Resepi Mee Rebus: Rahsia nenek moyang dari zaman dulu dulu

Apakah rahasia di balik semangkuk Mee Rebus yang sempurna, yang seolah-olah memanggil jiwa anda dengan setiap suapan? Sudahkah anda siap untuk membuka tabir misteri ini dan memasuki dunia di mana setiap bahan berbicara, setiap langkah mempunyai makna, dan akhirnya, satu resepi yang akan membuat anda jatuh cinta pada pandangan pertama?

Mari kita mulai belajar membuat Mee Rebus yang tak hanya memanjakan lidah, tapi juga menghangatkan hati.

Resepi Mee Rebus

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

2 Resepi Mee Rebus: Ini rahsia nenek moyang untuk kuah yang padu & sempoi!

 

Bayangkan sejenak, anda duduk di pekarangan rumah nenek dengan sebuah mangkuk besar Mee Rebus yang panas dan berwap di hadapan anda. Aroma rempah yang menggoda tercium kuat, seakan memanggil anda untuk segera menikmatinya. Mee Rebus, hidangan klasik yang selalu ada untuk memanaskan suasana dan mengikat hati ramai, kini anda boleh sediakan sendiri di rumah dengan resepi yang mudah ini.

Dengan paduan mi yang lembut dan kuah yang kaya dengan rempah menjadi kegemaran banyak keluarga. Mari kita mulai perjalanan membuat hidangan yang bukan hanya mengenyangkan tapi juga merawat soul dan mengingatkan kita kepada kehangatan keluarga.

 

Resepi Mee Rebus Dan Cucur Udang

  • Masa Penyediaan: 1 jam 30 minit
  • Masa Memasak: 40 minit
  • Jumlah Hidangan: 5-6 orang makan

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk kuah:
    • 1 kilo daging
    • 1.5-2 liter air
    • 2 senduk minyak masak
    • 6-8 biji bawang merah
    • 6 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 700g /4 ketul keledek oren
    • 4 sudu besar cili kisar
    • 3-4 sudu besar sos tomato
    • 1-2 keping gelugor
    • 2 sudu besar serbuk kari daging
    • 3 sudu kecil gula putih
    • 1 sudu besar gula melaka
    • Garam secukup rasa
    • Sedikit serbuk perasa
    • Batang daun sup
    • 3 sudu besar udang geragau
    • 1/2 cawan kacang tanah

 

  • Bahan-bahan untuk taburan:
    • 2 pek mi kuning
    • Daun sup
    • Daun bawang
    • Tauhu
    • Limau kasturi
    • Cili merah
    • Cili hijau
    • Bawang goreng
    • Taugeh

 

  • Bahan-bahan untuk cucur udang:
    • 3/4 cawan tepung gandum
    • 3/4 cawan tepung beras
    • 2 sudu besar air bancuhan kapur makan
    • 1/2-1 sk garam
    • 1 sudu kecil serbuk kunyit
    • 1 cawan udang kecil
    • **boleh tambah 3 sb tepung jangung untuk lebih rangup

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk kuah:
    1. Daun sup asingkan bahagian batang (untuk kuah) dan daun (untuk taburan semasa hidang). Kemudian potong kasar batang dan daun sup.
    2. Daun bawang pun sama, asingkan batang dan daun, kemudian potong kasar.
    3. Potong kasar halia, bawang putih dan bawang merah.
    4. Udang geragau, basuh dan tos kering (kalau nak ganti dengan udang kering pun boleh).
    5. Keledek oren rebus sampai empuk dan buang kulit.
    6. Masukkan halia, bawang putih, bawang merah, udang geragau dan sedikit air kedalam blender. Kisar halus.
    7. Masukkan pulak keledek oren dan air secukupnya kedalam blender. Kisar halus.
    8. Kacang tanah goreng sampai garing kemudian kisar kasar.
    9. Daging direbus dengan 1.5-2 liter air, 1 biji bawang merah & 1 ulas bawang putih.
    10. Masak sampai daging lembut dan empuk. Masak dalam pressure cooker dalam 50 minit.
    11. Tapis dan asingkan air rebusan dan daging.
    12. Bancuh serbuk kari daging dengan sedikit air. Kacau sebati.
    13. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus.
    14. Bila tumisan dah hampir nak garing, kering dan naik bau, masukkan bancuhan rempah kari.
    15. Masukkan cili kisar, kalau cili yang kurang pedas boleh tambah lebih sikit. Warna kuah akan jadi kemerahan cantik kalau kita letak cili kisar.
    16. Tumis sampai pecah minyak.
    17. Bila dah garing, masukkan kacang tanah dan kacau sebati. Kacang tanah ni akan buat kuah pekat berlemakla nanti.
    18. Tuang masuk air rebusan daging dan kacau sebati.
    19. Tuang masuk pes keledek oren, sos tomato, batang daun bawang dan batang daun sup.
    20. Masukkan gula melaka dan gula putih.
    21. Asam keping, garam, serbuk perasa.
    22. Reneh sampai kuah pekat.

 

  • Cara-cara untuk cucur udang:
    1. Masukkan tepung gandum, tepung beras, garam, serbuk kunyit, air dan air bancuhan kapur makan.
    2. Kacau sebati.
    3. Masukkan udang dan kacau.
    4. Panaskan minyak
    5. Sendukkan adunan dan tuang dari tepi kuali. Tujuan dia supaya kita dapat cucur yang nipis dan berkriuk-kriuk rangup.
    6. Bila adunan dah keras, boleh tolak untuk tangal cucur udang dari kuali.
    7. Angkat dan toskan minyak

 

  • Cara-cara untuk hiasan:
    1. Tauhu gaul dengan garam.
    2. Panaskan minyak.
    3. Goreng tauhu sampai garing di luar.
    4. Angkat dan toskan minyak.
    5. Potong limau kasturi, cili merah dan cili hijau.
    6. Taugeh basuh dan toskan, kemudian celur 1-2 minit dan bilas dengan air sejuk untuk hentikan pemanasan.
    7. Celur mi kuning kemudian angkat dan bilas dengan air sejuk supaya mee tak lembik.

 

Rujukan video penyediaan:

Resepi Lain Mee Rebus

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 5 orang

 

 

Bahan-bahan:
  • 1 kg mee kuning, dicelur
  • 250g taugeh, buang ekor dan celur
  • Limau kasturi
  • Bawang goreng
  • 3 biji telur, direbus
  • 1 tangkai daun sup, hiris halus
  • Cili merah, hiris nipis
  • Cili hijau, hiris nipis
  • 3 ketul tauhu, digoreng dan hiris sederhana nipis

 

Bahan untuk kuah:

    • 1 senduk minyak masak
    • 500 g daging, hiris nipis
    • 500 g keledek merah, anggaran 2 ketul kecil
    • 2 sudu besar taucu
    • 5 ulas bawang merah*
    • 4 ulas bawang putih*
    • 2 cm halia*
    • 1 sudu besar udang kering yang direndam*
    • 2 sudu besar serbuk kari daging
    • 6 cawan air
    • 1/2 cawan serbuk kacang tanah ( kacang tanah digoreng tanpa minyak dan kisar halus)
    • 2 cm lengkuas, dititik
    • 1 biji tomato, dipotong dadu
    • Garam dan gula secukup rasa

 

Cara Penyediaan:
  • Cara untuk memasak kuah:
    1. Rebus keledek sehingga masak, dan lenyek halus.
    2. Kisar halus bahan bertanda (*)
    3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus sampai wangi, kemudian masukkan rempah kari daging dan taucu. Masak hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau sebati
    4. Masukkan air dan keledek yang dilenyek tadi. Masak hingga mendidih.
    5. Kemudian masukkan lengkuas, serbuk kacang dan tomato. Didhkan sehingga kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

 

  • Cara untuk menghidang:
    1. Masukkan sedikit mee yang telah dicelur ke dalam pinggan. Tuangkan kuah ke atas mee. Hiaskan dengan tauhu goreng, daun bawang, telur rebus, cili merah dan hijau dan taugeh. Perahkan dengan limau kasturi. Sedia untuk dimakan.
Sumber: Che Nom

 

RUJUKAN LAIN:

Leave a Comment