surah al-Falaq
Qul A‘Ūżu Birabbil-Falaq. Min Syarri Mā Khalaq. Wa Min Syarri Gāsiqin Iżā Waqab. Wa Min Syarrin-Naffāṡāti Fil-‘Uqad. Wa Min Syarri Ḥāsidin Iżā Ḥasad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.
24.Kemudian disambung surah an-Nas ayat 1 – 6
Qul A‘Ūżu Birabbin-Nās. Malikin-Nās. Ilāhin-Nās. Min Syarril-Waswāsil-Khannās. Allażī Yuwaswisu Fī Ṣudūrin-Nās. Minal Jinnati Wan-Nās
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. “Yang Menguasai sekalian manusia, “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, – “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.
25.Kemudian bacaan al-Mathurat disambung dengan doa pujian kepada Allah SWT
AsbahNa Wa Asbahal (AmSaiNa Wa Amsal) Mulku Lillahi Walhamdu Lillahi Laa SyariiKa-Lahu Laa iLaaHa illa Huwa Wa ilaiHin-Nusyur (al-Masir)
Maksudnya:
Sesungguhnya kami terjaga di pagi hari (di petang hari) dengan (kesedaran bahawa) Kerajaan (bumi dan segala isinya) ini seluruhnya adalah milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagi-Nya tiada Tuhan selain Dia dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan. (3x)
26.Kemudian disambung doa untuk teguh pendirian dalam Islam
AsBahNa (AmsaiNaa) ‘Ala Fitratil-Islami Wa Kalimatil-IkhLaaSi Wa ‘Alaa DiiNi NabiyyiNa Muhammad, Wa ‘Ala Millati AbiiNaa IbraaHima HaniFan WaMaa Kana Minal Musyrikin.
- Apabila dibaca pada waktu petang, perkataan Asbahna diganti dengan Amsainaa
Maksudnya:
Kami terjaga di pagi hari (petang hari) dalam fitrah Islam, dan kalimah ikhlas dan dalam agama nabi kami, Muhammad SAW, dan dalam millah (ajaran) bapa kami Ibrahim yang hanif (lurus) sedang dia bukan orang musyrik.
27.Kemudian al-Mathurat disambung dengan doa mensyukuri nikmat
Allahumma Inni AsbahTu (AmSayTu) Minka Fii Ni’matin Wa ‘Afiyatin Wasitrin FaAtimma ‘Alayya Ni’mataka Wa ‘Afiyatika WasitRoka Fid-dunyaa Wal Aakhirati
- Apabila dibaca pada waktu petang, perkataan AshbahTu diganti dengan Amsaytu
Maksudnya:
Ya Allah, aku terjaga pada pagi dan petang dalam nikmat Mu, afiat (keselamatan dari mara bencana), dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa) ku, maka sempurnakan nikmat-Mu, afiat-Mu dan penjagaan-Mu itu di atasku, di dunia dan akhirat. (3x)
28.Kemudian disambung pengakuan segala nikmat dari Allah
Allāhumma Mā Aṣbaḥa (Mā Amsā) Bii Min Niʿmatin Aw Bi Aḥadin Min Khalqika Fa Minka Waḥdaka Lā Sharīka Lak, Fa Laka L-Ḥamdu Wa Laka Sh-Shukru
- Apabila dibaca pada waktu petang, perkataan Mā Aṣbaḥa diganti dengan Mā Amsā
Maksudnya:
Ya Allah, tidaklah aku pada waktu pagi dan petang dengan nikmat apa yang aku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhluk-Mu adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur.
29.Kemudian disambung dengan pujian bagi Allah
Yā Rabbi Lakal-Ḥamdu Kamā Yanbaghī Li Jalāli Wajhika Wa ʿAZiimi Sulṭhonik
Ya Allah, bagi-Mu segala puji seagung kemuliaan wajah- Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu.
30.Kemudian al-Mathurat disambung dengan bacaan ikrar
Raḍhiitu Billahi Rabban, Wa Bil-Islāmi Diinan, Wa Bi Muḥammadin Nabiyyan Wa Rasūlaa
Maksudnya:
Aku telah redha dengan Allah sebagai Tuhanku, dan dengan Islam sebagai agamaku dan dengan Muhammad sebagai nabi dan rasulku. (3x)
31.Kemudian disambung dengan bertasbih kepada Allah
Subḥānallāhi Wa Bi Ḥamdihi, ʿAdada Khalqihī Wa Riḍhā Nafsihī Wa Zinata ʿArshiHii Wa MidaaDa Kalimatihi (3x)
Maksudnya:
Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya sebanyak bilangan kejadian-Nya dan keredhaan-Nya, dan seberat timbangan ‘Arasy-Nya dan sebanyak dakwat (yang terpakai untuk menuliskan) kalimah-Nya. (3x)
32.Kemudian disambung dengan bacaan meninggikan Asma’ Allah
Bismillāhil-Lazhii Laa Yaḍurru MaʿAsmihii Shayʾun Fil-Arḍi Wa Laa Fis-Samāʾi Wa Huwas-Samiiʿul-ʿAliim (3X)
Maksudnya:
Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan Ia Maha Mendengar dan Mengetahui. (3x)
33.Kemudian disambung dengan doa terhindar dari Syirik
Allāhumma Innā NaʿUuzuBika Min An NushRika Bika Shayʾan NaʿLamuHuu Wa Nastaghfiruka Li Maa Laa Na’lamuhu (3x)
Maksudnya:
Ya Allah, kami berlindung pada–Mu dari menyekutukan- Mu dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun dari (menyekutukan-Mu) dengan sesuatu yang tidak kami ketahui. (3x)
34.Kemudian al-Mathurat disambung dengan doa berlindung dari kejahatan makhluk
AʿUuzu Bi Kalimaatil-laahit-Tāmmāti Min Sharri Maa Khalaq (3x)
Maksudnya:
Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa-apa yang diciptakan. (3x)
35.Kemudian disambung doa terhindar dari belenggu hutang
Allāhumma Innī AʿUzuBika Minal-Hammi Wal-Ḥazan, Wa AʿUuzuBika Minal-ʿAjzi Wal-Kasal, Wa AʿUuzuBika Minal-Jubni Wal-Bukhl, Wa AʿUuzuBika Min Ghalabatid-Dayni Wa Qahrir-Rijāl
Maksudnya:
Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
36.Kemudian bacaan al-Mathurat disambung doa dilimpahkan kesihatan
Allāhumma ʿAafinī Fii Badanii, Allāhumma ʿAafinii Fii Sam’ie, Allāhumma ʿAafinī Fii Baṣarii
Maksudnya:
Ya Allah, sihatkanlah badanku, Ya Allah, sihatkanlah pendengaranku, Ya Allah, sihatkanlah penglihatanku.
37.Kemudian disambung doa terhindar dari kemiskinan
Allāhumma Innii AʿUuzuBika Minal-Kufri Wal-Faqr, Allāhumma Innii AʿUzuBika Min ʿAZaabil-Qabr, Laa Ilāha Illā Anta
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari kekafiran dan kefakiran; Ya Allah, aku berlindung kepada- Mu dari azab kubur; tidak ada Tuhan selain Engkau. (3x) (Ibnu Sunni, H. Sahih)
38.Kemudian al-Mathurat disambung doa memohon keampunan
Allāhumma Anta Rabbī Laa Ilāha Illā Anta Khalaqtanī Wa Ana ʿAbduka Wa Ana ʿAlaa ʿAhdika Wa Wa’dika MasTaṭa’tu. A’UzuBika Min Syarri Maa Ṣana’tu. Abuu’U Laka BiNi’matika ʿAlayya Wa Abū’U BizanBii FaghFirLii Fa Innahuu Laa Yaghfiruz-Zunūba Illā Anta
Maksudnya:
Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau; Engkau yang menciptakan dan aku abdi- Mu, dan aku berada dalam perjanjian dengan-Mu, ikrar kepada-Mu, (yang akan aku laksanakan dengan) segala kemampuanku; dan aku berlindung pada-Mu, dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan; aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmat-Mu kepadaku; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau.
39.Kemudian, bacaan al-Mathurat disambung dengan Istighfar (Memohon Keampunan)
Astaghfirullahal-LaDzi Laa ilaaHa illaa Huwal-Hayyul Qoyyum Wa AtuuBu-ilayh
Maksudnya:
Aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga; dan aku bertaubat pada-Mu. (Ulang 3 kali)
40.Kemudian disambung selawat ke atas Nabi Muhammad
Maksudnya:
Ya Allah, limpahkan selawat (berkat dan rahmat) dan salam atas junjungan kami, Muhammad, dan di atas keluarga junjungan kami, Muhammad, seperti Engkau limpahkan selawat (berkat dan rahmat) atas junjungan kami, dan keluarga junjungan kami, Ibrahim; dan berkatilah junjungan kami, Muhammad, seperti Engkau berkati junjungan kami, Ibrahim, di alam ini sesungguhnya Engkaulah yang Maha Terpuji dan Mulia.
41.Kemudian, bacaan al-Mathurat disambung tasbih segala pujian bagi Allah
SubhaaNallahi Walhamdulillah WaLaa IlaHa illallah Wallahu Akbar
Maksudnya:
Maha Suci Allah, dan segala puji bagi Allah, dan tidak ada Tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar.
42.Kemudian disambung dengan mengakui keesaan Allah
Laa IlaHa illallahu Wahdahu Laa SyariKalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu Wahuwa ‘Ala Kulli Syai’in Qodir
Maksudnya:
Tidak ada Tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, yang memiliki segala kerajaan/ kekuasaan dan segala pujian hanya bagi-Nya, dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu.
(Riwayat Muslim)
43.Kemudian, bacaan al-Mathurat disambung dengan pujian dan memohon taubat
SubhaaNaka Allahumma Wabihamdika Asyhadu Anlaa IlaaHa Illa Anta Astaghfiruka Wa AtuuBu-ilayh
Maksudnya:
Maha Suci Engkau, Ya Allah dan segala pujian bagi- Mu; aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, aku mohon ampun dan bertaubat pada-Mu.
44.Kemudian disambung lagi dengan selawat ke atas Nabi
Allāhumma Ṣolli ʿAlā Sayyidinā Muḥammadin ʿAbdika Wa Nabiyyika Wa Rasulikan-Nabiyyi Ummiyyi Wa ‘Alaa Alihii Wasohbihi Wasallim Tasliiman ‘Adadamaa AḥaaTho Bihii ‘ilmuka, Wa KhaṭTa Bihii Qalamuka, Wa Aḥṣāhu Kitābuka.
Maksudnya:
Ya Allah restui dan berkatkanlah junjungan kami Muhammad sebagai hamba, nabi dan rasul-Mu yang ummi. Berkatkan keluarga dan sahabat Baginda. Sejahterakanlah Baginda selama-lamanya. Sejahterakanlah Baginda selama-lamanya sebanyak-banyak bilangan dalam ilmu dan sebanyak-banyak perkara yang ditulis oleh Qalam-Mu dan sebanyak-banyak yang dirangkum oleh kitab-Mu.
Warḍallāhumma ‘An Saadaatinaa Abī Bakrin Wa ʿUmara Wa ʿUthsmāna Wa ʿAliyyin, Wa ʿAnis-saḥābati Ajma’in, Wa ‘Anit-Tābiʿīna Wa Tābiʿihim Bi IḥsaaNin Ilaa Yawmid-Diin. Subḥāna Rabbil-ʿIzzati ʿAmmā Yaṣifūn Wa Salāmun ʿAlal-Mursalīn Wal-Ḥamdu Lillaahi Rabbil-ʿAalamīn
Maksudnya:
Terimalah dan relakanlah pemimpin terutama kami; Sayyidina Abu Bakar, Omar, Othman, Ali dan para sahabat Baginda semuanya, para tabi’in, dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka sampai hari pembalasan. Terimalah (kepulangan) mereka dengan sebaik-baiknya. Maha Suci Tuhan (Mu) yang memiliki kebesaran dan kemuliaan dari sifat tercela. Salam sejahtera untuk para Rasul utusan, dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
45.Kemudian baca doa selepas al-Mathurat
Doa selepas mathurat adalah seperti berikut:
Doa al-Mathurat
Allaahumma Inna Nas’aluka Lisaanan Rootiban Bidzikrika Wa Qolban Maf’uman Bisyukrika Wa Badanan Hayyinan Layyinan Bithoo’atika Allahumma Inna Nas-Aluka Iimaanan Kaamilan Wa Nas-Aluka ‘Ilman Naafi’an Wa Nas-Aluka Yaqiinan Shoodiqon Wa Nas-Aluka Diinan Qoyyiman Wa Nas-Alukal ‘Aafiyata Min Kulli Baliyyatin Wa Nas-Aluka Tamaama-Lghinaa ‘Anin-Nnaas Wahab Lanaa Haqiiqotal Iimaani Bika Hatta Laa Nakhoofa Wa Laa Narjuu Ghoiroka Wa Laa Na’buda Syai’an Siwaaka Waj’al Yadaka Mabsuuthotan ‘Alainaa Wa ‘Alaa Ahlinaa Wa Aulaadinaa Waam-Ma’anaa Birohmatika Wa Laa Takilnaa Ilaa Anfusinaa Thorfata ‘Ainin Wa Laa Aqolla Min Dzaalika Ya Ni’mal Mujiibu Wa Sholli ‘Alaa Sayyidinaa Muhammadin-Nnabiyyi-Lkariim Wa ‘Alaa Aalihi Wa Shohbihi Ajma’iin.
Maksud Doa al-Mathurat:
Ya Allah kurniakanlah kami lisan (lidah) yang lembut membasahi mengingati dan menyebut (nama-Mu), hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat-Mu), serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah-Mu). Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap, dinn (cara hidup) yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka.
Kami mohon kepada-Mu Ya Allah kecukupan yang tidak perlu kami terpaksa meminta kepada orang lain. Berikanlah kami Ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak menyekutukan-Mu.
Berikanlah rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun hanya dalam sekelip mata atau lebih pendek dari masa itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan permintaan.
Selawat (berkat dan rahmat) dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad, nabi yang mulia, kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda amnya.
46.Kemudian, bacalah pengakuan terhadap kekuasaan Allah
Qulillāhumma Mālikal-mulki Tu’til-mulka Man Tasyā’u Wa Tanzi‘ul-mulka Mim Man Tasyā’u Wa Tu‘izzu Man Tasyā’u Wa Tużillu Man Tasyā’, Biyadikal-khaīr, Innaka ‘Alā Kulli Syai’in Qadīr
Tūlijul-Laila Fin-Nahāri Wa Tūlijun-Nahāra Fil-Laili Wa Tukhrijul-Ḥayya Minal-Mayyiti Wa Tukhrijul-Mayyita Minal-Ḥayyi Wa Tarzuqu Man Tasyā’u Bigairi Ḥisāb
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [ali-Imraan 26]
“Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”. [ali Imraan 27]
47.Akhir sekali, bacaan al-Mathurat ini ditutup dengan Doa Rabitah
Allahumma Inna HaZaa Iqbaalu Lailika WaIdbaru NahaaRika WaAsWaaTu Dua’ Faghfirli
Allahumma Innaka Ta’lamu Anna Hadzihil Qulub, Qadijtama-At ‘Alaa Mahabbatik. Wal Taqat ‘Alaa Tha’atik, Wa Tawahhadat ‘Alaa Da’watik Wa Ta ‘Ahadat ‘Ala Nashrati Syari’atik. Fa Watsiqillahumma Rabithataha, Wa Adim Wuddaha, Wah Dihaa Subulahaa. Wamla’haa Binuurikal Ladzi Laa Yakhbu. Wasy-Syrah Shuduroha Bi Faidil Imaanibik Wa Jamiilit Tawakkuli ‘Alaik. Wa Ahyiha Bi Ma’rifatik, Wa Amitha ‘Alaa Syahaadati Fii Sabiilik. Innaka Ni’mal Maula Wa Ni’man Nashiir. Allahumma Aamiin
Wasollallah-Humma ‘Aka Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Wasallama Tasliman Ka-tsiRaa
Manfaat Al-Mathurat
1. Tidak dihampiri syaitan.
2. Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dalam urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan untuk menyelesaikan hutang-piutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.
14. Sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
dan pelbagai lagi kelebihan yang hanya Allah Yang Maha Mengetahui~
Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut berzikir dan berdoa.
Tips Istiqomah Baca Al-Mathurat
1. Sediakan satu buku al-mathurat di rumah.
2. Sediakan satu buku al-mathurat di dalam kereta.
3. Install application dari google playstore.
Video Bacaan Al-Mathurat
Sumber: