Loaded Potato Bowl ala KFC: Ini resepi yang sedap, buat sendiri lagi puas hati!

Isi Kandungan Loaded Potato Bowl ala KFC: Ini resepi yang sedap, buat sendiri lagi puas hati! Resepi Loaded Potato Bowl ala KFC Bahan-bahan Kentang Putar: Bahan Ayam Popcorn: Bahan Jagung: Bahan Sos: Cara Penyediaan: Rujukan …

Loaded Potato Bowl ala KFC

Adakah anda pencinta Loaded Potato Bowl KFC yang lazat? Bayangkan kepuasan melangkah ke dapur, mengambil alih kuali, dan meracik nikmatnya hidangan tersebut dengan tangan anda sendiri!

Mari kita belajar resepi Loaded Potato Bowl ala KFC versi ‘homemade’ yang menjanjikan kepuasan tiada tara!

Resepi Loaded Potato Bowl ala KFC

Loaded Potato Bowl ala KFC: Ini resepi yang sedap, buat sendiri lagi puas hati!

 

Cubalah resepi Loaded Potato Bowl versi homemade yang diinspirasikan dari menu popular KFC! Bayangkan kelembutan kentang yang telah dilenyek hingga halus, ditaburi dengan inti ayam goreng berempah yang garing, disiram pula dengan sos keju yang memikat selera. Tambah pula dengan hirisan daun bawang segar dan beberapa ketul keju cheddar yang meleleh, setiap suapan Loaded Potato Bowl versi homemade ini pasti akan membuat anda tidak sabar untuk suapan seterusnya! Sediakan sendiri keajaiban ini di dapur anda dan jadikan hidangan ini sebagai bintang di meja makan.

 

Resepi Loaded Potato Bowl ala KFC

Bahan-bahan Kentang Putar:
  • Ubi kentang
  • Serbuk perasa
  • Serbuk lada hitam
  • Mentega
  • Sedikit susu full cream / penuh krim
Bahan Ayam Popcorn:
  • Isi ayam potong kecil
  • Tepung bestari
  • Telur
Bahan Jagung:
  • Jagung
  • Sedikit gula
Bahan Sos:
  • Serbuk keju cheese yang dah di larut air panas
  • Mayonis
Cara Penyediaan:

1. Untuk membuat kentang putar, kupas kentang dan rebus hingga lembut.
2. Lenyekkan, letak mentega, susu dan tambah serbuk lada hitam dengan secukupnya. Perasakan dan gaul sebati. Ketepikan.
3. Untuk membuat ayam popcorn, pecahkan telur dan pukul.
4. Celup isi ayam ke dalam telur dan salutkan dengan tepung goreng serbaguna @ ikut arahan seperti pada paket tepung.
5. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
6. Untuk jagung pula, rebus jagung dan gaulkan dengan sedikit gula. Ketepikan.
7. Untuk sos pula, larutkan serbuk keju dengan air panas @ ikut arahan pada paketnya. Serbuk keju ini boleh dibeli di kedai bakeri.
8. Untuk menghidang, letak satu senduk kentang putar ke dalam bekas.
9. Lapiskan dengan mayonis dan sos keju.
10. Lapiskan sekali lagi dengan kentang putar, mayones, sos keju, ayam popcorn dan jagung.
11. Loaded Potato Bowl ala KFC siap disediakan dan bolehlah dinikmati.

Rujukan video penyediaan:

 

Sumber:

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment