Rugi Tak Cuba! Rahsia Cili Kekal Segar Sampai 8 Bulan – Petua Hebat Ini Memang Rare!

Anda pasti tidak percaya, tetapi ada cara mudah dan menakjubkan untuk mengekalkan kesegaran cili sehingga 8 bulan! Petua rahsia ini benar-benar luar biasa dan jarang diketahui ramai.

Apakah rahsia di sebalik teknik hebat ini? Usah tunggu lagi, baca untuk mengetahui lebih lanjut

Rahsia cili kekal segar sampai 8 bulan

 

Rugi Tak Cuba! Rahsia Cili Kekal Segar Sampai 8 Bulan – Petua Hebat Ini Memang Rare!

 

Rakyat Malaysia terkenal dengan minat terhadap masakan pedas. Bagi keluarga yang sering memasak di rumah, ada kalanya cili yang dibeli dalam kuantiti banyak tidak habis digunakan dan akhirnya rosak. Ini adalah satu bentuk pembaziran.

Pasti ramai yang sudah mempunyai pelbagai cara dan petua untuk menyimpan cili. Ada yang menyimpannya dalam bekas beralaskan tisu dan meletakkan bawang putih. Namun, kali ini penulis ingin berkongsi satu lagi tips mudah yang dipercayai dapat mengekalkan kesegaran cili hingga lapan bulan.

Tips ini dikongsikan oleh Puan Haslinda dan ia amat mudah untuk dilakukan. Mari kita lihat!

Tips Simpan Cili Tahan 8 Bulan dan Masih Segar!

“Salah seorang jiran yang gemar berkebun telah menuai berkilo-kilo cili besar pada bulan Januari dan memberikannya kepada saya. Saya menyimpan cili tersebut dalam botol mineral dan meletakkannya dalam peti sejuk. Kini, hampir lapan bulan berlalu, dan cili tersebut masih segar.”

Cara Simpan Cili dalam Peti Sejuk

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyimpan cili agar tahan lama:

  • Basuh cili hingga bersih dan tos sehingga kering.
  • Sediakan sebuah botol mineral dan masukkan cili yang telah dikeringkan ke dalam botol tersebut.
  • Cili tidak perlu dibuang tangkainya dan tidak perlu dimasukkan air.
  • Tutup botol dengan penutupnya dengan rapat.
  • Simpan botol berisi cili di dalam peti sejuk di bahagian bawah (tempat simpanan sayur).

 

Kaedah Ini Juga Sesuai untuk Halia dan Bawang

Selain cili, kaedah ini juga boleh digunakan untuk menyimpan halia dan bawang. Dengan cara ini, anda dapat menjimatkan kos dan mengurangkan pembaziran. Semoga tips ini berguna untuk anda. Selamat mencuba!

 

Sumber:

 

Baca Info Lain:

Leave a Comment