Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) menyediakan bantuan guaman percuma dalam kes jenayah bagi golongan yang memerlukan di Malaysia. Dapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan YBGK dan cara menghubungi YBGK di sini.
Baca Juga : Cara Dapatkan Bantuan Guaman Percuma di Malaysia 2024
Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK)
YBGK ditubuhkan untuk menangani kekurangan akses kepada khidmat bantuan guaman dalam kes jenayah, terutamanya bagi mereka yang tidak berkemampuan. Yayasan ini mula wujud pada tahun 2010 atas inisiatif kerajaan selepas mendapati ramai tertuduh dalam kes jenayah tidak diwakili peguam.
Sebelum penubuhan YBGK, bantuan guaman disediakan oleh beberapa organisasi termasuk Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Majlis Peguam Malaysia, namun perkhidmatan yang ditawarkan terhad kepada kes-kes tertentu dan menghadapi kekurangan sumber kewangan.
Objektif Penubuhan YBGK
- Biayai Bantuan Guaman: Membiayai nasihat dan bantuan guaman untuk prosiding jenayah bagi mereka yang memerlukan.
- Perkhidmatan Peguam Swasta: Menyediakan perkhidmatan peguam swasta dalam prosiding jenayah.
- Penyelidikan Bantuan Guaman: Menganjur dan menyelia penyelidikan berkaitan bantuan guaman.
- Program Pendidikan Undang-Undang: Menggalakkan kefahaman orang ramai mengenai hak dan kewajipan undang-undang Malaysia.
- Maklumat Bantuan Guaman: Memberi maklumat tentang bantuan guaman dalam perkara jenayah oleh peguam YBGK.
Jenis-Jenis Perkhidmatan YBGK
YBGK menyediakan:
- Nasihat dan Bantuan Guaman: Untuk kes jenayah termasuk jenayah Syariah.
- Peringkat Prosedur: Tangkapan, reman, permohonan ikat jamin, perbicaraan dan rayuan.
- Percuma: Tiada kos dikenakan, kecuali untuk menentukan kelayakan penerima bantuan di peringkat perbicaraan.
- Pengecualian: Tidak meliputi kesalahan yang membawa hukuman mati (disediakan oleh Mahkamah Tinggi).
Liputan Perkhidmatan YBGK
- Seluruh Malaysia: Walau bagaimanapun, liputan di Sabah hanya melibatkan Kota Kinabalu, Papar, Penampang, dan Tuaran. Di Sarawak, melibatkan Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu, bergantung kepada kapasiti sumber manusia YBGK.
Mekanisma Pelaksanaan YBGK
- Semenanjung Malaysia: Dibantu oleh Pusat Bantuan Guaman di setiap negeri.
- Sabah dan Sarawak: Kerjasama dengan Persatuan Undang-Undang Sabah dan Persatuan Peguam Bela Sarawak.
Cara Mendapatkan Perkhidmatan YBGK
- Talian YBGK: Hubungi nombor talian tol percuma 1-800-88-9245.
- Alamat: Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Tingkat 2, Bangunan Sulaiman AIAC, Jalan Sultan Hishamuddin, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia
- Telefon: 603-2271 1102
Kriteria Kelayakan YBGK
- Warganegara Malaysia: Bantuan diberikan >di peringkat tangkapan, reman/tahanan dan permohonan ikat jamin.
- Ujian Kemampuan: Untuk kelayakan bantuan di peringkat perbicaraan.
- Pendapatan tidak lebih RM25,000/tahun: Percuma.
- Pendapatan RM25,000-RM36,000/tahun: Bayaran tertentu.
Bayaran Khidmat YBGK
- Pendapatan < RM25,000/tahun: Percuma.
- Pendapatan RM25,000-RM36,000/tahun: Bayaran berdasarkan kadar ditetapkan oleh YBGK.
Tidak Boleh Memilih Peguam
- Peguam Panel: Peguam yang dipilih adalah dari kalangan peguam panel YBGK mengikut prosedur yang ditetapkan.
Baca Juga : MyFutureJobs : Portal Cari Kerja