Bagi membantu golongan yang memerlukan, kerajaan memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan di peringkat persekutuan atau negeri.
Pada tahun 2024, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyediakan pelbagai bantuan kewangan.
Berikut ialah maklumat lanjut tentang bantuan kewangan ini. Sila guna cara ini untuk mohon bantuan ini.
Bantuan RM2,700 B40
Bantuan kewangan Rm2700 yang diperkenalkan oleh JKM ini ialah bantuan Geran Pelancaran, iaitu pengeluaran sekali sahaja sebanyak RM2,700 (sekali sahaja).
Tujuan utama bantuan kewangan ini adalah untuk meningkatkan pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, berminat, berkemahiran dan berpotensi menjana pendapatan peribadi atau keluarga.
Di samping itu, ia membantu perancangan dan pembangunan bagi klien mencapai pertumbuhan bisnes mereka.
Syarat kelayakan Bantuan
- Warganegara dan penduduk Malaysia;
- Kumpulan sasaran JKM
- Tidak melebihi purata pendapatan garis kemiskinan isi rumah (PGK) semasa atau purata pendapatan garis kemiskinan per kapita semasa.
Guna Cara Mohon Ini
Seperti yang dinyatakan dalam syarat kelayakan, geran permulaan hanya terbuka kepada kumpulan sasar JKM.
Oleh itu, mereka yang layak memohon hanya terdiri daripada penerima bantuan JKM sedia ada. Bagi mereka yang bukan kumpulan sasaran JKM, mereka perlu memohon bantuan bulanan JKM terlebih dahulu.
Jadi anda perlu guna cara ini untuk pastikan anda mudah mendapatkan bantuan RM 2700 ini.
Sekiranya permohonan memenuhi kriteria dan diluluskan, maka mereka layak memohon geran permulaan ini.
Bagi memudahkan proses permohonan, pemohon hendaklah membawa dokumen berkaitan bagi memudahkan permohonan mereka.
Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JKM
https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/contentmenu&id=VmcxUUp2bEswNFpQZG1Rbjh4eWhkQT09