Bantuan Tunai STR Fasa 3 Mula Hari Ini – Buat Semakan segera!

Bantuan Tunai STR Fasa 3 2024 bermula hari ini! Semak status bantuan anda segera untuk tidak terlepas peluang ini. Dapatkan maklumat penuh sekarang.

Baca Juga : Bantuan MyKad RM100: Semak nama anda jika layak!

Bantuan Tunai STR Fasa 3 Mula Hari Ini – 29 OGOS 2024

Bantuan Tunai STR

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Menurut jadual yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF), pengkreditan bantuan tunai STR Fasa 3 bagi penerima sedia ada bermula hari ini, 29 Ogos 2024 dan akan dilakukan secara berperingkat sehingga 6 September 2024.

Bagi penerima baharu dan penerima rayuan, bantuan tunai STR Fasa 3 akan dikreditkan bermula 18 September 2024 dan secara berperingkat sehingga 20 September 2024.

Cara Pengkreditan Bantuan Tunai STR Fasa 3 2024

Pengkreditan bantuan tunai STR adalah melalui dua cara:

  1. Akaun Bank Aktif: Bantuan akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank.
  2. Tanpa Akaun Bank: Bantuan tunai akan diberikan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Waktu Kredit Bantuan Tunai STR Fasa 3 2024 Bermula Hari Ini

Bantuan tunai STR Fasa 3 akan dikreditkan mengikut waktu yang ditetapkan oleh jenis bank penerima, seperti berikut:

  • Bank Simpanan Nasional: Selepas 6 petang
  • Bank Islam: Selepas 8 malam
  • Affin Bank: Selepas 8 malam
  • Ambank: Selepas 8 malam
  • Maybank: Selepas 9 malam
  • CIMB Bank: Selepas 9 malam
  • RHB Bank: Selepas 9 malam
  • Bank Muamalat: Selepas 10 malam

Semakan Bantuan Tunai STR Fasa 3 2024 Bermula Hari Ini

Berikut adalah cara untuk membuat semakan bantuan tunai STR Fasa 3:

  1. Layari laman Portal Rasmi STR.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan [No MyKad].
  3. Klik pada butang [Log Masuk].
  4. Klik pada butang [Semak].
  5. Tekan [Ya] jika frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima Fasa 3 akan dipaparkan.

Rujukan

Maklumat yang dikongsikan ini diambil daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan, sila rujuk pihak berwajib berikut:

  • Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel: str@mof.gov.my

Penafian

Maklumat ini dikongsi bertujuan untuk membantu dan memudahkan carian pelawat. Kami tidak pernah meminta sebarang maklumat pelawat atau mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Artikel ini adalah rujukan berdasarkan Portal Rasmi dari: Portal Rasmi STR.

Baca Juga : Nama Penerima Bantuan Tunai STR Bujang Fasa 3

 

Leave a Comment