Ketahui mengenai Bantuan Awal Persekolahan 2025 dengan bayaran RM150 one-off untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Baca maklumat lengkap di sini!
Bantuan Awal Persekolahan 2025: RM150 One-Off Untuk Murid Tahun 1 Hingga Tingkatan 5
Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM800 juta. Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen, Kuala Lumpur, pada hari Jumaat yang lalu.
Anwar turut menyatakan bahawa Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin akan ditingkatkan kepada RM180 juta, berbanding RM150 juta pada tahun ini. Inisiatif BAP ini dijangka memberikan manfaat kepada seramai 5.2 juta murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dengan meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan sesi persekolahan baru tahun hadapan.
Apakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga, terutamanya pada awal tahun.
Dalam Bajet 2023 yang telah lalu, kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan. Usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Untuk tahun 2025, BAP diberikan kepada murid-murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Kadar Bantuan
Setiap murid yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM150.00 secara one-off.
Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria berikut:
Murid merupakan warganegara Malaysia.
Murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026.
Murid yang bersekolah di:
- Sekolah Kerajaan (SK)
- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
- Sekolah Agama
- Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
- Sekolah Integriti
- Sekolah Henry Gurney
Kaedah Penyaluran Bayaran
Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke:
Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; atau
Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.
Pengagihan BAP dibuat sama ada secara tunai atau disalurkan terus ke akaun bank murid.
Tarikh Penyaluran BAP 2025
Maklumat berkenaan tarikh penyaluran BAP 2025 akan dimaklumkan kemudian.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP), anda boleh merujuk pautan berikut:
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia
Instagram Kementerian Pendidikan Malaysia