Cuti Deepavali 2024 dan Cuti Sekolah Tambahan KPM

Ketahui tarikh Cuti Deepavali 2024 dan cuti sekolah tambahan yang telah diumumkan oleh KPM. Jadikan perancangan cuti anda lebih mudah dengan maklumat terkini di sini!

Tarikh Deepavali 2024 Di Malaysia & Cuti Sekolah KPM

Hari Deepavali, atau dikenali sebagai Pesta Cahaya, adalah salah satu perayaan masyarakat Hindu yang paling popular di Malaysia. Ia disambut pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil, iaitu antara bulan Oktober dan November. Di Semenanjung Malaysia, perayaan ini disambut dengan meriah memandangkan kaum India adalah salah satu daripada tiga kaum utama di Malaysia. Hari Deepavali merupakan cuti umum di semua negeri kecuali Sarawak.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang perayaan ini dan tarikh cuti yang diperuntukkan oleh Kerajaan dan sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Malaysia.

deepavali 2024

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Pengumuman Cuti Tanpa Rekod Perayaan Deepavali 2024

Menurut kalendar, cuti perayaan Deepavali pada tahun 2024 jatuh pada 31 Oktober 2024, bersamaan dengan hari Khamis. Walaubagaimanapun, bagi penganut agama Hindu, anda layak mendapat cuti tambahan selama 1 hari pada hari berikutnya sebagaimana pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Mulai 2018, kerajaan telah memperuntuk cuti tanpa rekod sempena perayaan Deepavali selama sehari iaitu pada hari berikutnya (hari kedua) kepada pegawai perkhidmatan awam yang menganut agama Hindu. Ini bertujuan memberi lebih ruang kepada mereka untuk menyambut perayaan ini bersama keluarga. Peraturan ini dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR 5.3.6 dan terpakai kepada semua negeri di Malaysia kecuali Sarawak, memandangkan Deepavali bukan hari kelepasan am di negeri tersebut.

Muat Turun Dokumen Berkaitan:

  1. Surat Edaran: JPA.(S)800-1/1/7 JLD.4(15)
  2. MyPPSM Ceraian SR 5.3.6 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Hari Deepavali

Maksud Hari Deepavali

PERAYAAN KAUM INDIA: DEEPAVALI

Menurut sumber, Deepavali yang bermaksud ‘sebarisan pelita’ adalah simbolik kepada kepercayaan bahawa kecerahan akan mengatasi kegelapan, kebaikan akan mengatasi kejahatan, keadilan akan mengatasi kezaliman, dan kebijaksanaan akan mengatasi kejahilan. Selain memeriahkan perayaan, pelita juga dipasang dan dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan berdasarkan lagenda yang diturunkan kepada mereka mengenai Raja Narakasura dan Dewa Krishnan.

Deepavali di Malaysia

Deepavali bangunkan Malaysia Madani, kerukunan kaum - Anwar Ibrahim - Kosmo  Digital

Semasa sambutan Deepavali, penganut agama Hindu akan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi sebelum melakukan upacara sembahyang sama ada di rumah atau di kuil-kuil. Ini bertujuan menyucikan tubuh badan yang diumpamakan seperti mandi di Sungai Ganges untuk membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.

Antara makanan tradisional dan popular yang sering dihidangkan pada pagi Deepavali adalah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran seperti ‘aloogobi’ iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, ‘paneer’ campuran masala, tairu dan kari dal, muruku, ‘adivasam’, dan ‘payasam’. Aktiviti kunjung-mengunjungi ke rumah kaum keluarga dan rakan-rakan terdekat akan dilakukan selepas selesai sembahyang. Biasanya, surirumah akan menyediakan kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka.

Rumah-rumah penganut Hindu juga dihiasi dengan ‘kolam’, ‘rangoli’, atau ‘muggu’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni untuk menyambut tetamu.

Sambutan Deepavali di Malaysia:

  • Tarikh Sambutan:
    • Deepavali, juga dikenali sebagai Diwali, adalah perayaan utama Hindu yang disambut pada bulan ke-7 dalam kalendar Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November.
  • Punca Sambutan:
    • Merayakan kemenangan cahaya atas kegelapan dan kebaikan atas kejahatan. Memperingati kembalinya Dewa Rama ke kerajaan Ayodhya selepas 14 tahun pengharaman.
  • Ritual dan Amalan:
    • Pembersihan Rumah:
      • Sebelum Deepavali, rumah-rumah dibersihkan secara menyeluruh dan dihias dengan warna-warni.
    • Kolam:
      • Pelbagai corak geometri dan corak tradisional yang dibuat daripada serbuk berwarna-warni, bunga, dan beras.
    • Pujas atau Sembahyang:
      • Upacara sembahyang dilakukan di rumah dan kuil untuk memohon berkat kepada dewa-dewi seperti Dewa Lakshmi dan Dewa Ganesha.
  • Pakaian Tradisional:
    • Ramai yang berpakaian tradisional seperti sari bagi wanita dan dhoti atau kurta bagi lelaki.
  • Makanan dan Hidangan:
    • Pelbagai manisan seperti laddu, jalebi, dan barfi disediakan. Selain itu, hidangan istimewa seperti murukku, payasam dan gulab jamun juga dihidangkan.
  • Pertukaran Hadiah:
    • Keluarga dan rakan-rakan bertukar-tukar hadiah dan manisan sebagai simbol kasih sayang dan persahabatan.
  • Pelita dan Cahaya:
    • Rumah-rumah dihiasi dengan pelita tanah liat (diyas) dan lampu minyak untuk melambangkan kemenangan cahaya atas kegelapan.
  • Persembahan Kebudayaan:
    • Pertunjukan tarian, muzik tradisional dan puisi sering dianjurkan.
  • Rumah Terbuka:
    • Banyak komuniti menganjurkan rumah terbuka di mana semua orang, tanpa mengira agama dan bangsa, dijemput untuk merayakan bersama.
  • Kepentingan dalam Masyarakat Malaysia:
    • Di Malaysia yang berbilang budaya, Deepavali menjadi satu medium perpaduan di mana pelbagai kaum dan agama turut merayakan bersama-sama.
  • Iklan dan Jualan:
    • Banyak kedai dan pusat beli-belah menawarkan jualan istimewa dan promosi sempena Deepavali dan hiasan berwarna-warni menghiasi kawasan komersial.

 

Tarikh Cuti Sekolah KPM Sempena Deepavali 2024

Info Terkini Cuti Hari Deepavali 2024

CUTI DEEPAVALI bagi tahun 2024 jatuh pada 31 Oktober 2024 (Khamis). CUTI TAMBAHAN yang diperuntukkan oleh KPM adalah seperti berikut:

  • Kumpulan A: 30 Oktober (Rabu)
  • Kumpulan B: 30 Oktober (Rabu) dan 1 November 2024 (Jumaat)
  • Sarawak sahaja: Tiada cuti tambahan

Nota Cuti:

  • KUMPULAN A: Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.
  • KUMPULAN B: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Rujuk Kalendar 2024 untuk memudahkan anda merancang cuti.

Saya harap artikel ini mampu memberi penerangan yang jelas dan komprehensif mengenai Cuti Deepavali 2024 di Malaysia.

 

Leave a Comment