PENGELUARAN KWSP FSA2 SEHINGGA RM 3000 : SEMAK KELAYAKAN ANDA

Pada bulan Mac ini, KWSP memperkenalkan kemudahan istimewa di mana ahli yang memerlukan dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah tertentu, iaitu RM3000 hingga RM50000, dari Skim Pengeluaran Bersyarat FSA2

Inisiatif ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada para pencarum yang memerlukan bantuan kewangan.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 40 tahun & ke atas tetapi belum mencapai umur 55 tahun (Untuk Fasa 1)
  3. Permohonan adalah sekali sahaja
  4. Simpanan minimum Akaun 2: RM3,000
  5. Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000
  6. Memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh bank

SEMAK KELAYAKAN

Jika anda layak dan mempunyai keperluan, anda boleh menghantar permohonan dalam talian semasa program dibuka. Panduan lengkap cara mendaftar aplikasi sudah sedia, layari halaman portal rasmi FSA KWSP FASA 1.

PENTING : Daftar dan aktifkan i-Akaun di Terminal Layan Diri (SST) di cawangan KWSP terdekat anda supaya anda boleh menerima nombor Kod Kebenaran Transaksi (TAC) untuk semakan kelayakan.

Semak cawangan KWSP terdekat disini.

 

KADAR PENGELUARAN KWSP FASA 1

Difahamkan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menetapkan kadar faedah minimum serendah RM3,000. Dan jumlah maksimum yang dibenarkan sekali gus ialah RM50,000.

Nota: Jumlah sebenar pengeluaran bersyarat pada umur 50 atau 55 adalah tertakluk kepada jumlah pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan.

 

BANK YANG TERLIBAT

  1. MBSB Bank
  2. CIMB Bank
  3. Maybank
  4. Bank Simpanan Nasional
  5. Bank Muamalat

 

CARA MOHON

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. 

Terdapat 3 langkah utama yang perlu diambil oleh ahli:

Langkah 1: Menjalankan semakan awal kelayakan simpanan untuk Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Langkah 2: Buat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.

Langkah 3: Kemukakan permohonan awal pengeluaran bersyarat pada umur 50 atau 55 tahun kepada KWSP melalui portal institusi perbankan, tertakluk kepada jumlah pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sila layari laman rasmi FSA2 KWSP untuk informasi selanjutnya

RUJUKAN PENTING

Leave a Comment