Permohonan Bantuan Kemasukan Asrama Penuh Negeri Sembilan 2024 kini dibuka! Semak syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan, dan cara memohon di laman web Yayasan Negeri Sembilan. Peluang terhad untuk 500 permohonan pertama.
Baca Juga : Semakan Keputusan dan Tarikh Peperiksaan Ulangan STPM 2024
Bantuan Kemasukan Asrama Penuh
Bagi tahun 2024, Yayasan Negeri Sembilan telah memperkenalkan inisiatif bantuan kewangan untuk meringankan beban pelajar yang akan memasuki asrama penuh. Permohonan ini terbuka secara dalam talian melalui laman web Yayasan Negeri Sembilan.
Syarat Kelayakan Bantuan Kemasukan Asrama Penuh
- Calon mesti dilahirkan di Negeri Sembilan (No. KP bermula 055931) dan menetap di sana.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 48,500 setahun. Sila sediakan penyata gaji atau pengesahan pendapatan yang disahkan oleh kedua-dua ibu bapa.
- Kemasukan ke sekolah berasrama penuh adalah mengikut kategori yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MRSM, dan SBP Maahad Ahmadi, yang terletak hanya di Negeri Sembilan.
- Hanya 500 permohonan pertama akan dipertimbangkan.
Dokumen yang Diperlukan
- Salinan MyKad ibu bapa dan pelajar.
- Slip gaji terkini atau pengesahan pendapatan ibu bapa.
- Surat tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
- Surat pengesahan belajar dari pengetua sekolah.
- Dokumen berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) jika berkenaan.
Penting: Yayasan Negeri Sembilan berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atau tidak jelas. Semua dokumen sokongan perlu disahkan sebelum dihantar.
Borang Permohonan Bantuan
Maklumat Lanjut
- Alamat: Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan, Jalan Yam Tuan, 70000 Seremban, Negeri Sembilan.
- Telefon: 06-762 8046
- Faks: 06-763 1420
- Emel: admin@yns.gov.my
Baca Juga : MALAYSIA INTERNATIONAL SCHOLARSHIP 2024-25