BANTUAN PERUMAHAN PPR UNTUK B40 : Permohonan 2024 dibuka!

Permohonan PPR RM124 rumah kini dibuka pada 2024. Bantuan perumahan PPR ialah program kerajaan yang direka untuk membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

 

APA ITU PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT PPR?

Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah program kerajaan yang bertujuan untuk menempatkan semula kawasan setinggan dan memenuhi keperluan perumahan golongan berpendapatan rendah (B40). 

Program ini mula dilancarkan pada 2002 dan telah menyiapkan 159 projek sehingga kini

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN PERUMAHAN PPR

  • Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia
  • Tidak pernah memiliki rumah
  • Pendapatan isi rumah bulanan RM5,000.00 dan ke bawah
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Bujang layak memohon, tetapi keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai keluarga

 

KATEGORI PPR

  •  PPR Dimiliki : Harga jualan mulai RM40,000.00
  • PPR Disewa : Harga sewaan mulai RM250.00

 

PANDUAN CARA MOHON PERUMAHAN PPR 2024

 

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perumahan Negara (JPN), KPKT telah membuka permohonan bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) secara dalam talian (online) melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) seperti berikut:-

 

  • PERMOHONAN ONLINE

Permohonan boleh dibuat melalui pautan SPRN

 

  • PERMOHONAN MANUAL

Untuk memohon secara manual, sila hubungi pembangunan dan jabatan program PPR di setiap negeri.

 

INFO TERKINI UNTUK PERMOHONAN MANUAL

 

  • PPR PPR Rembau, Mukim Chembong, Negeri Sembilan (bermula 07 Mac 2024 hingga 31 Mac 2024)
  • PPR Sungai Yu, Tanjung Karang Kuala Selangor, Selangor (bermula 18 Mac 2024 hingga 31 Mac 2024)

Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://sprn.kpkt.gov.my dalam tempoh yang ditetapkan tersebut. 

PENTING : Jabatan Perumahan Negara TIDAK melantik mana-mana ejen untuk permohonan PPR.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

  • ZON A

PPR Perlis, Kedah, Terengganu, Pahang & Pulau Pinang :03 – 8891 4072/4070/4068/4067

  • ZON B

PPR Selangor, Negeri Sembilan, Melaka & Johor : 03 – 8891 4058/4069/4064/4063

  • ZON C 

PPR Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan, Perak & Kelantan: 03 – 8891 4071/4046/4066/4065

 

Bahagian Perancangan Perumahan

03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);

03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan

03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

 

Melalui emel

Masalah Aplikasi: teduh@kpkt.gov.my

 

RUJUKAN PENTING

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

Leave a Comment