8 Idea menu daging Hari Raya Aidiladha yang pasti memukau selera!

Isi Kandungan 8 Idea menu daging Hari Raya Aidiladha yang pasti memukau selera! 8 Idea menu daging Hari Raya Aidiladha Gulai Daging Utara Bahan-bahan: Cara Penyediaan: Tip Masakan: Nasi Daging Bahan-bahan: Cara Penyediaan: Tip Masakan: …

8 Idea menu daging Hari Raya Aidiladha

Sudahkah anda menemukan hidangan sempurna yang akan membuat setiap tetamu memuji tanpa henti?

Ini dia 8 Idea Menu Daging Hari Raya Aidiladha yang pasti memukau selera dan membuat moment berharga bersama keluarga menjadi lebih istimewa!

8 Idea menu daging Hari Raya Aidiladha

8 Idea menu daging Hari Raya Aidiladha yang pasti memukau selera!

 

8 Idea menu daging Hari Raya Aidiladha

  • Gulai Daging Utara

Bahan-bahan:
  • 1 kg daging bahagian tulang
  • 1 mangkuk rebung, dihiris dan rebus
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1/2 senduk minyak masak
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • daun kari
  • sedikit gula melaka
  • garam secukup rasa

 

  • Bahan untuk kisar halus:
    • 1 biji bawang besar
    • 6 ulas bawang putih
    • 2 inci halia

 

  • Bahan untuk rempah tumis:
    • 1 batang kayu manis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 2 btg cengkih
    • 6 biji buah pelaga
    • 1/2 sudu kecil lada hitam

 

  • Bahan untuk pes rempah:
    • 1 bungkus rempah kari daging
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
    • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
    • 1 sudu kecil serbuk jintan putih

 

Cara Penyediaan:
  1. Rebus daging bertulang dengan kadar air paras menutupi daging sehingga lembut. Kalau menggunakan pressure cooker, masa memasak bergantung kepada jenis pressure cooker anda. Jika rebus menggunakan kaedah biasa, anggaran masa merebus dalam 1.5 hingga 2 jam.
  2. Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk. Tumis ‘Bahan Kisar’, daun kari dan ‘Bahan Rempah Tumis’ sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Bancuh ‘Bahan Pes Rempah’ dengan sedikit air dan tuang ke dalam periuk. Kacau sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.
  4. Masukkan ketulan daging bertulang bersama air rebusan sekali. Kemudian masukkan rebung, kerisik dan santan cair. Masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan santan cair dan teruskan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Masukkan sedikit gula melaka dan garam secukup rasa.

 

Tip Masakan:
  • Rebus daging sehingga lembut dan sejukkan kuah rebusan, kemudian kuah boleh dimasukkan ke dalam peti ais. Jika anda tidak suka gulai yang terlalu berlemak, buang lemak sejuk yang beku di permukaan.

 

  • Nasi Daging

Bahan-bahan:
  • 4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
  • 500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3″x4″
  • 5 cawan air rebusan daging
  • 1 cawan sudu cair
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 2 1/2 sudu besar rempah kurma
  • 1 batang serai, dititik
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 -2 sudu besar minyak sayuran
  • 1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri
  • Sedikit kismis hitam

 

  • Bahan untuk rebusan daging:
    • 1 sudu besar rempah kurma
    • 2 inci halia, hiris nipis
    • Air dalam anggaran 7 cawan lebih

 

  • Bahan untuk ditumis:
    • 1 biji bawang besar, hiris nipis
    • 5 ulas bawang putih, hiris nipis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 2 batang kayu manis
    • 4 kuntum bunga cengkih
    • 6 biji buah pelaga

 

  • Bahan untuk air asam:
    • 1 biji bawang besar, hiris nipis
    • 2 biji tomato, potong kecil
    • 6 biji cili merah, potong kecil
    • 1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
    • 1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
    • 2 sudu besar sos ikan Thai
    • 3 sudu besar gula
    • 1-2 sudu kecil garam
    • 1 sudu besar kerisik
    • Sedikit perahan jus limau nipis

 

Cara Penyediaan:

Cara untuk memasak:

    1. Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
    2. Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
    3. Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.
    4. Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.

 

Cara untuk air asam:

    1. Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.

 

Tip Masakan:
  • Kalau nak dapatkan nasi yang cantik, gunalah beras basmathi yang panjang.

 

 

  • Asam Pedas Daging

Bahan-bahan:
  • 600 gram daging lembu
  • 1 batang serai | diketuk
  • 1 kuntum bunga kantan | dibelah 2
  • 3 tangkai daun kesum
  • 1 sudu teh lada hitam kisar
  • 2 senduk cili kisar
  • 3/4 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh pes asam jawa (atau secukup rasa)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
Bahan-bahan Kisar:
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 1cm lengkuas
Cara Penyediaan:

1. Daging dihiris nipis, cuci dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga harum.
3. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan pecah minyak.
4. Masukkan daging dan daun kesum, kacau hingga daging kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
5. Masak hingga daging empuk (jika daging masih keras dan kuah kering, tambah air sedikit air panas).
6. Masukkan pes asam jawa dan bunga kantan. Kacau dan biar mendidih.
7. Perasakan dengan garam secukup rasa, sedikit gula dan lada hitam kisar. Kacau rata dan masak sekejap.

  • Daging Goreng ala Thai

Bahan-bahan:
  • 500g daging
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1/2 sudu besar biji lada hitam
  • 1-2 sudu besar majerin/mentega
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar gula perang
  • ATAU gula kabung thai
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu besar beras sangai
  • 2 sudu besar serbuk cili kasar
  • 1-2 sudu besar jus limau nipis
  • Daun ketumbar

 

Cara Penyediaan:
  1. Potong kasar daun ketumbar, (akar simpan untuk masak nanti).
  2. Cincang kasar bawang putih.
  3. Hiris nipis bawang merah kecil.
  4. Limau perah ambil jus.
  5. Asam jawa rendam dengan air panas dan ramas.
  6. Basuh beras dan sangai sampai perang dan keluar bau terbakar. Masuk dalam lesung batu dan tumbuk kasar.
  7. Sangai biji ketumbar dan biji lada hitam atas api kecil sampai naik bau rempah. Tuang dalam lesung batu dan tumbuk halus.
  8. Bancuh (sos perapan) sos ikan, gula perang, air asam jawa dan sos tiram.
  9. Daging potong nipis dan perap dengan rempah tumbuk dan 1 sb sos perapan (simpan baki sos untuk masak nanti) selama 15-30 minit.
  10. Panaskan majerin (atau minyak), dan tumis bawang putih sampai kekuningan.
  11. Masukkan akar ketumbar dan daging perap. Masak sampai air kering dan daging lembut.
  12. Tabur cili flakes, baki sos perapan, sedikit air dan garam. Kacau sampai bahan sebati.
  13. Tuang masuk beras sangai, hirisan bawang merah, jus limau dan daun ketumbar.
  14. Bila bawang dah layu tutup api dan tabur dengan chili flakes dan daun ketumbar untuk hiasan.

 

Tip Masakan:
  • Potong daging arah berlawanan urat, barulah daging tak liat.
  • Kalau guna daging keras, boleh rebus dulu sampai lembut.
  • Masak goreng, kalau air dah kering tapi daging masih liat, boleh tambah air dan sambung masak sampai lembut.
  • Masuk jus limau sikit-sikit dulu, adjust kalau kurang masam.

 

  • Daging Masak Kurma

Bahan-bahan:
  • 5 kilo daging
  • Rempah 4 sekawan (1 bunga lawang, 4 biji pelaga, 1 kayu manis, 3 cengkih)
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah kecil
  • 2 inci halia
  • 4 sudu besar rempah kurma
  • 3 akar ketumbar
  • 1 batang karot
  • 1 biji tomato
  • 2 biji kentang
  • 1-2 biji bawang merah besar
  • 1-2 sudu besar air asam jawa
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • Daun ketumbar
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 mangkuk santan pekat
  • ATAU 1 kotak kecil santan
  • Garam secukup rasa

 

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk penyediaan kurma:

    1. Potong (pada ketulan besar) kentang, tomato, cili merah & hijau, lobak merah dan bawang besar.
    2. Potong kasar halia, bawang putih, bawang merah kecil. Hiris nipis daun ketumbar (untuk taburan), akar ketumbar asingkan.
    3. Tumbuk bahan potong kasar sampai halus (boleh kisar dengan blender kering). Bila dah lumat boleh masukkan akar ketumbar dan tumbuk sikit lagi.
    4. Bancuh serbuk rempah kurma dengan sedikit air dan ketepikan.
    5. Rebus daging dengan 2 cawan air sampai lembut.

 

Cara-cara untuk masak kerisik:

    1. Sangai kelapa parut tanpa minyak sampai kekuningan. Api sederhana.
    2. Bila dah sedikit perang, perlahankan api dan kacau lagi 5 minit sampai perang sekata / perang pekat.
    3. Tumbuk / kisar masa kelapa parut masih panas sampai halus dan berminyak.

 

Cara-cara untuk masak kurma:

    1. Panaskan minyak kemudian tumis rempah 4 sekawan dan bahan tumbuk halus. Kacau sampai kuning dan naik bau.
    2. Masukkan rempah kurma dan tumis lagi sampai garing. Boleh tambah sedikit air kalau takut hangit.
    3. Bila dah pecah minyak, boleh masukkan daging rebus, lobak merah dan bawang besar.
    4. Masak lagi sampai rempah meresap kedalam daging (anggaran 5-10 minit).
    5. Masukkan air rebusan daging, kentang, santan, air asam jawa, kerisik dan garam. Reneh lagi 5 minit
    6. Masukkan tomato, cili, dan hirisan daun ketumbar.

 

Tip Masakan:
  • Potong kentang dan lobak merah pada ketulan besar supaya tak mudah hancur bila masak nanti.
  • Untuk beli daun ketumbar, cari yang ada akar dan bersihkan akar bersih-bersih.
  • Rebus daging dengan pressure cooker jadi daging cepat sikit masak.
  • Selalunya akan buat kerisik dalam 3 biji kelapa. Bila dan siap boleh pek nipis – nipis dan simpan dalam chiller. Bila nak guna boleh patahkan je.
  • Kalau tak suka daun ketumbar boleh ganti dengan daun sup.

 

  • Rendang Tok Daging

Bahan-bahan:
  • 2 kilo daging
  • Santan, dari 4 biji kelapa
  • 1/2 kilo bawang merah kecil
  • 12 ulas bawang putih
  • 4 inci halia
  • 2-3 inci lengkuas
  • 7 batang serai
  • 4 sudu besar biji ketumbar
  • 2 sudu besar biji jintan putih
  • 2 sudu besar biji jintan manis
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 5 biji buah keras
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • 4-5 sudu besar serbuk cili
  • Rempah 3 sekawan (2 kulit kayu manis, 3 bunga lawang, 8 biji buah pelaga)
  • 1/2 senduk gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Perasa jika suka
  • 4 sudu besar kerisik

 

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk penyediaan bahan:

    1. Cincang kasar bawang merah kecil, bawang putih, serai, halia dan lengkuas.
    2. Masukan bawang merah, bawang putih, buah keras, serai, halia, lengkuas dan sedikit air dalam blender. Kisar halus kesemua bahan.
    3. Masukkan biji ketumbar, jintan manis, jintan putih dan biji lada hitam dalam kuali.
    4. Sangai biji rempah atas api perlahan sampai naik aroma.
    5. Bila dah naik asap dan bau rempah, boleh tutup api dan tuang masuk dalam blender kering.
    6. Bila biji rempah dah agak suam, kisar halus kesemua rempah.
    7. Daging, potong kepada ketulan besar. Kita tak nak daging yang kecil sangat. Tak sesuai untuk rendang tok yang kena masak lama, takut hancur pulak nanti.
    8. Untuk santan perah dari 4 biji kelapa, air agak-agak sebab tak ada sukatan (Buat 2 mangkuk besar, 1 mangkuk santan pekat dan 1 mangkuk santan cair).

 

Cara-cara untuk masak rendang tok:

    1. Masukkan semua daging dalam kuali. Kalau tak makan daging boleh guna ayam pencen sebab isi keras dan tak mudah hancur bila masak.
    2. Tuang masuk serbuk cili, rempah kari daging, rempah sangai, rempah 3 sekawan dan bahan kisar halus.
    3. Gaul sebati biar mesra sebelum kita masukkan satan.
    4. Tuang masuk semua santan. Resepi ni kita tak tumis, sebab tu kita kena guna banyak santan pekat.
    5. Bukak api sederhana dan kacau sebati.
    6. Masukkan gula melaka dan garam (masuk dulu sikit, nanti adjust kalau kurang masin).
    7. Reneh sampai mendidih. Api sederhana sebab kita nak daging perlahan-lahan masak lembut dan kuah perlahan-lahan kering dan pekat.
    8. Selepas sejam kuah akan nampak pekat sikit tapi kuah belum kering lagi dan daging pon masih liat.
    9. Masukkan kerisik. Sambung masak atas api perlahan.
    10. Selepas sejam setengah kuah dah kering dan pecah minyak, kuah pon dah makin gelap warnanya.
    11. Kalau daging masih kurang lembut, tambah lagi masa memasak dan air (takut hangus pulak nanti).
    12. Tambah garam sikit dan serbuk perasa (pilihan).
    13. Boleh tutup api dan sejukkan untuk hidang.
    14. Tabur hirisan daun kunyit sebagai hiasan kalau suka.

 

Tip Masakan:
  • Kita kena guna daging bahagian isi pejal. Guna bahagian knuckle. Kalau ada urat-urat sikit lagi bagus. Jangan guna daging batang pinang untuk rendang, tak sesuai dan rugi guna daging mahal untuk masak rendang. Kalau nak guna daging import pun boleh.
  • Kalau simpan rendang dalam peti ais elok-elok setahun pon tahan.

 

  • Sup Tulang

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan sup tulang:
    • 5 kilo tulang daging
    • Anggaran 1 liter air
    • Rempah 4 sekawan (1 bunga lawang, 4 biji pelaga, 1 kayu manis, 3 cengkih)
    • 4 ulas bawang putih
    • 4 biji bawang merah
    • 2 inci halia
    • 4 biji buah keras (pilihan)
    • 1 sudu besar serbuk lada hitam
    • 1 batang serai (pilihan)
    • 2 sudu besar minyak masak
    • 1 batang lobak merah
    • 1 sup bunjut
    • 2 biji kentang
    • 2 batang saderi (pilihan)
    • Daun sup
    • Daun bawang
    • Limau nipis
    • 1 kiub pati lembu / ayam (pilihan)
    • Bawang goreng

 

  • Bahan-bahan rempah sup tulang:
    • 1 sb serbuk ketumbar*
    • 1 sb serbuk jintan manis*
    • 1/2 sb serbuk jintan putih*
    • Bahan (*) boleh ganti dengan 2 sb serbuk rempah sup

 

  • Bahan-bahan air asam:
    • 1 biji tomato
    • 1 biji bawang besar
    • 1/2 cawan air asam jawa
    • 1 inci belacan bakar
    • 2 biji cili merah
    • 5 tangkai cili padi
    • Sedikit perahan limau nipis
    • 1 sudu besar sos ikan
    • Gula secukup rasa
    • Garam secukup rasa

 

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk masak sup:

    1. Cincang kasar bawang putih, bawang merah, halia dan buah keras. Kemudian kisar halus dengan sedikit air.
    2. Potong kentang dan lobak merah kepada ketulan besar.
    3. Potong kasar batang seleri. Asingkan batang daun bawang dan batang daun sup kemudian potong panjang (anggaran 2 inci). Hiris kasar daun sup dan bawang (untuk taburan).
    4. Panaskan minyak, masukkan rempah 4 sekawan dan bahan kisar sampai naik bau.
    5. Masukkan tulang, serbuk ketumbar*, serbuk jintan manis* dan serbuk jintan putih*, serbuk lada hitam, serai, sup bunjut, batang daun sup, batang daun bawang dan air. Rebus selama 1 1/2 jam.
    6. Masukkan batang seleri, lobak merah, kiub pati lembu / ayam dan garam.
    7. Masukkan kentang dan tambah sedikit serbuk lada hitam.
    8. Tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

 

Cara-cara untuk air asam:

    1. Potong dadu tomato dan bawang besar. Asingkan 1/2 tomato dan bawang besar tadi untuk kisar dan 1/2 lagi untuk gaul dalam air asam.
    2. Potong kasar cili merah dan potong halus cili padi.
    3. Kisar kasar bahan potong kasar, belacan bakar, air asam, gula dan garam.
    4. Pindah masuk dalam mangkuk, tambah sos ikan, jus limau nipis, tomato, bawang besar dan cili pagi. Gaul dan picit sampai sebati dan mesra.

 

Tip Masakan:
  • Boleh kaut keluar kalau banyak sangat minyak (dari lemak daging yang cair).
  • Boleh masakkan dalam pressure cooker untuk daging cepat masak.
  • Boleh tambah kerisik dalam air asam jika suka.

 

  • Daging Masak Hitam

Bahan-bahan:
  • 500g daging
  • 1 batang serai, ketuk
  • 1 helai daun pandan
  • 1 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • kuntum bunga cengkih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji tomato, hiris nipis
  • kicap manis secukupnya

 

  • Bahan-bahan untuk perapan:
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu besar kicap manis
    • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
    • 1 sudu besar serbuk ketumbar
    • 1 sudu kecil serbuk jintan manis

 

  • Bahan-bahan untuk tumbuk halus:
    • 3 ulas bawang putih
    • 4 biji bawang merah
    • 1 inci halia

 

Cara Penyediaan:
  1. Hiris daging melintang arah urat supaya tidak liat.
  2. Perap daging dengan bahan-bahan tumbuk halus dan bahan-bahan untuk perapan selama minimum 1/2 jam.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan serai, daun pandan, kayu manis,buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
  4. Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga garing.
  5. Masukkan tomato dan masak sehingga tomato lembut.
  6. Masukkan daging yang diperap tadi dan tambah lagi kicap manis secukupnya.
  7. Masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.

 

Tip Masakan:
  • Lagi lama diperap daging, makin sedap rasanya kerana bahan perapan meresap ke dalam daging dan menjadikannya lembut.

 

Sumber:

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment