Berikut adalah senarai Bantuan Raya Aidilfitri yang telah diumumkan untuk sesi tahun 2024 mengikut negeri-negeri di seluruh negara. Diketahui bahawa beberapa negeri telah mengumumkan pemberian sumbangan sempena menyambut Hari Raya pada tahun ini.
Voucher Phone B40 & M40 Shopee
Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB
SENARAI BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024
PULAU PINANG ( Sumber: Berita Harian)
- bayaran bantuan setengah bulan gaji atau minimum RM1,200
- Guru negeri Pulau Pinang (KAFA), SRAR dan SMAR turut menerima bantuan sebanyak RM300.
PERAK ( Sumber : Berita Harian)
- Bantuan kewangan khas diberikan untuk Hari Raya berjumlah RM1,000. Sumbangan itu disalurkan kepada penjawat awam di seluruh wilayah, termasuk lantikan kontrak dan ketua kampung.
SELANGOR (Sumber: Astro Awani)
- Bantuan Raya kepada penjawat awam negeri adalah sekurang-kurangnya RM1,000 atau setara dengan sebulan gaji.
JOHOR (Sumber: Astro Awani)
- Sebanyak kira-kira 17,000 penjawat awam negeri Johor, termasuk mereka yang berkhidmat di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), akan menerima bantuan khas Raya berupa setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,500.
TARIKH BANTUAN DISALURKAN
- Di Pulau Pinang, pemberian bantuan khas kewangan Aidilfitri telah dikreditkan pada 15 Mac 2024.
- Selangor pula akan memulakan pembayaran secara berperingkat bermula pada 8 April ini.
- Bagi Johor dan Perak, pembayaran akan dilakukan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri dan dijangkakan disalurkan pada awal bulan April.
Penting untuk ditegaskan bahawa pemberian sumbangan khas ini diberikan secara sekaligus tanpa perlu membuat permohonan.
RUJUKAN PENTING BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024