Ketahui cara mudah mendaftar Pakej Rahmah Prabayar Siswa 2024 dan manfaat luar biasa untuk pelajar! Artikel ini menyediakan panduan lengkap dan faedah eksklusif yang menanti. Baca lebih lanjut!
Mari kita lihat lebih lanjut mengenai pakej ini.
Pengenalan Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Pakej istimewa ini diperkenalkan khusus untuk golongan pelajar lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA). Kerjasama strategik dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi ini seiring dengan usaha Kerajaan Madani untuk menangani peningkatan kos sara hidup. Inisiatif ini bertujuan membantu pelajar mendapatkan liputan komunikasi dan internet yang lebih baik semasa sesi pengajian dan pembelajaran.
Pasca pelancarannya untuk pelajar IPTA dan ILKA, perbincangan dengan syarikat telekomunikasi akan dilakukan untuk menyebarluaskan pakej ini kepada golongan pelajar yang lain.
Tarikh Pendaftaran
Para pelajar yang layak boleh mula melanggan pakej ini mulai 16 Ogos 2024. Tawaran pakej ini adalah hasil peluasan Pakej Internet Mudah Alih (Prabayar) Rahmah yang diperkenalkan pada tahun lalu.
Jenis Pakej
Pakej Rahmah Prabayar Siswa akan dijual pada harga tidak lebih dari RM30, dengan minimum permulaan data 30 gigabait (GB) untuk tempoh sah laku selama 180 hari. Pakej menarik ini boleh direalisasikan hasil kerjasama kerajaan dengan lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, iaitu:
Perincian pakej daripada setiap syarikat telekomunikasi yang terlibat akan dikemaskini di laman web rasmi syarikat yang mengambil bahagian.
Cara Langganan
Pakej ini boleh dilanggan dengan hadir secara bersemuka di pusat/kios penyedia perkhidmatan (telco) yang terlibat atau secara dalam talian. Maklumat lebih terperinci mengenai cara langganan boleh didapati di laman web rasmi setiap syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi:
Senarai IPT Yang Layak
Pakej Rahmah Prabayar Siswa ini khusus untuk golongan siswa dari IPT tertentu. Pelajar daripada IPTA dan ILKA yang terpilih layak melanggan apabila pendaftaran dibuka. Senarai lengkap IPTA dan ILKA yang terpilih boleh dilihat dalam senarai Soalan Lazim di laman sesawang Kementerian Komunikasi di alamat ini.
Soalan Lazim (FAQ) Pakej Rahmah Prabayar Siswa – Kementerian Komunikasi
Berikut disertakan senarai Soalan Lazim yang dimuatnaik oleh Kementerian Komunikasi di laman web rasmi mereka. MUAT TURUN SOALAN LAZIM (PDF)
Maklumat Lanjut Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Pakej Rahmah Prabayar Siswa ini, sila layari laman web Kementerian Komunikasi di pautan ini.
Bagi cara langganan pakej tersebut, sila rujuk syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang dinyatakan di atas.
Para pelajar yang berminat boleh melayari laman web rasmi kelima-lima syarikat penyedia telekomunikasi untuk mengetahui perincian pakej yang ditawarkan:
Diharapkan artikel ini membantu anda memahami Pakej Rahmah Prabayar Siswa dan cara untuk melanggan pakej ini. Selamat melanggan!