Syarat Layak Bantuan STR.Adakah anda sudah membuat permohonan dan memeriksa kelayakan anda untuk menerima bantuan tunai dari kerajaan? Dapatkan maklumat terperinci berikut untuk memahami lebih lanjut mengenai permohonan STR Bujang 2024 serta tarikh-tarikh penting untuk penerimaan pembayaran ke dalam akaun anda.
Baca Juga : Semakan Status Bantuan STR Fasa 3 Tahun 2024
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
STR merupakan salah satu inisiatif yang termasuk dalam konsep Payung Rahmah, dicipta dengan tujuan untuk meringankan beban golongan yang menghadapi kesulitan akibat kos kehidupan yang meningkat. Pada tahun 2024, Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim, mengumumkan penambahan peruntukan untuk STR sebanyak RM2 bilion, menjadikannya RM10 bilion berbanding RM8 bilion pada 2023. Ini termasuk kategori baru bagi isi rumah yang miskin dan sangat miskin menurut data eKasih, yang akan menerima sumbangan maksimum sebanyak RM3,700 setahun mulai Januari 2024, meningkat dari RM3,100 pada tahun sebelumnya.
Syarat Layak STR Bujang
Pemohon yang bujang berhak menerima STR jika mereka memenuhi kriteria berikut:
- Usia antara 21 hingga 59 tahun.
- Berpendapatan RM2,500 atau kurang.
Nota: Individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi tidak layak memohon sebagai individu bujang tetapi boleh dimasukkan dalam maklumat tanggungan pada permohonan bilik isi rumah.
Tarikh Pembayaran STR Bujang 2024
Pembayaran untuk penerima bantuan tunai kategori bujang pada tahun 2023 akan dilakukan mengikut fasa berikut:
- Fasa 1: 29 Januari 2024
- Fasa 2: April 2024
- Fasa 3: Ogos 2024 [ SEMAK JUMLAH FASA 3]
- Fasa 4: November 2024
Harap maklum, tarikh-tarikh ini boleh berubah mengikut situasi semasa.
Cara Semakan Status dan Kelayakan
Untuk melakukan semakan, ikuti langkah-langkah berikut:
- Kunjungi Portal STR 2024 (https://bantuantunai.hasil.gov.my)
- Masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Klik pada butang “Semakan Permohonan” untuk melihat status kelulusan.
Cara Permohonan dan Kemas Kini Permohonan
Permohonan dan kemas kini data bagi STR masih dibuka. Rujuk panduan pengguna untuk maklumat lengkap mengenai prosedur permohonan.
Sumbangan Tambahan untuk Golongan Miskin Tegar
Isi rumah yang tergolong dalam kategori miskin tegar mengikut data eKasih dan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM1,169 layak untuk sumbangan tambahan berupa bakul makanan atau baucar makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.
Untuk maklumat lebih lanjut, semakan status SARA 2024, jumlah kelayakan, dan proses pengkreditan bantuan dapat diperiksa melalui laman MyKasih.
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda memahami dan mengambil langkah berikutnya dalam pemohonan Bantuan Tunai Rahmah (STR) untuk golongan bujang tahun 2024.
Baca Juga : PeKa B40: Cara Semak Kelayakan