Dalam 45 minit sahaja! Resepi Rendang Ayam ini akan buat anda ternganga!

Tidak percaya anda boleh hasilkan Rendang Ayam yang luar biasa sedap dalam masa kurang dari sejam? Anda perlu lihat rahsia di sebalik resepi eksklusif ini – bahan-bahan mudah, langkah yang ringkas, tetapi rasa yang pasti memukau!

Resepi Rendang Ayam

Dalam 45 minit sahaja! Resepi Rendang Ayam ini akan buat anda ternganga!

 

Hari tu saya cuba masak rendang ayam guna resepi biasa, tapi hasilnya tak seperti yang diharapkan. Rasa rendang tu macam ada yang tak cukup, tak kick langsung! Sampai keluarga pun cakap, “Ni bukan rendang, ni kari je lebih!” Tapi lepas jumpa resepi baru ni, terus berubah segalanya! Serius, rasa rendang ayam ni sama macam kat restoran lima bintang!

Pertama kali cuba, saya pun terkejut. Ayamnya lembut, kuahnya pekat dan penuh dengan aroma rempah. Nak tahu rahsia mudah? Semuanya tertulis dalam resepi kali ni. Tak sangka, dengan beberapa bahan tambahan dan cara memasak yang betul, rendang ayam ni boleh jadi hidangan mewah di rumah!

 

Rendang Ayam Dendang Perantau

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 30-35 minit
  • Jumlah Hidangan: 2 ekor ayam

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 4 inci halia
    • 4 ketul kunyit hidup
    • 4 inci lengkuas
    • 12-15 biji bawang merah kecil
    • 10 ulas bawang putih
    • 2 biji bawang merah besar
    • 5 batang serai
    • 8-10 tangkai cili padi
    • 30-35 biji cili kering
    • 7 biji buah keras

 

  • Bahan-bahan untuk rempah sangai:
    • 2 sudu besar biji ketumbar
    • 1½ sudu besar jintan putih
    • 1½ sudu besar jintan manis

 

  • Bahan-bahan lain:
    • 2 cawan minyak masak
    • Rempah 4 sekawan
    • 2 ekor ayam
    • 2 asam keping
    • 3-4 cawan santan cair
    • 2-3 cawan santan pekat
    • 4-6 sudu besar kerisik
    • 5-6 helai daun limau purut
    • garam secukup rasa
    • 1-2 sudu kecil gula melaka
    • 2 helai daun kunyit

 

Cara Penyediaan:
    1. Sediakan bahan kisar halus dan sangai bahan-bahan rempah.
    2. Rempah yang disangai kemudian dikisar halus.
    3. Panaskan minyak lalu tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar halus. Tumis sehingga bahan kisar berubah menjadi sedikit gelap warnanya dan pecah minyak.
    4. Masukkan ayam, rempah kisar yang disangai, asam keping dan santan cair
    5. Masak sehingga ayam menjadi kecut, empuk dan kering airnya.
    6. Masukkan santan pekat, kerisik, daun limau purut yang dibuang tulang tengah, garam secukup rasa dan gula melaka/gula nisan.
    7. Teruskan masak rendang sehingga kuah menjadi agak kering
    8. Selepas kuah kering, taburkan hirisan halus daun kunyit.
    9. Kemudian, rendang ayam dendang perantau siap untuk dihidang.

 

Tip Masakan:
  • Rebus cili kering sehingga agak layu sebelum dikisar.
  • Buang tulang tengah daun kunyit dan hiris daun secara halus.
  • Santan cair adalah santan segar perahan yang kedua manakala santan pekat adalah santan segar perahan pertama. Jika menggunakan santan kotak, boleh dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan sebagai santan cair.
  • Kurangkan mengacau rendang ketika masak bagi mengelakkan ayam hancur.

 

Rujukan video penyediaan:

Rendang Ayam 

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 45 minit
  • Jumlah Hidangan: 10 orang

 

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

 

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (saiz besar)
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 mangkuk besar santan pekat
  • 1/2 mangkuk kecil ais asam jawa
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 mangkuk besar minyak, untuk menumis

 

  • Bahan-bahan untuk rempah tumis:
    • 2 batang kayu manis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 5 biji buah pelaga

 

  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 1 biji bawang besar
    • 8 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 3 ketul kunyit hidup
    • 2 inci lengkuas
    • 2 batang serai

 

Cara Penyediaan:

    1. Bersihkan ayam dan toskan.
    2. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing. Warna bahan tumisan akan bertukar menjadi sedikit gelap.
    3. Masukkan pula ayam dan biarkan masak selama 5-10 minit. Air ayam akan keluar sedikit semasa proses ini.
    4. Masukkan santan pekat dan air asam jawa. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
    5. Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
    6. Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.

 

Tip Masakan:

Keluarkan ayam yang sudah masak dan masak kuah sehingga pekat jika anda takut ayam akan hancur.
Sebagai alternatif kepada gula, gula melaka boleh digunakan, dan rasanya sangat sedap.

 

Sumber: Che Nom

 

BACAAN LAIN:

Leave a Comment