PENGELUARAN KHAS KWSP RM3000: Semak kelayakan anda sekarang!

KWSP kini membenarkan pengeluaran khas KWSP serendah RM3000 untuk pencarum yang layak! Semak kelayakan anda disini dan ketahui cara untuk mohon.

PENGELUARAN KHAS KWSP FSA2

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) direka untuk membolehkan ahli KWSP memohon pengeluaran bersyarat pada umur 50 atau 55 tahun lebih awal untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

 

KADAR PENGELUARAN YANG DIBENARKAN

 

Difahamkan, KWSP menetapkan kadar pengeluaran melalui kemudahan sokongan itu serendah RM3,000. Dan jumlah pengeluaran maksimum boleh sehingga RM50,000.

Amaun yang layak untuk pengeluaran bersyarat pada umur 50 atau 55 adalah berdasarkan jumlah simpanan dalam Akaun 2, ditolak sebarang jumlah pengeluaran yang tidak diluluskan (jika ada), seperti pendidikan, kesihatan, dsb.

SYARAT PENGELUARAN KHAS KWSP

 

  • Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun, dengan syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
  • Permohonan hanya boleh dilakukan sekali.
  • Permohonan yang telah diluluskan tidak boleh dibatalkan.
  • Syarat simpanan minimum adalah RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP.
  • Jumlah maksimum pengeluaran bersyarat tidak boleh melebihi RM50,000 dalam Akaun 2, tertakluk kepada jumlah pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan.

 

CARA MOHON PENGELUARAN KHAS KWSP

 

Berikut ialah cara memohon pengeluaran bersyarat pada umur 50 atau 55 tahun buat kali pertama:

 

  • Ahli dikehendaki mendaftar atau mengemaskini nombor telefon bimbit mereka supaya KWSP boleh menghantar Kod Kebenaran Transaksi (TAC) untuk mengesahkan identiti semasa membuat transaksi.
  • Mohon dalam talian melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.

 

NOTA : Daftar dan aktifkan i-Akaun di Terminal Layan Diri (SST) di cawangan KWSP terdekat anda supaya anda boleh menerima nombor Kod Kebenaran Transaksi (TAC) untuk pengesahan kelayakan.

 

Semak cawangan KWSP terdekat disini.

 

INSTITUSI BANK YANG TERLIBAT

  1. MBSB Bank
  2. CIMB Bank
  3. Maybank
  4. Bank Simpanan Nasional
  5. Bank Muamalat

 

MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh mencari maklumat lanjut di laman web rasmi FSA2 KWSP.

 

RUJUKAN & PAUTAN PENTING

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

Leave a Comment