Anda Layak Terima Bantuan STR 2025 – Semak kategori penerima dan jumlah terkini

Anda Berhak memohon Bantuan STR 2025! Ketahui cara memohon dan semak kelayakan anda dengan panduan mudah ini. Jangan lepaskan peluang ini untuk memperbaiki keadaan kewangan anda dengan bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan.

Baca Juga : RM450 Bantuan EWallet Madani – Mohon jika anda B40!

PENGENALAN BANTUAN STR 2025

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah atau ringkasnya STR adalah sebuah inisiatif bantuan tunai daripada kerajaan yang dikhususkan kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan rendah dan sederhana. Tujuan bantuan ini adalah untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup dan meningkatkan daya tahan kewangan melalui bantuan tunai.

Semak Info STR 2025 : STR 2025: Sumbangan Tunai Rahmah & SARA 2025

BANTUAN STR 2025

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

JUMLAH BANTUAN STR 2025

Dengan peruntukan yang dinaikkan, jumlah bantuan yang akan diterima oleh lebih 9 juta rakyat Malaysia akan ditingkatkan. Berikut adalah kadar bantuan mengikut kategori penerima:

Kategori PenerimaJumlah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2025
Isi Rumah B40Pendapatan bawah RM 2,500:
0 anak: RM 1,000
1-2 anak: RM 1,500
3-4 anak: RM 2,000
5 ke atas: RM 2,500
Isi Rumah M40Pendapatan bawah RM 5,000:
0 anak: RM 500
1-2 anak: RM 750
3-4 anak: RM 1,000
5 ke atas: RM 1,250
Warga EmasRM 600
BujangRM 600

TARIKH BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah untuk tahun 2025 akan dilakukan secara berperingkat mengikut empat (4) fasa sepanjang tahun seperti berikut:

FasaTarikh Bayaran
PertamaFebruari 2025
KeduaApril 2025
KetigaOgos 2025
KeempatNovember 2025

Nota: Tarikh bayaran tertakluk kepada pindaan dari masa ke masa dan akan dikemas kini apabila diumumkan secara rasmi.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Kaedah pembayaran bantuan tahun 2025 adalah sama seperti tahun 2024 iaitu melalui pengkreditan tunai ke dalam akaun bank penerima yang didaftarkan atau secara tunai di bank.

Jenis PenerimaKaedah Bayaran
Ada akaun bank yang aktifDikreditkan terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan
Tiada maklumat bankDiberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR 2025

Kelayakan utama adalah penerima mestilah Warganegara Malaysia serta memenuhi syarat-syarat berikut:

Isi Rumah:

Belanjawan 2025: STR, SARA dinaikkan kepada RM13 bilion | Astro Awani

  • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah di bawah RM 2,500 atau tidak melebihi RM 5,000 sebulan.
  • Pasangan Warganegara Malaysia atau bukan Warganegara Malaysia.
  • Anak mestilah Warganegara Malaysia dan berumur di bawah 18 tahun atau sehingga 19 tahun bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.

Warga Emas:

  • Berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan di bawah RM 2,500 atau tidak melebihi RM 5,000 sebulan.

Bujang:

Belanjawan 2025: STR, SARA dinaikkan kepada RM13 bilion | Astro Awani

  • Bujang, Balu, Duda, atau Janda tanpa anak.
  • Berumur 21 hingga 59 tahun.
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM 2,500 dan ke bawah.
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.

SEMAKAN BANTUAN STR 2025

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, ikuti langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan nombor MyKad tanpa sengkang (contoh: 83XXXXXXXXXX).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Klik [Semak].
  5. Jika frasa keselamatan betul, klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima akan dipaparkan.

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN STR 2025

Bagi yang belum memohon, permohonan boleh dibuat di portal rasmi mengikut panduan berikut:

  1. Layari portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Klik [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul.
  4. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik [Semak].
  5. Isikan segala maklumat yang diperlukan termasuk maklumat bank.
  6. Lengkapkan maklumat pasangan dan anak (jika berkenaan).
  7. Klik [Teruskan].
  8. Isi Kod Captcha dan klik [Sahkan Captcha].
  9. Pastikan semua maklumat tepat, tick pada ruangan [Perakuan Pemohon].
  10. Klik [Hantar].
  11. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.

Nota: Permohonan haruslah mengikut tarikh yang ditetapkan.

RUJUKAN

Segala maklumat di atas dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah:

  • Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel: str@mof.gov.my

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak meminta sebarang maklumat peribadi atau mengenakan bayaran melalui informasi yang dikongsikan ini. Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/ub25.pdf.

 

Leave a Comment