Cara Solat Fardhu : Panduan Lengkap Dari A-Z

Cara solat fardhu: Rukun, syarat sah, dan tatacara solat. Wajib bagi Muslim solat 5 waktu.

Solat fardhu adalah salah satu rukun Islam yang lima dan merupakan kewajiban setiap muslim yang baligh dan berakal. Solat fardhu wajib dilakukan pada waktu-waktu yang telah ditentukan, iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. 

Solat fardhu merupakan ibadah wajib yang sangat penting kerana ia menjadi bukti kepatuhan seseorang hamba kepada perintah Allah SWT. Dengan mendirikan solat, seorang muslim dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Oleh itu, setiap muslim yang mukallaf wajib melaksanakan solat fardhu ini dengan sempurna mengikut rukun dan syarat yang ditetapkan.

Baca juga : Cara Solat Hajat – PANDUAN JAKIM

cara solat fardhu

Persiapan Sebelum Solat

Sebelum melaksanakan solat, seseorang perlu melakukan persiapan berikut:

 

  • Berwudhu

Berwudhu adalah salah satu syarat sah solat. Cara berwudhu yang betul ialah:

– Niat untuk berwudhu

– Basuh muka 3 kali

– Basuh tangan kanan sampai siku 3 kali

– Basuh tangan kiri sampai siku 3 kali 

– Sapu kepala sekali

– Basuh kaki kanan sampai buku lali 3 kali

– Basuh kaki kiri sampai buku lali 3 kali

– Tertib dan berurutan tanpa berselang masa

Baca juga : Panduan Ambil Wudhu JAKIM

 

  • Menutup Aurat

Menutup aurat juga merupakan syarat sah solat. Bagi lelaki, auratnya ialah dari pusat hingga lutut. Bagi wanita, seluruh badan kecuali muka dan telapak tangan.

  • Menghadap Kiblat

Kita wajib menghadap kiblat semasa solat. Kiblat umat Islam adalah Kaabah di Masjidil Haram, Mekah. Kompas dan aplikasi solat boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat dengan tepat.

  • Niat 

Niat solat wajib dibuat di dalam hati sebelum takbiratul ihram.

Contoh niat solat Subuh:

اُصَلّى فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى

Sahaja aku sembahyang fardhu Subuh dua rakaat kerana Allah Taala”.

 

  • Adzan dan Iqamah

Adzan adalah panggilan untuk menyeru umat Islam supaya datang mengerjakan solat fardhu berjemaah. Ia dibaca dengan kuat dan lantang supaya dapat didengar oleh orang ramai. 

Adzan dibaca dengan menyebut:

Allahu Akbar (4 kali)

Ashhadu alla ilaha illallah (2 kali)  

Ashhadu anna Muhammadar Rasulullah (2 kali)

Hayya ‘alas solah (2 kali)

Hayya ‘alal falah (2 kali)

Allahu Akbar (2 kali)

La ilaha illallah (1 kali)

 

Iqamah pula ialah pengumuman bahawa solat fardhu akan dimulakan. Ia juga dibaca dengan lantang tetapi tidak sekuat adzan. 

 

Iqamah dibaca dengan menyebut:

Allahu Akbar (2 kali)

Ashhadu alla ilaha illallah (1 kali)

Ashhadu anna Muhammadar Rasulullah (1 kali) 

Hayya ‘alas solah (2 kali)

Hayya ‘alal falah (2 kali)

Qad qamatis solah (2 kali)

Allahu Akbar (2 kali)

La ilaha illallah (1 kali)

 

Adzan dan iqamah penting bagi memanggil orang ramai datang menunaikan solat fardhu berjemaah tepat pada waktunya. Ia juga mengingatkan umat Islam tentang kewajipan solat lima waktu setiap hari.

 

Rukun Solat

Solat mempunyai beberapa rukun yang wajib dilakukan. Antara rukun-rukun solat yang utama adalah:

  • Niat

Niat adalah rukun pertama dalam solat. Niat perlu dibuat di dalam hati untuk menunaikan solat fardhu yang hendak dilakukan sama ada Subuh, Zohor, Asar, Maghrib ataupun Isyak. 

Contoh niat ialah “Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor dua rakaat kerana Allah Taala“.

  • Takbiratul Ihram

Takbiratul ihram ialah bertakbir ketika memulakan solat. Lafaz takbir yang digunakan ialah “Allahu Akbar” yang bermaksud Allah Maha Besar. Takbiratul ihram menandakan permulaan solat.

  • Berdiri

Berdiri tegak menghadap kiblat adalah salah satu rukun solat yang penting. Orang yang mampu perlu berdiri tegak semasa menunaikan solat fardhu melainkan dalam keadaan uzur seperti sakit atau dalam perjalanan. 

  • Rukuk

Rukuk dilakukan selepas membaca surah Al-Fatihah pada rakaat pertama. Rukuk dilakukan dengan membongkokkan badan sambil meletakkan kedua-dua tapak tangan di atas lutut.

  • Sujud

Sujud dilakukan selepas bangkit dari rukuk. Sujud dengan meletakkan dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung jari kaki ke lantai. 

  • Duduk di antara Dua Sujud 

Duduk di antara dua sujud dengan mendahulukan duduk di atas paha kaki kiri dan memijak tanah dengan kaki kanan.

  • Duduk Tahiyyat Akhir

Duduk tahiyyat akhir dilakukan selepas selesai sembahyang 2 rakaat. Duduk tawaruk dengan mendahulukan duduk di atas paha kaki kiri dan memijak tanah dengan kaki kanan sambil membaca tahiyyat.

Baca juga : 13 Rukun Solat – Panduan Lengkap

CARA SOLAT FARDHU

Berikut adalah langkah-langkah asas melaksanakan solat secara berperingkat.

Menghadap Kiblat

Berdiri tegap dengan menghadap ke arah Kaabah. Pandangan mata tertumpu pada tempat bersujud.

Sebelum melaksanakan solat, wajib mengetahui arah kiblat dengan yakin. Kini, pelbagai aplikasi penentuan arah kiblat boleh digunakan seperti Qibla Finder.

Niat untuk solat

Baca niat dalam hati untuk solat yang hendak dilakukan.

اُصَلّى فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى

Usalli fardha as-subhi rak’ataini adaan lillahi ta’ala.

Sesungguhnya aku solat sunat Subuh 2 rakaat kerana Allah Taala.

Rasakan di dalam hati sedang berhadapan dengan Allah SWT.

Angkat takbir

Angkat kedua belah tangan setinggi telinga. Kemudian sebut

“Allahuakbar”

Maksudnya “Allah Maha Besar”

Lelaki: Angkat tangan hingga ke pergelangan tangan selari dengan bahu dan hujung jari jari menyentuh bawah telinga. Siku dan tangan diregangkan dari badan.

Perempuan: Angkat tangan hingga selari dengan bahu dan hujung jari menyentuh bawah telinga. Siku dan tangan dirapatkan ke badan.

Perbuatan ini dalam solat dipanggil Takbiratul Ihram.

Letakkan tangan di atas perut

Selepas mengangkat takbir, letakkan tangan di atas perut.

Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri dan hadapkan muka ke arah tempat sujud.

Kemudian, baca doa iftitah:

Maksud: Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.

Baca Al Fatihah Dan Seterusnya Surah Lain

Hayati makna surah al-Fatihah – Berita UTHM

Selesai membaca doa iftitah, seterusnya baca pula surah al-Fatihah.

Surah al-Fatihah adalah rukun dalam solat.

Ini bermakna, jika al-Fatihah wajib dibacakan. Jika tidak dibaca solat kita tidak akan sah.

 

Rukuk

Langkah seterusnya ialah rukuk. Semasa rukuk, sebut takbir (Allahuakbar) dan letakkan kedua-dua tangan di atas lutut.

Semasa rukuk, baca tasbih:

Subhaana Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala pujian-Nya.

Bangun dari rukuk (Iktidal)

Selepas selesai rukuk, bangun berdiri tegak (Iktidal).

Bacaan semasa iktidal:

Sami’allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamd.

Maksudnya: Allah mendengar orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan kami, segala pujian bagi-Mu.

Sujud pertama

Selepas iktidal, sujud.

Turunkan badan dengan dahi, hidung, kedua-dua tapak tangan dan ibu jari kaki menyentuh lantai. Buka lengan dari sisi badan dan lantai.

Bacaan semasa sujud:

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala pujian-Nya.

*Ulang bacaan ini sebanyak tiga kali.

Duduk di antara dua sujud

Bangun (duduk) dari sujud sambil sebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan).

Bacaan paling mudah semasa duduk di antara dua sujud:

Rabbighfir li.

Maksudnya: Wahai Tuhanku, ampunilah aku.

Jika hafal, baca bacaan penuh:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa a’fini Wa’fu Anni

Sujud kedua

Selepas membaca tasbih di atas, sujud sekali lagi (sujud kedua).

Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama.

Dengan ini, selesai bahagian rakaat pertama dalam solat.

Bangun berdiri untuk rakaat kedua

Pergerakan dalam rakaat kedua sama seperti rakaat pertama, kecuali selepas sujud kedua, duduk di kedudukan tasyahud (Tahiyat awal)

Duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan. Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan.

Bacaan Tahiyat Awal:

Maksud: Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Untuk solat 3 rakaat (Maghrib) dan 4 rakaat (Zohor, Asar, Isyak), bangun berdiri selepas Tahiyat Awal untuk meneruskan rakaat seterusnya.

Untuk solat 2 rakaat, terus duduk Tahiyat Akhir.

Bacaan Tahiyat Akhir:

 

Bacaan Dalam Solat

Maksud: Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

Baca juga : Panduan Lafaz Tahiyat Akhir

Beri salam

Selepas membaca Tahiyat Akhir, palingkan muka ke kanan dan ucap “Assalamu alaikum wa rahmatullah”. Ulangi salam dengan memalingkan muka ke kiri.

Maka solat 2 rakaat telah selesai.

Leave a Comment