BANTUAN KEMASUKAN ASRAMA PENUH : Permohonan 2024 kini dibuka!

Permohonan bantuan kemasukan asrama penuh untuk tahun 2024 telah dibuka! Baca disini untuk maklumat terkini dan panduan cara mohon.

 

BANTUAN KEMASUKAN ASRAMA PENUH

Bantuan Kemasukan Berasrama Penuh Negeri Sembilan 2024 merupakan inisiatif yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan melalui Yayasan Negeri Sembilan bagi memberi bantuan kewangan dan meringankan kos yang ditanggung pelajar. 

 

Permohonan Bantuan Kemasukan Berasrama Penuh Negeri Sembilan 2024 telah dibuat secara online di laman web Yayasan Negeri Sembilan.

Join Whatsapp Channel Or Telegram Channel
Sila join Whatsapp ini jika anda B40 & M40 sahaja! https://whatsapp.com/channel/0029Vag2zLk7T8bT1G4GR931
Atau Sila join Telegram Channel ini jika anda B40 & M40 sahaja!
Telegram Channel B40 & M40 SAHAJA!

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

 

  • Jika anda dilahirkan di Negeri Sembilan (No. KP 05/59/31) dan tinggal di sana, anda boleh memohon.
  • Pendapatan isi rumah perlu RM 4,850.00. Sila sediakan penyata gaji atau pengesahan pendapatan yang disahkan dari kedua ibu bapa.
  • Kemasukan ke sekolah berasrama penuh mengikut kategori yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MRSM, dan SBP Maahad Ahmadi (Terletak hanya di Negeri Sembilan).
  • Hanya 500 permohonan pertama akan dipertimbangkan.
  • Jika salah seorang ibu atau bapa menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila kemukakan dokumen-dokumen berikut:
  1. Penyata Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – LHDN
  2. Bantuan Kebajikan E-JKM – Jabatan Kebajikan Masyarakat
  3. Skim Bantuan Baitulmal – Baitulmal
  4. Skim Bantuan Zakat – Pusat Zakat
  • Sila lampirkan DOKUMEN berikut:
  1. a) Salinan Mykad ibu, bapa, dan pelajar
  2. b) Salinan slip gaji terkini / pengesahan pendapatan (ibu & bapa)
  3. c) Surat tawaran kemasukan ke Tingkat 1 atau Tingkatan 4
  4. d) Surat pengesahan belajar dari pengetua sekolah / MRSM / SBP Maahad Ahmadi
  5. e) Maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

 

PENTING

  • Yayasan Negeri Sembilan berhak untuk MENOLAK permohonan yang tidak lengkap dan tidak jelas.
  • Semua dokumen sokongan perlu DISAHKAN sebelum dimuat naik ke ruang yang disediakan.
  • Permohonan yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas akan ditolak.

 

PAUTAN & BORANG PENTING

 

MAKLUMAT LANJUT

Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan

Jalan Yam Tuan 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon : 06-762 8046

Faks : 06-763 1420

Emel : admin@yns.gov.my

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

Leave a Comment