Syarat Layak Bantuan RM350 STR Bujang : Semak sekarang!

Isi Kandungan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Syarat Layak STR Bujang Tarikh Pembayaran STR Bujang 2024 Cara Semakan Status dan Kelayakan Cara Permohonan dan Kemas Kini Permohonan Sumbangan Tambahan untuk Golongan Miskin Tegar Syarat Layak Bantuan …

STR BUJANG

Syarat Layak Bantuan STR.Adakah anda sudah membuat permohonan dan memeriksa kelayakan anda untuk menerima bantuan tunai dari kerajaan? Dapatkan maklumat terperinci berikut untuk memahami lebih lanjut mengenai permohonan STR Bujang 2024 serta tarikh-tarikh penting untuk penerimaan pembayaran ke dalam akaun anda.

Baca Juga : Semakan Status Bantuan STR Fasa 3 Tahun 2024

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR BUJANG

Join Whatsapp Channel Or Telegram Channel
Sila join Whatsapp ini jika anda B40 & M40 sahaja! https://whatsapp.com/channel/0029Vag2zLk7T8bT1G4GR931
Atau Sila join Telegram Channel ini jika anda B40 & M40 sahaja!
Telegram Channel B40 & M40 SAHAJA!

STR merupakan salah satu inisiatif yang termasuk dalam konsep Payung Rahmah, dicipta dengan tujuan untuk meringankan beban golongan yang menghadapi kesulitan akibat kos kehidupan yang meningkat. Pada tahun 2024, Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim, mengumumkan penambahan peruntukan untuk STR sebanyak RM2 bilion, menjadikannya RM10 bilion berbanding RM8 bilion pada 2023. Ini termasuk kategori baru bagi isi rumah yang miskin dan sangat miskin menurut data eKasih, yang akan menerima sumbangan maksimum sebanyak RM3,700 setahun mulai Januari 2024, meningkat dari RM3,100 pada tahun sebelumnya.

Syarat Layak STR Bujang

Pemohon yang bujang berhak menerima STR jika mereka memenuhi kriteria berikut:

  • Usia antara 21 hingga 59 tahun.
  • Berpendapatan RM2,500 atau kurang.

Nota: Individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi tidak layak memohon sebagai individu bujang tetapi boleh dimasukkan dalam maklumat tanggungan pada permohonan bilik isi rumah.

Tarikh Pembayaran STR Bujang 2024

JADUAL BAYARAN STR

Pembayaran untuk penerima bantuan tunai kategori bujang pada tahun 2023 akan dilakukan mengikut fasa berikut:

  • Fasa 1: 29 Januari 2024
  • Fasa 2: April 2024
  • Fasa 3: Ogos 2024 [ SEMAK JUMLAH FASA 3]
  • Fasa 4: November 2024

Harap maklum, tarikh-tarikh ini boleh berubah mengikut situasi semasa.

Cara Semakan Status dan Kelayakan

Untuk melakukan semakan, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Kunjungi Portal STR 2024 (https://bantuantunai.hasil.gov.my)
  2. Masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Klik pada butang “Semakan Permohonan” untuk melihat status kelulusan.

Cara Permohonan dan Kemas Kini Permohonan

Permohonan dan kemas kini data bagi STR masih dibuka. Rujuk panduan pengguna untuk maklumat lengkap mengenai prosedur permohonan.

Sumbangan Tambahan untuk Golongan Miskin Tegar

Isi rumah yang tergolong dalam kategori miskin tegar mengikut data eKasih dan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM1,169 layak untuk sumbangan tambahan berupa bakul makanan atau baucar makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.

Untuk maklumat lebih lanjut, semakan status SARA 2024, jumlah kelayakan, dan proses pengkreditan bantuan dapat diperiksa melalui laman MyKasih.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda memahami dan mengambil langkah berikutnya dalam pemohonan Bantuan Tunai Rahmah (STR) untuk golongan bujang tahun 2024.

Baca Juga : PeKa B40: Cara Semak Kelayakan

Leave a Comment