Resepi Cream Puff: Ini cara Chef terkenal buat cream cair dalam mulut!

Hari ini kami nak kongsikan pemanis mulut yang disukai ramai iaitu resepi Cream Puff yang lembut dan penuh berkrim.

Resepi Cream Puff

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Cream Puff: Ini cara Chef terkenal untuk cream cair di mulut!

 

Di Malaysia, cream puff bukan sekadar pencuci mulut biasa, ia merupakan simbol inovasi dan kepelbagaian dalam dunia kulinari tempatan. Bermula dari resepi tradisional Eropah, cream puff telah diadaptasi dan diperhalusi dengan sentuhan bahan-bahan lokal yang kaya rasa, menciptakan variasi yang menawan hati pelbagai lapisan masyarakat.

Dari kedai kafe yang menyajikan hidangan pencuci mulut bertaraf dunia hingga gerai pinggir jalan, cream puff kini menjadi salah satu kegemaran negara, mencerminkan kesatuan unik antara warisan masakan Barat dan keunikan rasa Malaysia. Jika dulu cream puff hanya diisi dengan krim vanila yang lembut, kini ia telah berevolusi dengan pelbagai isian eksotik seperti durian, pandan, dan mangga, menjadikannya lebih menarik dan menyelerakan.

 

Resepi Cream Puff

  • Masa Penyediaan: 1 jam 30 minit
  • Masa Memasak: 40 – 50 minit
  • Jumlah Hidangan: 50 biji

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk krim diplomat:
    • 1 ¼ cawan / 313ml susu full cream
    • 2 kuning telur
    • 1/4 cawan / 55g gula
    • 1 sudu besar / 8g tepung gandum
    • 3 sudu besar / 24g tepung jagung
    • ¼ sudu kecil garam
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 2 sudu besar / 28g mentega tak bergaram
    • 1 cawan / 240g non-dairy whipping cream

 

  • Bahan-bahan untuk choux pastry:
    • 1 cawan / 250g air
    • ¼ cawan / 56g mentega
    • ¼ sudu kecil garam
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 1 sudu besar / 12g gula
    • 1 cawan / 125g tepung gandum
    • 3 hingga 4 biji telur saiz B (rujuk video)
    • NOTA: Boleh gandakan resepi choux pastry, sebab cream tu banyak cukup untuk 2 adunan.

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk pastry cream:
    1. Masukkan susu full-cream didalam periuk lalu panaskan dan susu tidak perlu mendidih.
    2. Asingkan kuning telur ke dalam mangkuk dan masukkan tepung jagung, tepung gandum dan gula kastor. Gaul kesemua bahan sehingga sebati.
    3. Tambah garam.
    4. Tuang susu yang suam-suam panas sedikit demi sedikit ke dalam bahan. Kerapkan mengacau bahan semasa menuang susu dan kacau sehingga sekata dan larut.
    5. Kemudian, tapis bahan adunan bagi mengelakkan dari sebarang ketulan, lalu panaskan ia di atas api yang sederhana perlahan dan kacau sehingga adunan menjadi pekat.
    6. Masukkan esen vanilla/ekstrak vanilla. Teruskan mengacau adunan.
    7. Tutup api apabila bahan adunan kelihatan pekat dan sudah mendidih.
    8. Selepas itu, masukkan mentega tak bergaram dan kacau sehingga sebati.
    9. Tuangkan kedalam mangkuk dan tapis jika adunan mempunyai ketulan.
    10. Tutup mangkuk adunan mengunakan plastik wrap atau apa-apa dan sejukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam.

 

  • Cara-cara untuk diplomat krim:
    1. Masukkan non-dairy whipping cream kedalam mixer lalu putarkan ia sehingga kental dan kembang.
    2. Masukkan whipping cream kedalam pastry cream sedikit dan gaul sekata.
    3. Kemudian, masukkan adunan ke dalam lebihan whipping cream semula dan adun kesemuanya sehingga sekata.
    4. Sejukkan semula adunan bahan kedalam peti sejuk.

 

  • Cara-cara untuk choux pastry:
    1. Panaskan kuali dan masukkan secawan air, mentega tak bergaram, gula dan sedikit garam. Masak sehingga bahan-bahan cair.
    2. Masukkan esen vanilla dan tuang kesemua tepung gandum lalu kacau adunan 2-3 minit sehingga sebati menjadi doh.
    3. Masukkan doh kedalam mesin pengadun bila sedikit sejuk dan pukul adunan sambil memasukkan sebiji demi sebiji telur sehingga ia menjadi sedikit lembut dan pekat.
    4. Bila adunan kelihatan pekat dan licin serta tidak terlalu keras, masukkan adunan kedalam piping bag lalu pipekan diatas loyang yang telah disapu marjerin.
    5. Letak sedikit air diatas adunan dengan menggunakan jari supaya kelihatan kemas dan tidak terlalu tajam.
    6. Bakar pada suhu 160c dalam anggaran masa 40 minit sehingga pastry menjadi keperangan dan kembang.

 

  • Cara-cara untuk cream puff:
    1. Masukkan krim diplomat kedalam piping bag.
    2. Tebuk lubang kecil dibahagian bawah pastry.
    3. Isikan krim diplomat dengan pipekan krim sehingga penuh kedalam pastry.
    4. Atau;
    5. Potong bahagian atas pastry menggunakan pisau atau gunting.
    6. Pipekan krim diplomat ditengah pastry sehingga penuh keluar keatas lalu tutup bahagian atas pastry.
    7. Hiaskan cream puff dengan gula aising. Kemudian, cream puff siap untuk dihidang.

 

Rujukan video penyediaan Cream Puff:

Sumber: Che Nom

 

BACAAN LAIN:

Leave a Comment