Resepi Nasi Ayam Penyet: Resepi asli Orang Indonesia!

Hari ini, kami ingin berkongsi dengan anda semua satu resepi yang sangat sedap dan pasti akan memikat selera anda, iaitu resepi Nasi Ayam Penyet.

Resepi Nasi Ayam Penyet

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Nasi Ayam Penyet: Ini rahsia yang paling sedap citarasa ala Indonesia!

 

Nasi Ayam Penyet, hidangan yang berasal dari Jawa, Indonesia, telah menemui rumah barunya di Malaysia, menawarkan simfoni rasa yang memukau kepada pencinta kuliner di bumi bertuah ini. Kehadirannya di Malaysia tidak sekadar menambah kepelbagaian kuliner negara, tetapi juga membawa bersama sebuah cerita tentang pertemuan dua budaya yang sarat dengan tradisi masakan mereka masing-masing.

Hidangan ini, yang dihidangkan dengan ayam goreng yang dihancurkan atau “penyet” sehingga lembut, disajikan bersama sambal yang pedas, lalapan segar, dan tentunya nasi putih yang menjadi peneman setia, telah membangkitkan selera dan menarik perhatian banyak pencinta makanan di Malaysia. Nasi Ayam Penyet kini tidak hanya sekedar makanan, tetapi telah menjadi ikon kuliner yang menghubungkan rasa dan budaya.

 

Resepi Nasi Ayam Penyet

  • Masa Penyediaan: 3 jam 30 minit
  • Masa Memasak: 40 minit
  • Jumlah Hidangan: 5-6 orang makan

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk tumbuk halus:
    • 3 inci halia
    • 6 ulas bawang putih

 

  • Bahan-bahan untuk rebusan ayam:
    • 1 ekor ayam, potong 4
    • Bahan tumbuk halus 1
    • 2 inci lengkuas
    • 3 keping daun salam
    • 1 ketul kiub ayam
    • Anggaran 2 liter air
    • **Bahagi air rebusan kepada 3 : 1 bekas untuk nasi,1 bekas untuk sup, dan 1 cawan lebih aja untuk bancuhan tepung

 

  • Bahan-bahan untuk sup ayam:
    • 1 sup bunjut
    • Sedikit air, untuk lebih berkuah
    • Sedikit potongan batang sup
    • 1/2 sudu kecil lada sulah
    • Garam secukup rasa
    • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
    • 1/2 sudu kecil jintan manis
    • 1/2 sudu kecil jintan putih

 

  • Bahan-bahan untuk perapan ayam:
    • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
    • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
    • 3 sudu kecil serbuk ketumbar
    • 1 sudu kecil serbuk kunyit
    • 1/2-1 sudu besar serbuk kari daging
    • 1/2 sudu kecil lada sulah
    • 1/2 sudu kecil garam
    • Bahan tumbuk halus

 

  • Bahan-bahan untuk nasi ayam penyet:
    • 3 cawan beras
    • 4 1/2 cawan air rebusan ayam
    • 2 helai daun pandan
    • Sedikit garam

 

  • Bahan-bahan untuk sambal ayam penyet (sambal merah):
    • 1 cawan minyak masak
    • 1 genggam ikan bilis
    • 1 biji bawang besar
    • 3 biji bawang merah
    • 4-5 ulas bawang putih
    • 10 biji cili merah besar
    • 10-15 biji cili padi
    • 3 biji tomato,saiz besar
    • 1 sudu besar belacan
    • 2 sudu kecil gula, atau lebih
    • Garam secukup rasa
    • 2 biji perahan jus limau nipis

 

  • Bahan-bahan untuk sambal ayam penyet (sambal kicap):
    • 1 senduk sambal merah **yang belum goreng (di atas)
    • 1/2 cawan kicap pekat manis,lebih sedap guna kicap manis pekat jenama ABC

 

  • Bahan-bahan untuk salutan tepung:
    • Lebihan rempah perapan ayam
    • 1 cawan tepung beras
    • 1 biji telur
    • Sedikit garam
    • Anggaran 1 cawan air rebusan ayam

 

  • Bahan-bahan untuk hiasan:
    • 1 keping tempe
    • 3 ketul tauhu
    • Sayur kobis
    • Sayur kacang panjang
    • Hirisan daun sup
    • Hirisan daun bawang

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk penyediaan bahan:
    1. Potong kasar lengkuas kemudian tumbuk sikit biar pecah.
    2. Potong kasar bawang putih dan halia. Tumbuk sampai lumat kemudian bahagi dua (1 untuk rebusan ayam / 1 untuk perapan ayam).
    3. Potong kasar tomato, cili merah, cili padi, bawang besar, bawang merah kecil dan bawang putih.
    4. Hiris nipis daun sup dan daun bawang untuk taburan.
    5. Hiris limau nipis (boleh ganti limau kasturi).
    6. Gaul ayam dengan bawang putih dan halia tumbuk tadi. Masukkan lengkuas, daun salam (pilihan), kiub pati ayam dan air. Kemudian rebus ayam sampai empuk (anggaran 15 minit).
    7. Bila ayam dah siap rebus, angkat ayam keluar dan ketepikan.
    8. Simpan separuh (atau lebih) sup ayam untuk nasi dan adunan tepung.

 

  • Cara-cara untuk sup:
    1. Untuk baki sup ayam tadi, masukkan sup bunjut, daun sup (bahagian batang), lada sulah, garam, serbuk ketumbar, sebuk jintan manis dan serbuk jintan putih.
    2. Masak sup sampai mendidih.

 

  • Cara-cara untuk ayam:
    1. Perap ayam rebus dengan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serbuk kari daging, lada sulah, garam, bawang putih dan halia tumbuk tadi.
    2. Gaul sebati ayam dan perap 2-3 jam.
    3. Keluarkan ayam.
    4. Gaul tempe dan tauhu dengan baki perapan ayam tadi. Keluarkan dan ketepikan.
    5. Dalam mangkuk perapan tadi, masukkan tepung beras, telur, garam dan sedikit demi sedikit air rebusan ayam
    6. Bancuh sampai sebati (jangan pekat sangat, biar cair baru ayam garing).
    7. Salut ayam dan tauhu dalam adunan tepung.
    8. Panaskan minyak dan goreng ayam, tempe dan tauhu sampai garing (tak perlu goreng ayam lama-lama takut isi ayam kering).
    9. Goreng lebihan tepung salutan sebagai hiasan (kriuk-kriuk). Goreng sampai rangup dan angkat.

 

  • Cara-cara untuk nasi:
    1. Sukat beras, masukkan daun pandan dan air rebusan ayam (kalau tak cukup boleh tambah air putih).
    2. Kemudian masak nasi macam biasa.

 

  • Cara-cara untuk sambal:
    1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan.
    2. Goreng bawang besar, bawang merah dan bawang putih sampai layu. Angkat dan ketepikan.
    3. Goreng cili padi dan cili merah. Bila cili dah layu angkat.
    4. Goreng tomato sampai lembut kemudian angkat
    5. Goreng belacan sampai naik bau kemudian angkat.
    6. Tumbuk kasar kesemua bahan goreng tadi
    7. Ambil 1 senduk bahan kisar (untuk sambal hitam) dan ketepikan dahulu.
    8. Masukkan baki bahan kisar tadi kedalam kuali (kuali yang sama goreng tadi).
    9. Masukkan gula, garam dan jus limau nipis (boleh ganti air asam jawa). Kacau sebati.

 

  • Cara-cara untuk sambal hitam:
    1. Ambil 1 senduk bahan tumbuk / kisar tadi dan tambah kicap pekat manis.
    2. Kisar sampai sebati.
    3. Perah sedikit jus limau purut dan kacau sebati.

 

  • Cara-cara untuk hias:
    1. Ketuk atau penyet ayam sebelum hidang.
    2. Susu nasi, ayam, tempe dan tauhu goreng dan sambal ke dalam pinggan
    3. Hidang bersama kobis dan hirisan timun.
    4. Jangan lupa tabur serbuk kriuk-kriuk rangup.

 

Rujukan video penyediaan Nasi Ayam Penyet:

 

Sumber: Che Nom

 

BACAAN LAIN:

Leave a Comment