ANDA LAYAK BUAT PENGELUARAN KWSP KHAS AKAUN 1 – MAKLUMAT LANJUT DISINI

Tahniah! Anda mungkin layak buat Pengeluaran KWSP Khas Akaun 1 jika anda termasuk dalam kategori ini. Sila baca artikel ini sehingga habis untuk maklumat lanjut.

JENIS AKAUN KWSP

Akaun simpanan KWSP terbahagi kepada dua iaitu Akaun 1 dan Akaun 2.

Hanya Akaun 1 sahaja dibolehkan pengeluaran secara penuh, manakala Akaun 2 hanya boleh dikeluarjab sebahagian simpanan berdasarkan kelayakan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan pihak KWSP.

BERIKUT IALAH SYARAT LAYAK KWSP

Pengeluaran khas kwsp 1

1. BERUMUR 55 TAHUN

Ahli KWSP yang mencapai umur 55 tahun dibenarkan untuk membuat pengeluaran penuh simpanan mereka kerana Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan menjadi Akaun 55. Jika pencarum KWSP memilih untuk bekerja lagi selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan setelah pencarum mencapai umur 60 tahun.

2. PEKERJA BERPENCEN

Bagi Pekerja Berpencen / Persaraan Pilihan, mereka boleh membuat pengeluaran penuh. Definisi pekerja berpencen adalah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.

3. HILANG UPAYA

Ahli KWSP yang mengalami hilang upaya boleh membuat pengeluaran penuh simpanan setelah mereka disahkan oleh pegawai perubatan. Malah, mereka juga layak mendapat RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

4. MENINGGALKAN NEGARA

Ahli yang telah melepas atau melucutkan taraf kewarganegaraan mereka bagi berhijrah ke negara lain boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanan mereka di KWSP.

5. KEMATIAN

Apabila ahli meninggal dunia, pengeluaran penuh simpanan mereka boleh dibuat melalui waris terdekat. Oleh hal demikian, pihak KWSP menggalakkan para ahlinya membuat penamaan bagi memudahkan urusan pengeluaran selepas kematian.

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, permohonan pengeluaran penuh KWSP ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem i-Akaun KWSP atau secara manual di cawangan-cawangan KWSP berdekat.

Maklumat lengkap berkenaan pengeluaran KWSP, boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP.
https://www.kwsp.gov.my/ms/selamat-datang

Leave a Comment