Dapatkan Bantuan Kesihatan RM500 Sebulan dan Rawatan Jantung Percuma – Semak Kelayakan anda dan mohon terus disini!
Baca Juga : Tonsil Bengkak : Punca dan cara untuk rawat
Bantuan Kesihatan SKIM PEDULI SIHAT
Skim Peduli Sihat bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup yang tinggi di kalangan golongan B40, terutamanya bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan asas. Di bawah skim ini, Kerajaan Negeri Selangor akan membiayai rawatan kesihatan asas setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun. Bukan itu sahaja, kerajaan negeri juga menyediakan Skim Rumah Selangorku untuk memudahkan rakyat memiliki rumah pertama.
Untuk makluman, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan penambahbaikan Program Skim Insurans Peduli Sihat kepada Program Iltizam Selangor Sihat. Melalui pembaharuan ini, adalah disasarkan seramai 100,000 pemohon dan keluarga berdaftar yang berkelayakan akan menerima rawatan asas serta manfaat perlindungan kesihatan.
Program Iltizam Selangor Sihat ini merangkumi manfaat rawatan asas di klinik-klinik berdaftar, termasuk vaksinasi terpilih serta penambahan manfaat perlindungan yang boleh dipohon atau dituntut oleh ahli aktif atau waris. Berikut adalah maklumat lanjut terkini tentang manfaat, kelayakan, cara permohonan serta semakan Iltizam Selangor Sihat yang perlu anda ketahui, terutamanya sebagai rakyat Selangor.
Manfaat Program Iltizam Selangor Sihat (Skim Peduli Sihat)
Iltizam Selangor Sihat Penjawat Awam (ISSPA)
Skim Peduli Sihat Penjawat Awam (PSPA) kini dikenali sebagai Iltizam Selangor Sihat Penjawat Awam (ISSPA). Skim ini membolehkan Penjawat Awam Kerajaan Negeri Selangor (Gred 44 dan ke bawah) menerima rawatan kesihatan dan perubatan daripada hospital dan klinik swasta. Kos rawatan tersebut dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor sehingga RM10,000 setahun seorang. Manakala, untuk rawatan pesakit luar, individu memperoleh RM250.00 setahun.
Program ini telah dijalankan sejak tahun 2018 dengan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membiayai Skim ISSPA, memberikan manfaat kepada 10,000 Penjawat Awam Kerajaan Negeri Selangor. Kelebihan Skim ISSPA adalah seperti berikut:
- Pengecualian polisi “pre-existing condition”
- Pengecualian polisi “specified illnesses”
- Pengecualian polisi “waiting period”
- Pengecualian polisi “co-payment”
Kriteria:
- Penjawat Awam Kerajaan Negeri Selangor Gred 44 dan ke bawah
- Berusia 60 tahun ke bawah
Skim Rawatan Jantung
Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor menawarkan rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah (B40) mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Skim ini telah dilaksanakan sejak tahun 2018 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta setahun, dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Program ini dikendalikan oleh anak syarikat PKNS, SELGATE Corporation Sdn Bhd (SELGATE), melalui anak syarikat miliknya, Selcare Management Sdn Bhd (SELCARE).
Sebagai penyedia pelaksana program, SELCARE bekerjasama dengan beberapa hospital panel yang dilantik seperti Institut Jantung Negara (IJN), Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL), dan UiTM Private Specialist Centre, Sungai Buloh.
Bantuan ini tertakluk kepada jumlah peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
Kriteria:
Terdapat dua kategori dalam Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor iaitu Kategori A dan Kategori B.
Kaedah Permohonan:
Kategori A:
Saringan:
- Pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan surat rujukan dari Klinik Rangkaian SELCARE atau Klinik/Hospital Kerajaan (KKM).
- Surat rujukan bersama kad pengenalan perlu dihantar melalui emel ke gl@selcare.com dengan tajuk “PERMOHONAN SARINGAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR KATEGORI A”.
- Status permohonan (Lulus/Tidak Lulus) akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon, dan surat jaminan akan dikeluarkan bagi permohonan yang lulus.
Prosedur Pembedahan:
- Pemohon perlu memuat turun borang permohonan di laman sesawang Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor (https://iltizamselangorsihat.com/cvs.html) serta melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dan hantar melalui emel (gl@selcare.com).
- Status permohonan (Lulus/Tidak Lulus) akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon, dan surat jaminan akan dikeluarkan bagi permohonan yang lulus.
- Permohonan yang lulus layak mendapat rawatan susulan sebanyak dua kali (tertakluk kepada terma dan syarat).
Kategori B:
Prosedur Pembedahan:
- Pemohon perlu memuat turun borang permohonan di laman sesawang Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor (https://iltizamselangorsihat.com/cvs.html) serta melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dan hantar melalui emel (gl@selcare.com).
- Status permohonan (Lulus/Tidak Lulus) akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon, dan surat jaminan akan dikeluarkan bagi permohonan yang lulus.
Permohonan yang lulus hanya layak untuk prosedur dan pembedahan sahaja (tertakluk kepada terma dan syarat).
Nota:
Borang permohonan bersama dokumen sokongan yang lengkap perlu dihantar kepada pihak Selcare melalui emel (gl@selcare.com) dan permohonan mengambil masa 14 hari bekerja. Pengambilan ubat, rawatan susulan, konsultasi atau rawatan ulangan tidak dibenarkan. Hanya mereka yang lulus pembedahan sahaja yang layak mendapat rawatan susulan (dua kali).
Manfaat Iltizam Selangor Sihat
Manfaat Asas
- Rawatan Asas & Vaksinasi: Rawatan asas termasuk rawatan gigi di klinik gigi panel Iltizam Selangor Sihat (ISS).
- Peruntukan: RM500 setahun (Kategori Keluarga) atau RM250 setahun (Kategori Individu).
Manfaat Hospitalisasi
- Had Tahunan: RM10,000 (Pemohon utama sahaja).
- Polisi Manfaat Hospitalisasi:
- Perlindungan serta merta.
- Had Umur: 80 tahun ke bawah.
- Perlu mendapatkan dokumen pra-rawatan dan surat rujukan dari:
- Klinik Selcare/The KL Clinic
- Telemedicine Selcare menerusi aplikasi Selangkah
- Klinik Kesihatan/Hospital Kerajaan.
- Rawatan bagi kes kecemasan di Hospital Kerajaan sahaja.
- Kemasukan wad (hospitalisasi) di hospital panel Selcare.
- Terma dan syarat bagi pengecualian standard hospitalisasi adalah terpakai (kes-kes tidak ditanggung).
Nota:
Anda boleh semak senarai hospital panel kerajaan dan swasta untuk manfaat hospitalisasi di pautan berikut: https://www.iltizamselangorsihat.com/manfaathospitalisasi.php.
Manfaat Tambahan Perlindungan
- Butiran Had Tahunan.
- Senarai Panel Klinik Iltizam Selangor Sihat (Peduli Sihat).
Cara Permohonan Bantuan Kesihatan
Untuk permohonan baharu, sila muat turun borang di pautan berikut: https://iltizamselangorsihat.com/pendaftaran.html.
Dokumen Diperlukan:
Di samping Borang Permohonan Iltizam Selangor Sihat, pemohon juga perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:
- Salinan Slip Gaji/Pencen Terkini/EA/KWSP/Akuan Pendapatan.
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Tanggungan (*anak bawah 21 tahun bagi permohonan kategori keluarga).
- Salinan Kad OKU (Jika ada).
- Salinan SPR semakan Pemohon Utama.
Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke Pejabat ADUN/Pejabat Penyelaras ADUN yang berdekatan (tertakluk pada terma dan syarat). Anda boleh semak senarai alamat Pejabat Ahli Dewan Negeri Kerajaan dan Penyelaras DUN di pautan ini: https://www.iltizamselangorsihat.com/img/DUN_LIST.pdf.
Untuk semakan status permohonan, anda boleh melayari pautan berikut: https://www.iltizamselangorsihat.com/kelayakan.html.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, sila isikan maklumat serta butiran peribadi di pautan berikut: https://www.iltizamselangorsihat.com/hubungi-kami.php. Anda juga boleh terus menghubungi talian 24 jam di 1-800-22-6600.
Baca Juga : Bantuan RM500 Untuk Warga Emas