Cara Bersihkan Minyak Masak Terpakai Sampai Jernih – Tip Restoran Dibongkar!

Adakah anda sering membuang minyak masak terpakai? Tunggu dulu!

Ketahui cara bersihkan minyak masak terpakai anda menjadi jernih seperti baru. Ingin tahu caranya? Baca tip ini yang pasti mengejutkan anda!

Cara Bersihkan Minyak Masak Terpakai

Cara Bersihkan Minyak Masak Terpakai Sampai Jernih – Tip Restoran Dibongkar!

 

Minyak masak terpakai biasanya mengandungi mendapan serdak dari sisa makanan yang telah digoreng. Selain itu, minyak masak yang telah digunakan juga akan berubah menjadi kehitaman dan berbahaya untuk kesihatan.

Namun, melalui sebuah hantaran di laman TikTok @thunderstonedistribution, terdapat petua mudah untuk mengasingkan sisa-sisa ini daripada minyak. Teknik yang diajar ini mampu menjadikan minyak terpakai kelihatan jernih seperti baharu, membuatkan suasana memasak di dapur lebih menyeronokkan.

Mari kita ikuti langkah-langkahnya!

Bahan-Bahan:

  • Tepung
  • Air
  • Bekas kosong

Langkah-Langkah:

  • Masukkan setengah mangkuk tepung dan setengah mangkuk air ke dalam bekas.
  • Adun hingga rata.
  • Panaskan minyak hingga suhunya mencapai 60 peratus.
  • Masukkan bancuhan tepung ke dalam minyak dan goreng hingga kesemua kotoran diserap.
  • Angkat gumpalan tepung tersebut; kini minyak masak akan kelihatan lebih bersih.

Hasil Selepas Gorengan Tepung:
Minyak yang pada mulanya keruh kini kelihatan lebih jernih dan bersih.

Maklum Balas Netizen:
“Ya betul, kami di restoran selalu guna cara ini juga. Minyak akan lebih tahan lama sebelum perlu ditukar baharu. Kalau minyak masak bersih, baru makanan akan lebih elok,” kata beberapa warga maya.

 

Sumber: mstar

 

BACA INFO LAIN:

Leave a Comment