BANTUAN KEWANGAN OKU RM300 : Semak kelayakan & cara mohon disini!

Tuntut bantuan kewangan OKU RM300 sebulan. Semak kelayakan anda dan mohon sekarang!

 

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja  (BTB) merupakan inisiatif kerajaan dalam Bajet 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu OKU meneruskan kehidupan dan menggalakkan mereka meneruskan kehidupan bersama keluarga.

Group Whatsapp Bantuan Kerajaan
Sila join Whatsapp Group ini jika anda B40 sahaja! https://chat.whatsapp.com/JYgxjzldBe1JteE7242rA0

KADAR BANTUAN KEWANGAN OKU

 

RM300 sebulan untuk seorang

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN OKU

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 16 tahun ke atas
  3. Pemegang kad OKU JKM
  4. Tidak mampu bekerja
  5. Bukan penghuni/pelatih di institusi kendalian JKM, pusat jagaan harian/berkediaman yang menyediakan perkhidmatan percuma, atau program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
  6. Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa atau PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  7. Pelaksanaan bantuan kebajikan mengikut Senarai Bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, seperti yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan

 

CARA MOHON BANTUAN KEWANGAN OKU

 

  • Untuk membuat permohonan bantuan kewangan, sila rujuk laman web Institut Kebajikan Awam (IA) atau bahagian soalan lazim (FAQ) untuk maklumat lanjut. Permohonan boleh dilakukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.
  • Setiap permohonan akan melalui siasatan bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon, berdasarkan penilaian kemampuan kewangan (means-tested), dan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan.
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon dikehendaki membawa dokumen sokongan semasa ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:

   – Salinan Kad Pengenalan pemohon

   – Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama

   – Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama

   – Salinan penyata gaji (jika ada)

   – Dokumen lain yang berkaitan

  • Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:

   – Borang Permohonan Bantuan (JKM 18)

   – Borang Kaji Semula Bantuan (JKM 20)

   – Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019

 

Dengan mengikuti proses ini, diharapkan pemohon dapat memperoleh bantuan kewangan yang diperlukan dengan lebih lancar dan efisien.

 

RUJUKAN PENTING

 

MAKLUMAT LANJUT

 

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4,

62100 Putrajaya

 Aduan : [email protected]

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

Leave a Comment