Jom sama sama belajar resepi Roti Canai supaya dapat menikmati sarapan pagi yang lazat dan istimewa bersama keluarga tercinta.
Resepi Roti Canai: Ini rahsia roti lembut, gebu & garing ala kedai mamak!
Roti Canai adalah hidangan lagenda yang lazat yang telah menjadi salah satu ikon masakan terkemuka di Malaysia. Roti Canai digemari bukan sahaja oleh penduduk tempatan tetapi juga oleh pelancong dari seluruh dunia kerana kelazatannya yang tiada tandingan yang menggabungkan seni masakan tradisional dengan rasa asli yang kaya.
Resepi ini telah disempurnakan dari generasi ke generasi dan mencerminkan kepelbagaian budaya dan keharmonian yang menjadi asas masyarakat Malaysia. Roti Canai boleh dinikmati untuk sarapan pagi atau pada bila-bila masa, dengan setiap suapan menawarkan gabungan rasa yang lembut daripada manis kepada pedas.
Keupayaan Roti Canai untuk menyesuaikan diri dan menyerap pelbagai pengaruh menjadikannya lebih daripada sekadar makanan, tetapi mencerminkan identiti nasional Malaysia yang pelbagai dan inklusif.
Resepi Roti Canai
- Masa Penyediaan: 4-5 jam
- Masa Memasak: 30-40 minit
- Jumlah Hidangan: 19-22 biji
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk roti canai:
- 1 kilo tepung gandum
- 1 sudu besar gula
- 3 sudu kecil garam
- 4 sudu besar susu pekat
- 1 biji telur
- 250ml air suam
- 250ml air suhu bilik
- 2 sudu besar majerin
- Bahan-bahan untuk Kari Dalca:
- 200g / 1 cawan kacang dal
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- Air secukupnya (utk rebus)
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu besar serbuk cili
- Tulang ayam
- 1/2 biji labu air
- 1/2 biji terung panjang
- 1 biji kentang
- 1/2 batang lobak merah
- 3 sudu besar santan kotak
- Sedikit air asam jawa
- 1/4 cawan minyak masak
- 1 sudu kecil biji sawi
- 1 batang kayu manis
- 4 biji bawang merah kecil
- 1 tangkai daun kari
- 4 biji cili kering
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk roti canai:
- Cairkan majerin kemudian ketepikan dulu. Nak mudah adun seloknya cairkan dulu majerin.
- Masukkan gula, garam, susu pekat dan air suam ke dalam mangkuk besar. Kemudian kacau sebati.
- Tambah lagi air (suhu bilik), telur dan majerin cair. Sambung kacau.
- Dalam mangkuk yang berasingan masukkan tepung gandum.
- Kemudian tuang adunan cair separuh-separuh sambil uli sampai doh lincin dan tak melekat pada tangan. Tambah air sikit kalau doh masih keras.
- Bila doh dah lincin dan tak melekat, boleh tutup dan rehatkan selama 30 minit.
- Selepas 30 minit, bulatkan doh kecil-kecil. Caranya tolak doh keluar di antara ibu jari dan jari telunjuk. Kemudian tolak jadi bulat dan tarik keluar.
- Cara lagi senang timbang berat semua doh dan bahagi kepada 19-22 biji doh.
- Sapu majerin pada bekas dan tangan, kemudian lumur majerin pada doh yang kita bulatkan kecil tadi.
- Susun doh dalam mangkuk dan tutup rapat doh dengan plastic
- Kemudian simpan semalaman atau 5-6 jam dalam peti sejuk.
- Keluarkan doh dari peti sejuk, keluarkan 2-3 jam sebelum masak supaya sejuk hilang sepenuhnya dan jadi lembut untuk ditebar.
- Lumur minyak atas meja (pastikan meja bersih yer).
- Ambil satu doh dan tekan leper dengan tapak tangan.
- Kemudian tebar roti sampai nipis
- Bila dah jadi besar Che Nom dah tak reti tebar, jadi Tarik doh sampai nipis.
- Tuang sikit minyak dan majerin atas doh yang kita canai tadi.
- Lipat 2 doh, tarik memanjang dan lipat lagi menjadi segi 4 sama.
- Kemudian tolak atau selit (dari lipatan sisi) jadi bulat.
- Rehatkan doh sebelum kita goreng.
- Tekan leper doh (tak nipis pon tak pe tapi kalau nipis dapat la roti canai yang garing).
- Panaskan kuali dan gris sedikit minyak.
- Kemudian boleh la goreng roti canai.
- Bila dah garing boleh la angkat.
- Susun roti canai atas meja dan kemudian tepuk (supaya roti canai lebih gebu).
- Cara-cara untuk kuah kacang dal:
- Bilas bersih kacang dal dan kemudian rendam 4-5 jam atau seloknya semalaman.
- Tapis kacang dal dan masukkan dalam periuk
- Ketuk hancur bawang putih dan masukkan dalam periuk.
- Tambah air dan serbuk kunyit kemudian rebus sampai lembut.
- Kupas kulit lobak merah, kentang dan terung kemudian potong dadu besar (kalau kecil hancur pulak masa rebus nanti).
- Labu air kupas kulit, buang bahagian tengah yang keras dan kemudian potong dadu besar.
- Untuk tambah sedap kuah Che Nom guna tulang ayam. Potong tulang ayam kecil-kecil.
- Bila kacang dal dah lembut, ambil separuh kacang dal dan kisar halus.
- Tuang masuk balik kacang dal yang kisar tadi kedalam periuk.
- Masukkan serbuk cili dan serbuk kari daging. Kacau sebati.
- Masukkan tulang ayam, sayur lobak merah dan kentang. Masak sampai sayur lembut.
- Bila kentang dan lobak merah dah lembut, boleh masukkan sayur yang lembut macam labu air dan terung.
- Sambung reneh sampai kuah jadi pekat dan sayur masak lembut.
- Masukkan santan kotak (kuah dal ni ada yang tak letak santan, Che Nom letak sikit je sebab takut kuah berlemak).
- Masukkan garam secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan air asam jawa.
- Bila kuah dan mendidih boleh tutup api.
- Cara-cara untuk penyediaan tumis darat:
- Hiris nipis bawang merah kecil.
- Gunting kasar cili kering.
- Panaskan minyak masak.
- Tumis biji sawi dan kulit kayu manis.
- Masukkan daun kari, hirisan bawang merah dan cili kering.
- Kacau sampai bawang masak kekuningan dan naik bau.
- Tutup api dan tuang masuk dalam kuah kari dal.
- Cepat-cepat tutup periuk dan biarkan 10-15 minit atau ½ jam.
- Kuah kari dal sedia untuk dihidang bersama roti canai
Rujukan video untuk penyediaan Roti Canai:
Sumber: Che Nom