Cara elak sotong kecut ketika masak, hanya guna bahan ini sahaja!

Bayangkan, dengan hanya satu bahan rahsia yang sangat mudah didapati, anda boleh memastikan sotong yang dimasak kekal lembut dan berjus. Pasti ramai antara kita sering menghadapi masalah sotong kecut dan liat setiap kali memasak, tetapi apa kata jika saya katakan ada cara mudah untuk mengatasinya?

Teruskan membaca dan cara elak sotong kecut ketika masak.

Cara elak sotong kecut ketika masak

Cara elak sotong kecut ketika masak, hanya guna bahan ini sahaja!

 

Seorang wanita telah mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu kaedah bagi memastikan sotong tidak mengecut ketika dimasak di akaun Facebook miliknya. Wanita tersebut, yang dikenali sebagai Noris Nora, memaklumkan bahawa kaedah ini dipelajarinya ketika menonton sebuah dokumentari di televisyen.

Dokumentari yang ditontonnya itu memaparkan kaedah penyediaan sotong segar oleh para nelayan berpengalaman dari Korea Selatan. Setelah mengikuti kaedah membersihkan sotong yang digunakan oleh nelayan tersebut, Nora mendapati sotong tidak mengecut malah menjadi pejal selepas dimasak.

“Sekadar perkongsian, inilah cara saya mencuci sotong. Dahulu, saya pernah menonton dokumentari yang membabitkan nelayan Korea Selatan. Mereka mencuci sotong kurita dengan cara sebegini. Saya cuba juga, dan hasilnya memang sotong menjadi pejal dan tidak berair apabila dimasak. Tak perlu lagi rebus sebelum memasak. Mungkin sahabat-sahabat boleh cuba kaedah ini untuk memudahkan anda memasak sotong,” katanya.

Berikut adalah cara Noris Nora mencuci sotong, seperti yang dimuat naik menerusi akaun kumpulan Facebook, Masak Apa Hari Ni (MAHN):

Bahan-bahan mencuci sotong:

Garam kasar

Langkah-langkah mencuci sotong agar tidak mengecut:

  • Potong sotong mengikut saiz yang dikehendaki.
  • Masukkan sotong ke dalam bekas kosong dan taburkan garam kasar.
  • Gaul dan ramas sotong bersama garam kasar untuk mencucinya.
  • Ramas selama lima minit sehingga buih seperti sabun keluar dan isi sotong terasa pejal.
  • Basuh sotong sehingga bersih untuk menghilangkan rasa masin.
  • Tos sotong sehingga kering. Sotong kini sudah sedia untuk dimasak. Dijamin tidak akan mengeluarkan banyak air, tidak mengecut dan kekal pejal walaupun selepas dimasak.

 

 

Sumber: malaysiadateline

 

Baca info lain:

Leave a Comment