EPOKU 2023: Daftar Segera Jika Anda Layak Untuk Terima Bantuan Elaun Pekerja Kurang Upaya Sebanyak RM450!

Bantuan Elaun RM450/bulan Bagi Pekerja Golongan OKU adalah bertujuan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dalam mencari rezeki dalam kehidupannya.

Diambil daripada Belanjawan 2023 yang dibentangkan tempohari, Malaysia Madani adalah satu konsep yang berlandaskan enam perkara iaitu kemampanan, daya cipta, kesejahteraan, hormat, ihsan dan keyakinan.

Dengan itu, dengan bertemakan Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan Malaysia pada 2023 ini akan memastikan tersedianya langkah yang lebih mampan dan merangkumi keadilan sosial beserta menggerakkan usaha reformasi dalam bidang pentadbiran dan tata-kelola yang baik.

Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Malaysia bertujuan membantu rakyat negara ini yang memerlukan bantuan istimewa, khususnya untk pekerja OKU, focus untuk meringankan bebanan kehidupan seharian mereka.

Bantuan Elaun RM450/bulan Bagi Pekerja Golongan OKU

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) sebanyak RM450 setiap bulan untuk golongan OKU (yang bekerja) akan diberikan bagi mereka yang layak.

Bantuan EPOKU ini bertujuan untuk menggalakkan golongan OKU terus bekerja serta mampu hidup berdikari & menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Jika anda, keluarga anda ataupun saudara mara anda merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja dan juga berdaftar dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), anda boleh menghantar permohonan untuk mendapatkan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU).

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Elaun RM450 Setiap Bulan Untuk Pekerja Golongan OKU:

  1. Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas
  3. Pemegang kad OKU JKM
  4. Pendapatan bulanan RM1,500 dan ke bawah

Cara Memohon

Pengendalian bagi permohonan bantuan kewangan ini dijalakan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian di seluruh Malaysia.

Siasatan akan dijalankan bagi setiap permohonan yang didaftarkan. Ia bertujuan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan lagi kelayakan bantuan untuk pemohon.

Urusan ini bertepatan dengan prinsip bantuan iaitu berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak semata-mata.

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, anda diminta juga membawa dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian seperti:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak atau ahli keluarga lain yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

Maklumat Lanjut

Maklumat lengkap tentang bantuan ini, anda boleh merujuk di Portal Rasmi Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) dan semoga perkongsian tentang Bantuan Elaun RM450 Setiap Bulan Untuk Pekerja Golongan OKU ini dapat membantu anda yang memerlukan.

 

Leave a Comment