Dapatkan maklumat lengkap tentang Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Isi Rumah 2024, termasuk jadual pembayaran, syarat kelayakan, dan cara untuk mendaftar.
Baca Juga : Bantuan eWallet B40 & M40 Sebanyak RM350
STR ISI RUMAH
Diumumkan oleh Kementerian Kewangan, Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2024 menawarkan bantuan tunai sehingga RM2,500 setiap tahun kepada isi rumah yang layak. Bantuan ini akan dikreditkan melalui empat (4) fasa pembayaran. Inisiatif bantuan khas ini merupakan sebahagian daripada peruntukan dalam Belanjawan 2024.
Bayaran Bantuan STR Isi Rumah
Kerajaan telah memperkenalkan skim bantuan STR pada tahun sebelumnya dan telah setuju untuk meneruskannya pada tahun kedua sebagai sebahagian daripada program bantuan kewangan ini. Skim ini termasuk pembayaran bantuan tunai sehingga RM2,500 yang ditentukan berdasarkan pendapatan bulanan dan jumlah tanggungan anak dalam isi rumah tersebut.
Lebih lanjut, isi rumah yang berada dalam kategori miskin juga akan menerima insentif tambahan yang dinamakan SARA, berjumlah RM1,200 setiap tahun. Berdasarkan informasi, kategori isi rumah akan menerima bayaran STR yang lebih tinggi berbanding individu bujang dan warga emas.
Jadual Pembayaran STR Isi Rumah
Kementerian Kewangan telah mengumumkan jadual pembayaran bantuan STR yang akan disalurkan secara berperingkat untuk tahun ini:
- STR Fasa 1: Akan disalurkan pada 29 Januari 2024
- STR Fasa 2: Akan disalurkan pada 3 April 2024
- STR Fasa 3: Akan disalurkan pada bulan Ogos 2024 (tarikh spesifik akan diumumkan kemudian)
- STR Fasa 4: Akan disalurkan pada bulan November 2024 (tarikh spesifik akan diumumkan kemudian)
Tarikh pembayaran bagi fasa berikutnya akan dikemaskini dari masa ke masa. Sebarang perubahan pada tarikh-tarikh ini akan dimaklumkan kepada penerima.
Pembayaran dapat diterima melalui pengkreditan secara langsung ke dalam akaun bank penerima atau melalui tebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mereka yang tidak memiliki akaun bank.
Semakan Status Pembayaran dan Kemaskini Maklumat STR 2024
Penerima sedia ada bantuan STR boleh melakukan semakan status pembayaran berdasarkan fasa yang ditetapkan. Bagi pendaftaran baharu, kemaskini maklumat peribadi, atau untuk membuat semakan status pembayaran, sila kunjungi portal rasmi bantuan tunai STR 2024.
Panduan Semakan Status STR 2024
Maklumat Tambahan
Kerajaan Perpaduan komited dalam menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif untuk membantu meringankan beban rakyat, terutamanya dalam bentuk bantuan kewangan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang senarai insentif bantuan yang tersedia dan kriteria kelayakan, sila semak di sini untuk mendapatkan informasi yang lebih komprehensif.
Baca Juga : Semakan Nama Penerima Bantuan RM1500 MyKad 2024