Harga sardin melambung? Ini cara buat Sardin Homemade yang pasti jimatkan duit anda!

Adakah anda terkejut dengan kenaikan harga sardin di pasaran? Jangan risau! Kami ada penyelesaiannya.

Ketahui cara buat sardin homemade yang bukan sahaja lebih sihat tetapi juga menjimatkan duit anda.

Sardin Homemade

Harga sardin melambung? Ini cara buat Sardin Homemade yang pasti jimatkan duit anda!

 

Sardin kini bukan lagi pilihan setiap kali dompet ‘kering’. Dahulu, sardin dalam tin sering menjadi pilihan sebagai hidangan harian, tetapi sekarang dengan kenaikan harga yang melambung, ramai yang memilih untuk membuat sardin sendiri di rumah. Resepi sardin “homemade” ini yang dikongsikan oleh Eniza M. Salim melalui kumpulan Facebook MENU@KAMPUNG amatlah mudah dan sedap.

 

Kredit: Eniza M Salim

Bahan-bahan

Anda perlu menyediakan beberapa bahan asas yang mudah didapati di pasar raya berdekatan atau mungkin sudah tersedia di rumah anda. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg ikan sardin
  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 setengah inci halia
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 5 biji cili (dipotong dua)
  • 4 sudu besar sos cili
  • Sedikit sos tomato
  • 1 setengah tin tomato puree
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 cawan air (ikut kepekatan)
  • 2 biji limau nipis (untuk perapan)

 

Cara Penyediaan

1. Perap Ikan Sardin
Sebelum memasak, kita perlu perap ikan sardin terlebih dahulu untuk menghilangkan bau hanyir. Potong ekor dan kepala ikan, kemudian bersihkan. Perap ikan selama 10 minit dengan satu setengah sudu garam dan dua biji limau nipis atau kasturi. Selepas perap, bilas semula dan toskan air. Ketepikan.

2. Memasak Sardin
Bila ikan sudah diperap, kita boleh mula menyediakan sardin “homemade” menggunakan periuk tekanan (pressure cooker).

  • Tumis Bahan Kisar: Kisar semua bawang dan halia bersama sepotong dua tomato. Tumis bahan kisar hingga wangi dalam minyak lebih kurang suku cawan.
  • Masukkan Cili Kisar: Setelah garing dan wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga benar-benar garing dan pecah minyak.
  • Tambah Bahan-Bahan Lain: Masukkan pati kiub, sos tiram, tomato puree, tomato dipotong dan bahan-bahan lain kecuali air. Kacau hingga sebati.
  • Periksa Rasa: Periksa rasa masin, manis, dan masamnya. Jika sudah ok, tambah 2 cawan air. Kacau sebati dan masukkan ikan.
  • Gunakan Pressure Cooker: Tutup periuk tekanan dan setkan masa dalam 80 minit sehingga tulang ikan menjadi lembut.
  • Sentuhan akhir: Bila masa telah mencukupi, lepaskan wap tekanan mengikut arahan periuk tekanan masing-masing untuk keselamatan. Kacau sebentar dalam 2 minit untuk memekatkan kuah, dan ia sedia untuk dihidangkan.

 

Nota Tambahan

Resepi sardin “homemade” ini sangat mudah disediakan dan pastinya memenuhi selera keluarga dan kebersihan yang lebih terjamin.

Selamat mencuba!

 

Sumber:

 

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment