Pakej Rahmah Prabayar Siswa: RM30 Untuk 30GB Data – Mula 16 Ogos

Pakej Rahmah Prabayar Siswa: Hanya RM30 untuk 30GB data, khusus untuk pelajar IPTA dan ILKA. Mulai 16 Ogos, dapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana pakej ini boleh membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar. Baca selanjutnya di sini!

Baca Juga : Bantuan Perkahwinan RM250: Info Lengkap dan Cara Mudah Memohon!

Pakej Rahmah Prabayar Siswa

pakej rahmah prabayar

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Kementerian Komunikasi telah mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa yang akan ditawarkan pada harga tidak lebih daripada RM30, dengan pakej data permulaan sekurang-kurangnya 30 gigabait (GB) untuk tempoh sah laku selama 180 hari.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menyatakan bahawa pakej ini khusus disediakan untuk pelajar lepasan sekolah menengah yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) yang terpilih.

“Pakej Rahmah Prabayar Siswa boleh dilanggan mulai 16 Ogos hadapan melalui lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama, iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech dan YTL Communications (YES).

“Tawaran pakej ini adalah sesuai sebagai peluasan daripada Pakej Internet Mudah Alih (Prabayar) Rahmah yang diperkenalkan pada tahun lalu,” kata beliau ketika berucap merasmikan Persidangan Etika dan Tanggungjawab Komunikasi Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) hari ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Menjelaskan lebih lanjut, Fahmi berkata, inisiatif ini adalah hasil kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menangani peningkatan kos sara hidup, khususnya untuk membantu golongan pelajar semasa sesi pengajian dan pembelajaran mereka.

Beliau juga menyebut bahawa maklumat lanjut mengenai Pakej Rahmah Prabayar Siswa akan diumumkan oleh syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Senarai lengkap IPTA dan ILKA yang terpilih akan dimaklumkan melalui laman web Kementerian Komunikasi: www.komunikasi.gov.my.

Dalam sidang media kemudiannya, Fahmi memaklumkan bahawa Pakej Rahmah Prabayar Siswa boleh dilanggan oleh semua pelajar di IPTA dan ILKA.

“Kita akan mulakan inisiatif ini untuk semua pelajar IPTA serta ILKA terlebih dahulu, dan setelah itu, kita akan berbincang dengan syarikat telekomunikasi untuk memperluaskan lagi pakej tersebut.

“Dalam Pakej Rahmah Prabayar Siswa ini, kerajaan tidak membuat apa-apa bayaran tetapi syarikat telekomunikasi cukup baik hati untuk mengurangkan caj bagi mahasiswa,” katanya. – BERNAMA

Baca Juga : Daftar BINGKAS: e-Wallet RM300 Sebulan

Leave a Comment