BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM1200 UNTUK GURU – SEMAK TARIKH BAYARAN

Bantuan Khas Aidilfitri yang telah ditetapkan sebanyak RM1200 akan diberikan kepada mereka yang layak secara berperingkat, bermula pada 15 Mac 2024.

Bantuan ini adalah salah satu insentif khas kerajaan yang diberi dalam bentuk tunai bagi menyambut perayaan Aidilfitri.

BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM1200

bantuan aidilfitri guru

Group Whatsapp Bantuan Kerajaan
Sila join Whatsapp Group ini jika anda B40 sahaja! https://chat.whatsapp.com/JYgxjzldBe1JteE7242rA0

Terdahulu, kerajaan negeri telah mengumumkan sumbangan istimewa berbentuk kewangan untuk Hari Raya Aidilfitri. Sumbangan ini berupa separuh daripada jumlah gaji bulanan atau sekurang-kurangnya wang berjumlah RM1200.

Semua kakitangan kerajaan negeri akan mendapat sumbangan ini sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan mereka sepanjang tempoh mereka berkhidmat. Insentif tambahan ini turut boleh membantu mengurangkan beban rakyat dan memudahkan persediaan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kerajaan menegaskan pendirian mereka yang mengambil berat tentang hal ini, sekaligus memastikan bantuan akan diberikan pada pertengahan bulan Mac ini.

SENARAI PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI

Bantuan Kewangan Kecil kepada Agensi (BKKA) ini turut diberikan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), badan-badan berkanun, dan mana-mana syarikat yang dimiliki oleh kerajaan negeri.

Kesemua ini adalah bergantung kepada kemampuan kewangan masing-masing.

Kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk memberikan bantuan yang serupa kepada para penyelia dan guru, iaitu sebanyak RM300 setiap seorang, termasuk di kesemua sekolah rendah agama (KAFA), sekolah rendah agama rakyat (SRAR), dan sekolah menengah agama rakyat (SMAR).

Jumlah yang sama juga akan diberikan kepada kakitangan SRAR, SMAR, dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).

Perkara ini diumumkan kepada umum oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, baru-baru ini.

TARIKH BAGI BAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2024

Bantuan wang raya ini akan disalurkan tanpa perlu mengemukakan sebarang permohonan yang tertentu. Bantuan ini akan diberi secara berperingkat menerusi kredit ke akaun bank atau pembayaran tunai bermula 15 Mac 2024 sehinggalah proses tersebut selesai.

Sebelum ini, kerajaan negeri Pulau Pinang turut memberikan bantuan khas kewangan yang bersamaan dengan separuh gaji bulanan atau sekurang-kurangnya RM1000 tunai.

Bayaran ini juga telah selesai pada bulan Disember tahun lalu dengan jumlah peruntukan melebihi RM7 juta secara keseluruhan.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri telah berganding bahu untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif yang berupa bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membuat persediaan bulan puasa dan Hari Raya.

Tujuan ia dilakukan adalah untuk meringankan beban rakyat Malaysia, terutama golongan yang memerlukan bantuan secara langsung.

Bagi yang belum mengetahui, sila rujuk senarai insentif bantuan yang terdapat pada bulan ini dan semak kelayakan anda.

Leave a Comment